PDRM Sahkan Cap Jari Milik Soosai, Maka Sahlah...
betapa mudahnya si penjenayah ini menipu dan mempermainkan pihak berkuasa di negara ini. Kata hebat!!?? Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan imbasan ke atas salinan cap jari suspek penjenayah yang ditahan Polis India di Chennai, minggu lalu, mengesahkan lelaki itu Michael Soosai, warga Malaysia yang dikehendaki pihak berkuasa kedua-dua negara sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata imbasan itu dijalankan oleh Bukit Aman sebaik menerimanya daripada Polis India kelmarin, dan didapati sepadan dengan cap jari Soosai yang ada dalam rekod PDRM.
“Imbasan cap jari yang dijalankan mengesahkan lelaki terbabit Soosai. Keputusan imbasan itu sudah dimaklumkan kepada Polis India dan terpulang kepada mereka untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang negara berkenaan."
“Kita akan bincang dengan pihak berkuasa India sebelum membuat sebarang keputusan sama ada akan bawa Soosai pulang ke Malaysia (untuk didakwa di negara ini) kerana dia ada kes jenayah di sana,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C Sylendra Babu, ketika dihubungi berkata, Soosai akan didakwa berhubung satu kes pembunuhan pada 2002 dan lima kes penipuan.

