Seorang Kata Ikut Tema, Seorang Kata Ikut Kehendak Skrip
Haram tetap haram. Pusing macam mana pun aksi dan perbuatan artis ini tetap haram. Tidak payahlah kita ulas panjang-panjang kerana jelas haramnya.
Alasan-alasan artis ini boleh anda baca di HM, di sini dan di sini. Mungkin alasan-alasan itu juga akan digunakan oleh mereka di depan Allah nanti.
P/s: Lembaga Penapisan Filem belum lagi dimansuhkan, baru terdengar ura-ura bahawa badan itu akan dimansuhkan mulai tahun ini, tetapi filem kita sudah berlumba-lumba dengan filem Indonesia/Barat dalam memaparkan aksi berahi, ganas, dan seumpamanya. Jika benar LPF dibubarkan, cuba bayangkan kandungan filem kita pada masa akan datang!




