Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label PBS. Papar semua catatan

Rabu, 22 April 2015

Bantah PBS: Bekas Guru Dipecat Mengadu kepada Najib, Tun M



Guru yang mengetuai gerakan membantah sistem dalam talian Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermasalah pada 2013 dan 2014, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, dipecat daripada jawatannya.

Berdasarkan surat dihantar kepadanya Isnin lalu, guru pendidikan seni itu ditamatkan perkhidmatan serta-merta berkuatkuasa pada 31 Mac 2015.

Kini menganggur, Ketua Pemuda Umno cawangan Kelisa itu memberitahuMalaysiakini, dia sedang mempertimbangkan untuk menulis dua pucuk surat - masing-masing kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya sedang meneliti pilihan yang ada, iaitu meratu atau menulis surat untuk menyatakan kekesalan  kepada Najib dan Mahathir.

"Kita perlu akui perdana menteri mungkin tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi saya akan menulis kepada beliau sebagai menghormati kedudukannya sebagai pemimpin," katanya.

Mohd Nor Izzat, 30, berkata dia juga mungkin menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan sebagai ahli Umno.

"Sebelum ini saya tidak mendedahkan hubungan saya dengan parti tetapi ini masa yang sesuai untuk melakukannya," kata Mohd Nor Izzat.

Dia adalah antara tiga guru yang ditukarkan oleh Kementerian Pelajaran ekoran pembabitan mereka kepada gerakan mendesak kerajaan mengatasi kekalutan sistem dalam talian PBS.

Antara rungutan guru ialah kesukaran mereka mengakses sistem itu dan terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk melakukannya.

Sistem itu juga didakwa sering tergendala memaksa guru menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk memasukkan laporan keputusan pelajar. -Malaysia Kini/22/4/15

Bantah PBS: KPM Zalim Pecat Cikgu Izzat, Pendidik Rujuk Suhakam


KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) akan merujuk kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung pemecatan seorang guru Mohd Nor Izzat Johari ekoran mengkritik pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, perkara ini akan dipanjangkan kepada Suhakam kerana tindakan memecat guru berkenaan jelas menzalimi warga pendidik hanya kerana beliau berani mengkritik Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

"Hanya kerana keberanian beliau yang dianggap lantang mempertikaikan pelaksanaan PBS bersama Pendidikan yang lain maka beliau dihadiahkan dengan 'surat pemecatan 'yang jelas melambangkan tindakan yang tidak berperikemanusiaan. 

"Walaupun beliau diberi peluang untuk menjawab surat tindakan tata tertib yang diterima sebelum ini, beliau tidak pernah diberi peluang membela dirinya di hadapan panel tata tertib secara bersemuka dan ini telah melanggar hak asasi manusia," tegas Normala. 

Sebelum ini, pihak Pendidik telah menghantar memorandum ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Parlimen dan Putrajaya bantahan terhadap pertukaran Cikgu Izzat yang dilakukan secara tergesa-gesa. Bagaimanapun tambah Normala, keegoan segelintir pemimpin yang memegang tampuk tertinggi dalam bidang pendidikan di KPM masih membenarkan kezaliman ini. 

"Saya menyeru kepada warga pendidik di seluruh Malaysia agar bangkit dari lena yang panjang. Berani merobohkan tembok kezaliman dan tegakkan keadilan dalam dunia perguruan yang kian diperlekehkan oleh mereka yang tidak berperi kemanusiaan," katanya. 

Justeru, tegas beliau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga memainkan peranan penting untuk membantah sebarang tindakan zalim ini kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak cucu mereka juga. 

Pendidik menyeru agar semua pimpinan dan ahli di semua peringkat negeri dan peringkat kawasan mengadakan 'Solat Hajat Perdana Membantah Kezaliman Terhadap Warga Pendidik' dalam waktu terdekat agar nasib guru terbela setelah 58 tahun negara merdeka. 

Cikgu Izzat salah seorang wakil guru yang menyuarakan rasa tidak puas hati dalam kalangan para guru terhadap pelaksanaan PBS yang tidak praktikal. 

Ekoran kelantangannya beliau diarahkan bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Febuari 2014, namun pada 8 April 2015 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran melalui surat rasminya telah memutuskan Cikgu Izzat dikenakan tindakan tata tertib dengan hukuman membuang kerja berkuat kuasa mulai 31 Mac 2015.- Salmiyah Harun/HarakahDaily/22/4/15




,

Isnin, 24 Februari 2014

Pelaksanaan PBS DITANGGUHKAN – KP Pelajaran


[BH] KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

“Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.
“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.

“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya. – 23/2/14



, ,

Jumaat, 21 Februari 2014

Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor Diarah Tukar Sekolah



[HD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

"Saya diarah bertukar ke sebuah sekolah di luar Jerantut, di daerah lain," katanya.

Namun katanya, pihak JPN tidak pula menyatakan sebab utama pertukaran sekolah berlaku.

Namun, Izzat melahirkan rasa kecewa apabila hari ini terbukti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan kuasa diluar batasan mereka dalam usaha mematahkan semangat guru untuk mendidik anak bangsa dengan acuan yang betul.

"Saya tonggak utama bagi usaha memansuhkan PBS setelah mendapati sistem ini sangat merugikan masa dan tenaga.

"Walaupun pihak KPM hendak kenakan tindakan biarlah pada saya seorang jangan pada guru-guru lain, anggaplah ini yang terakhir pihak kementerian buat sesuka hati mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merayu kepada semua guru agar jangan takut dan jangan patah semangat kerana mereka berada di pihak yang benar. 

"Saya mohon guru-guru sama-sama menyatakan kesepakatan kita demi masa depan anak murid kita. Himpunan 222 akan tetap diteruskan esok," katanya.

Sebelum ini Izzat telan mendapat surat peringatan pertama daripada Pejabat Pendidikan Daerah berikutan, Himpunan 222 yang akan diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi. - Salmiyah Harun/21/2/14


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH