Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Putera Jefri. Papar semua catatan

,

Rabu, 24 November 2010

Wanita Seiras Patung Seks Adik Sultan Brunei Beri Keterangan


Saya petik:
[Kosmo] NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.

"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines.

Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265) sebulan.

Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.

Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta).

Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya.

Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu di London pada musim panas 2004. Sebuah akhbar melaporkan bahawa wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip Putera Jefri. - Agensi

,

Jumaat, 5 November 2010

Inilah Gambar Patung Erotik Adik Sultan Brunei yang Sedang Lakukan SEKS dengan Tunangnya!


Saya menggelintar beberapa laman sesawang berita antarabangsa. Saya jumpa berita yang memerihalkan Putera Jefri Bolkiah, adinda Sultan Brunei,  meminta seorang hakim menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh. Oleh sebab akhbar itu sudah menyiarkan gambar patung itu, maka saya salin dan tampal di sini untuk menjawab kuriositi anda berkaitan dengan hal tersebut.

Kesemua patung yang memaparkan aksi seks putera itu bernilai RM33.9 juta. Begitulah cara manusia yang dilimpahi kekayaan membelanjakan wang mereka. Mudah-mudahan kita tidak begitu. Nauzubillah! 

Cerita lanjut fasal adik Sultan Brunei ini boleh anda baca di sini.

P/s: Ada beberapa keping lagi gambar patung yang menunjukkan putera itu sedang melakukan aksi seks dengan tunangnya. Saya tidak mahu menyiarkannya dalam blog ini. Ada blog yang saya dapati menyiarkan gambar-gambar itu. Jika mahu melihatnya, pandai-pandailah anda mencarinya.


,

Adik Sultan Brunei Simpan Patung "Dirinya" Sedang Lakukan SEKS

Macam-macam! Allah uji manusia dengan kekayaan dan kemiskinan! Walau apapun keadaan anda, setiap perbuatan anda akan disoal di akhirat nanti! Saya petik:
[Kosmo] MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.
Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH