Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Tony Pua. Papar semua catatan

, , , ,

Ahad, 23 Ogos 2015

Mengapa Najib Masih Belum Saman Sarawak Report, WSJ? - DAP




DAP hari ini mengajukan soalan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menyaman Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mereka mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dikatakan dipindahkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Ia susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan tiada satu sen pun dari wang itu datang daripada dana pencen kerajaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). 

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, laman web pemberi maklumat dan akhbar kewangan itu mendakwa dengan jelas, RM42 juta dana yang berasal dari bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, disalurkan terus ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Kalau Zahid begitu pasti tiada wang yang masuk ke akaun perdana menteri datangnya dari SRC International, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, kenapa Najib tidak menyaman kedua-dua WSJ dan Sarawak Report kerana membuat fitnah?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimana timbalan perdana menteri yang baru ini boleh buat kesimpulan yang ketuanya tidak pernah menerima satu sen pun dari SRC International, yang dibiayai sepenuhnya dengan wang RM4 bilion daripada KWAP, dijamin oleh Kerajaan Persekutuan?

"Oleh itu, adakah Zahid berbohong, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada ahli Umno, hanya untuk membantu perdana menteri supaya terus berkuasa, sebagai ganjaran kerana menaikkan pangkat beliau?" soal Pua.

Zahid berkata semalam, wang AS$700 juta itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.

"Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor.

"AS$100 juta yang pertama adalah cek atas nama Najib. Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib," katanya.

Zahid berkata, semua sumbangan yang dibuat penderma itu bertujuan membantu Umno sebagai pembiayaan politik. – The Malaysian Insider/23 Ogos, 2015.

P/s: Sudah berapa kali Selasa da???


, , ,

Jumaat, 6 Mac 2015

Skandal 1MDB: Najib SAMAN Tony Pua dan MediaRakyat



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Bernama.

Tuntutan itu dipercayai susulan ucapan Pua dalam satu majlis kutipan dana November lalu, di mana ketua publisiti kebangsaan DAP itu didakwa berkata Najib merompak rakyat.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Hafarizam Wan Aisha dan Mubarak.

Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu media pihaknya akan menyerahkan writ saman itu kepada peguam kedua-dua defendan hari ini.

Bernama melaporkan, dalam pernyataan tuntutan yang diterima media hari ini, Najib, 61, mendakwa pada 13 November tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu dimuat naik defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat di bawah tajuk "Tony Pua: Najib is Creating the Biggest Scandal Ever in the History of Malaysia".

Perdana menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejennya di laman Facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejennya di laman Facebook Mediarakyat.

Sehingga 2 Mac sebanyak 194,979 rakaman itu ditonton di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna Facebook mengikuti rakaman itu di laman Facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna Facebook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.

Najib berkata berdasarkan fakta itu, sejumlah besar pengguna Internet menonton rakaman itu dan mendengar perkataan fitnah dinyatakan Pua, lapor Bernama.

Katanya, rakaman ucapan itu mengandungi perkataan merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu dikenali sebagai "Prime Minister" dalam perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu dalam erti kata biasa atau lazim antaranya membawa maksud plaintif merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu plaintif adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Bernama melaporkan, Najib yang juga presiden Umno mendakwa defendan pertama dan kedua tidak menghubunginya bagi mengesahkan kebenaran perkataan fitnah itu sebelum menerbitkannya.

Najib melalui peguamnya menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan pada 21 November tahun lepas tetapi mereka masih meneruskan penerbitan perkataan fitnah yang sama kepadanya.

Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan fitnah itu terhadapnya.

Sementara itu, dalam reaksi segeranya, Pua memberitahu The Malaysian Insider, beliau sudah menjawab surat tuntutan yang dihantar perdana menteri pada November itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai saman itu sehingga beliau dan peguamnya Gobind Singh menerima notis itu.

Di dalam surat tuntutan yang ditandatangani Hafarizam itu, Pua dilaporkan diminta menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf dalam tempoh 14 hari di dua akhbar nasional.

Pua juga diminta mengeluarkan video itu daripada Internet, berhenti membuat kenyataan fitnah dan membayar ganti rugi kepada Najib atas kenyataan itu.

Menurut transkrip di dalam surat itu, Pua berkata dalam ucapannya: "Biar saya beritahu, inilah masalahnya dengan Barisan Nasional. Tak sesiapa berani menentang perdana menteri, dan sekarang Najib macam raja. Raja yang mencipta skandal terbesar dalam sejarah negara. Besar! Tak seorang pun berani cakap apa-apa, takda apa, takda sekelumit pun suara dari mana-mana pemimpin MCA, Gerakan atau Umno sekalipun...

"Ini memalukan, ini menimbulkan skandal bagi sebuah entiti dimiliki 100% Kementerian Kewangan dengan lembaga penasihatnya yang dipengerusikan perdana menteri sendiri tidak mampu mengemukakan akaun pada masanya, terutamanya apabila syarikat itu sangat besar, rakyat melihatnya dengan penuh minat, RM36 bilion hutang, mereka tak mampu kemukakan akaun pada masanya...

"Saya rasa cuma ada satu sebab kenapa ini boleh terjadi. Ia boleh terjadi kerana semua kaki-kaki MCA, MIC, Gerakan tak berani nak cabar perdana menteri mereka, semua kata okay okay terimakasih terimakasih.. teruskanlah, rompaklah wang rakyat." – The Malaysian Insider/6 Mac, 2015.


, , , ,

Ahad, 7 September 2014

Kemampuan Hadi Pula Dipersoal DAP, Hilang Terengganu dan Kedah


[Malaysia Kini] Pemimpin DAP hari ini menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membangkitkan persoalan rekod kerjanya.

Katanya, selepas hilang dua negeri terhadap BN, beliau kini tiada hak mempersoalkan kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor.


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyifatkannya sebagai “orang yang sebabkan kehilangan besar Terengganu selepas menjadi menteri besar satu satu penggal dan gagal mengganti menteri besar Kedah selepas terlantar di katil hospital berbulan-bulan”.

PAS hilang penguasaan di Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden DAP Selangor Teng Chan Khim pula berkata, Hadi mempunyai rekod kerja yang suram selepas PAS hilang penguasaan Kedah dan Terengganu bawah pimpinannya.

“Fakta-fakta itu dapat menjelaskannya secara sendiri.

“Hadi menjadi menteri besar ketika PAS hilang Terengganu dan beliau juga presiden PAS ketika hilang kuasa di Kedah.

“Inilah rekod kemampuannya,” katanya. -9/7/14


P/s: TG Hadi Awang mempertikaikan kemampuan WAWI berdasarkan persepsi dan mungkin atas nasihat orang lain, namun DAP mempertikaikan kebolehan dan kemampuannya berdasarkan fakta.

Mereka tidak pernah mempertikaikan kemampuan dan kepimpinan pemimpin PAS secara terbuka, namun mungkin tidak dapat menahan diri apabila WAWI diaibkan oleh pemimpin PAS semalam.





, ,

Rabu, 15 Februari 2012

Tony Pua Kata Kerajaan BN Bodoh, Mengapa?


Saya petik:

[MK] Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian bekalan gula di negara ini adalah langkah yang ‘bijak’, DAP tegas mempertahankan bahawa negara akan kehilangan jutaan ringgit jika harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa terus jatuh.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, perjanjian itu akan menyaksikan kerajaan kerugian sebanyak RM64 juta hingga RM491 juta setiap tahun.

Dakwanya, kerajaan membuat perjanjian menetapkan komoditi itu pada harga yang tinggi sedangkan harga pasaran sedang merosot.

"Nampaknya kerajaan sebenarnya adalah bodoh dalam usaha cuba menjadi bijak. Ini mengakibatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai disia-siakan tanpa diperlukan" kata Pua, dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata kerajaan telah memperbaharui tiga kontrak dan menetapkan harga import gula pada US$0.26 bagi setiap paun.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa harga adalah lebih tinggi sepanhang tempoh 2009 hingga 2011 kerana harga telah ditetapkan pada US$0.179 bagi setiap paun dan ini menyebabkan peningkatan dalam subsidi daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Pua, sebelum ini mendakwa Ismail Sabri  cuba "memperbodohkan" rakyat apabila mendakwa bahawa harga gula di peringkat antarabangsa telah naik sepanjang tempoh 2009-2011.

"Mengapa kerajaan menandatangani kontrak jangka panjang tiga tahun untuk membeli gula pada harga US$26 bagi setiap paun apabila harga gula terakhir diniagakan pada Disember 2011, adalah US$23.42 bagi setiap paun ataupun 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" soalnya lagi.



P/s: Kalau cerdik takkan kebanyakan GLC rugi, jual air pun rugi bla bla bla....



, , , ,

Khamis, 5 Ogos 2010

Sebelum Seret Tony Pua, Seret Najib Dahulu

Penyokong tegar UMCO, tidak kiralah sama ada ahli parti, blogger upahan, penyokong tanpa keahlian seolah-olah lupa, ada yang sengaja buat-buat lupa tentang tindakan PM 1Malaysia yang menghapuskan kouta 30% saham Bumiputera, biasiswa untuk pelajar Bumiputera, dan sebagainya. Orang seperti ini samalah dengan maksud peribahasa, "Kuman di seberang nampak, GAJAH di depan mata tidak nampak".

Antara tindakan Najib yang menjejaskan kepentingan Bumiputera. Klik untuk bacaan lanjut (sesi imbas kembali):
* Saham: Tiada Lagi Kouta 30% untuk Bumiputera
* Biasiswa Nasional; Tiada Lagi Kouta Bumiputera

Ada banyak lagi fakta berkaitan tindakan UMNO yang merugikan Bumiputera. Pandai-pandailah selongkar blog ini dan laman blog lain. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih!

Yang puak-puak ini nampak ialah cadangan daripada ahli politik DAP. Walhal itu baru cadangan dan cadangan itu pula melibatkan Bumiputera yang berpendapatan tinggi. Seperti yang dijelaskan, cadangan itu pula bersifat peribadi dan tidak akan dilaksanakan. Sedangkan, penghapusan kouta di atas merupakan pengumuman rasmi ketua kerajaan dan sedang dilaksanakan serta melibatkan Bumiputera secara keseluruhan.

Jadi tanpa menulis panjang lebar, siasat Najib dahulu sebelum siasat Tony Pua, seret Najib dahulu sebelum mahu seret Tony Pua!

Berita berkaitan:

Siasat cadangan Tony Pua


ANGGOTA Pergerakan Pemuda UMNO Selangor membuat laporan polis mengenai cadangan Tony Pua memansuhkan diskaun bumiputera ke atas hartanah komersial dan rumah mewah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor, semalam.


[UM] KUALA LUMPUR 4 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini untuk memansuhkan diskaun bumiputera ke atas hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 11 pagi itu meminta polis menyiasat cadangan penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP itu yang disifatkan berbaur hasutan dan berbentuk provokasi.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata, laporan polis itu mesej daripada Pemuda yang memandang serius terhadap cadangan tersebut yang dilihat sangat berbahaya.

"Cadangan itu juga dianggap sensitif dan mencabar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Malah beliau (Tony) seolah-olah sengaja menimbulkan perasaan benci dan tidak puas hati orang Melayu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Pada 26 Julai lalu, Tony mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor....

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH