Kemas Kini] Jaket Raja Pop MJ Dilelong. Siapa Berminat?
Akhbar Korean Herald melaporkan, jaket kulit berwarna merah dan hitam daripada kulit lembu dengan bahu berkepak dijangka dijual antara AS$200,000 (RM600,510) hingga AS$400,000 (RM1.2 juta), kata firma pelelong, Julien Auctions.
Jaket itu turut mempunyai tulisan tangan Jackson pada lengannya yang bermaksud ‘Untuk Bush dan Dennis, Untuk semua kesayanganku, Michael Jackson’, sebagai hadiah kepada pereka pakaiannya Dennis Tompkins dan Michael Bush.
Hasil jualan jaket itu akan nanti dihantar ke pusat perlindungan haiwan yang menempatkan dua ekor harimau Benggala milik penyanyi itu bernama Thriller dan Shabu.
Kemas Kini (28/6):
Menurut AFP, Jaket kulit merah dan hitam yang pernah dipakai Raja Pop, Michael Jackson dalam video Thriller dilaporkan dilelong dengan harga AS$1.8 juta (RM5.4 juta) semalam, sehari selepas peminatnya menyambut ulang tahun kedua kematian ikon seni terbabit.


