Antara 3 SODOM
SODOM 1:
Perkataan Sodom bukanlah satu kata yang berbaur lucah. Sodom ialah nama salah satu bandar yang dimusnahkan oleh Allah SWT berikutan keengganan kaum Nabi Luth bertaubat dan meninggalkan tabiat songsang mereka, iaitu mengamalkan kehidupan homoseksual. Lanjut anda boleh baca di sini.
SODOM 2:Sodom I & Sodom II ialah kes liwat yang melibatkan tokoh politik Malaysia. Selepas episod Sodom I, kini warga emas berusia 60 tahun itu berhadapan dengan episod Sodom II yang sedang hangat dibicarakan. Berdasarkan fakta kes, seorang pemuda berusia lingkungan 20-an mengadu diliwat (secara paksa) oleh warga emas tersebut. Biarpun diselubungi pelbagai kontroversi dan misteri, namun kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah Malaysia.
SODOM 3:
Sodom juga merupakan nama kumpulan thrash metal yang ditubuhkan pada tahun 1982 di Jerman. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Tom Angelripper bersama-sama dengan Bernd "Bernemann" Kost , dan Bobby Schottkowski. Selepas 27 tahun, hanya Tom Angelripper yang masih kekal sebagai anggota asal. Tema kumpulan yang dianggap sebagai salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam rentak muzik thrash metal di seluruh dunia ini ialah peperangan. Kebanyakan liriknya berkisar tentang bom, senjata, dan apa-apa sahaja berkaitan dengan peperangan. Sejarah lanjut tentang kumpulan ini boleh anda baca di sini.