Ekoran putar belit dan fitnah yang dilontarkan oleh macai berkenaan tajuk video di atas, pelbagai reaksi dan kekecohan berlaku. Antaranya demonstrasi ahli NGO yang turut menyembelih ayam serta melumurkan darah ayam tersebut pada poster yang memaparkan gambar pemimpin DAP. Malah mereka turut menawarkan sejumlah wang bagi individu yang dapat menampar muka Teresa Kok. Walhal NGO ini tidak menyiasat pun perkara sebenar tetapi bertindak membabi-buta dan mengapi-apikan sentimen perkauman.
Selepas berlaku kekecohan, Teresa menjelaskan maksud tajuk video itu. Ada portal mesra UMNO menyalahkan Teresa kononnya ahli politik DAP itu sepatutnya lebih awal menjelaskan maksud tajuk yang didakwa mereka menghina orang Melayu.
Bagi TM, kalau mereka ini bodoh Mandarin atau Kantonis, mengapa terus melulu menuduh Teresa menghina Melayu sehingga membuta-tuli membunyikan tajuk video itu sebagai “Malay, Sei Ley ya,” yang jika difahami dari aspek dialek kantonis bermaksud “Melayu, pergi matilah kau..”
Fikirlah secara logik, adakah Teresa yang merupakan MP Seputeh sanggup melontarkan kata-kata itu, tambah-tambah pula kata-kata itu diungkap dalam sebuah rancangan yang boleh ditonton ramai? Di mana logiknya, Teresa yang menyertai dan mendokong parti berbilang bangsa boleh berkata begitu?
Siapa sebenarnya yang memainkan api perkauman di Malaysia sejak dulu lagi?
Siapa sebenarnya yang memainkan api perkauman di Malaysia sejak dulu lagi?
Fikir. Selebihnya, jangan jadi macai yang hanya tahu memainkan api perkauman demi memastikan parti anutan mereka kekal berkuasa.
| Apakah tidakan polis terhadap NGO yang menawarkan wang kepada orang ramai untuk mencederakan seseorang? |



