Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Petisyen Bebaskan Anwar. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2015

Petisyen Bebaskan Anwar: White House Kecewa dengan Sistem Kehakiman Malaysia




KUALA LUMPUR: White House hari ini menyatakan kekesalannya terhadap sabitan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, sebelum ini ia telahpun melahirkan rasa kecewanya atas sabitan itu melalui kenyataan media dan komunikasi dengan kerajaan Malaysia dan akan terus berbuat demikian.

“Keputusan awal untuk mendakwa Anwar, tindakan untuk merayu keputusan tidak bersalah, dan membatalkan keputusan itu, menimbulkan beberapa kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.

“Kebimbangan ini diperhebatkan lagi dengan niat kerajaan untuk memperluaskan Akta Hasutan, yang dijanji akan dimansuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi digunakan untuk mendakwa pengkritik kerajaan,” kata White House dalam satu kenyataan media.

White House mengeluarkan kenyataan itu susulan petisyen membebaskan Anwar di laman webnya mencatatkan 113,844 tandatangan, melebihi sasaran 100,000.

Ia berkata Amerika Syarikat komited bekerjasama dalam menghadapi cabaran ekonomi dan keselamatan, namun akan terus menggesa Malaysia memohon melaksanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus dan tanpa penglibatan politik.

"Sejarah membuktikan negara-negara yang menegakkan hak asasi manusia bagi semua rakyat mereka - tanpa mengira fahaman politik, etnik, bangsa, agama, atau orientasi seksual mereka - akhirnya lebih makmur dan stabil,” katanya. - Astro Awani/13/3/15

Rabu, 11 Mac 2015

Petisyen "Bebaskan Anwar" Kembali & Lepasi 100 000 Tandatangan



Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama agar membebaskan pemimpin pembangkang yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan semalam, kini diletakkan semula pada laman sesawang Rumah Putih, “We the People”.

Pengeluaran petisyen itu daripada laman sesawang berkenaan diketengahkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan mengapa petisyen itu dibuang tanpa apa-apa penjelasan.

Laman sesawang itu memaparkan mesej: "Petisyen yang anda cuba akses dikeluarkan daripada laman web ini di bawah Dasar Kesederhanaan kami kerana ia melanggar Syarat Penyertaan."

Bagaimanapun, petisyen “Bebaskan Anwar” kini boleh dilihat semula dengan 106,472 tandatangan sudah dikumpulkan setakat ini.

Petisyen itu, yang diserahkan ke Rumah Putih pada 10 Februari, berjaya dan mendapat respons daripada pentadbiran Obama yang perlu mencapai 100,000 tandatangan menjelang esok.

Petisyen itu dimulakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R. Malott, yang mengemukakannya kepada laman sesawang itu tidak lama lagi selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Petisyen itu menyatakan “rakyat Malaysia marah” terhadap Rumah Putih kerana tidak berbuat apa-apa apabila hanya mengatakan “amat kecewa” berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.

“DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.

“Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyeksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” kata petisyen balas itu.

Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia “sangat kecewa”.

Ia berkata, perbicaraan Anwar “membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia”. – The Malaysian Insider/11 Mac, 2015.

Selasa, 10 Mac 2015

Petisyen Anwar untuk Rumah Putih DIBUANG



Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.

Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:”Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami”.

Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac.

Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan. – The Malaysian Insider/10 Mac, 2015.

, ,

Rabu, 11 Februari 2015

Hampir 30 Ribu Orang Sain Petisyen untuk Anwar Sejak Dilancarkan Semalam


[Malaysia Kini] Sebuah petisyen terhadap Barrack Obama sedang diusahakan supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen orang ramai itu mensasarkan kutipan 100,000 tandatangan supaya gesaan mereka layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Kenyataan rasmi harus dikeluarkan selepas itu.


Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Baru 24 jam, petisyen di laman khas disediakan Rumah Putih itu kini sudah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 (ketika berita ini ditulis) sokongan pelbagai pihak.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”.

"Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.

“Pembebaskan Anwar Ibrahim dari penjara harus menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia, untuk menjadikan maju dalam pelbagai bidang,” menurut petisyen itu.

Antara paling banyak sokongan

Menurut undang-undang AS, hak mempetisyen presiden termaktub dalam perlembagaannya supaya orang ramai dapat mengetengahkan pelbagai isu untuk perhatian negara itu.


Bagi memudahkan orang ramai, Rumah Putih menyediakan sebuah laman khas atas talian.

Antara pelbagai petisyen dikemukakan terhadap Obama (kiri), petisyen berkaitan Anwar menjadi antara yang paling banyak mendapat sokongan setakat ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap ketelusan sistem kehakiman Malaysia.

AS turut menyatakan perkara itu melalui kenyataan jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan. -11/2/15




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH