Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Yayasan Selangor. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 6 Mac 2012

Jika Dakwaan Benar, SIapa TIBAI RM500 Juta Duit Yayasan Selangor Semasa Pentadbiran BN



[MK] Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa  aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor  mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.



P/s: Isu "kehilangan" duit di Yayasan Selangor sering dibangkitkan oleh blog pro-UMNO dan blog-blog ini menuduh pentadbiran PR yang bertanhjggungjawab terhadap kehilangan tersebut. Jadi, pihak Yayasan Selangor dan kerajaan negeri perlu menyediakan laporan lengkap untuk mengesan ketirisan tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.


, ,

Isnin, 21 Mac 2011

Kursus Perakaunan untuk Pemimpin dan Jurublog Pro-UMCO daripada MB Selangor


Saya petik:
[SH] RAWANG – Penganalisa kewangan dijemput menghadiri perbincangan pada pembentangan isu akaun defisit RM7.41 juta anak syarikat Kerajaan Negeri, Yayasan Selangor, pada satu sesi Rabu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menerangkan perkara sebenarnya yang berlaku kepada aset dan hasil Yayasan Selangor termasuk ke pihak media pada sesi yang akan diadakan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri itu.

“Saya rasa ada pegawai kurang berpengalaman dari segi membaca akaun itu. Lagipun akuan itu sudah antara empat ke lima tahun lalu tidak diaudit sepenuhnya.

“Pihak media juga ada tidak tahu lihat akaun itu. Untuk itu, saya hendak ajar cara membaca akaun ini dan ambil tindakan supaya tidak jadi seperti (isu) skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa majlis lawatan turun padangnya ke tapak projek pembangunan Saujana Rawang, di Pejabat Projek Saujana Rawang pemaju Glomac Berhad di Bandar Country Homes, di sini, semalam.

Menurutnya, pendedahkan laporan audit Yayasan Selangor itu disifatkan baru dan baik memandangkan perkara sedemikian cuba ditutup pihak pemerintah terdahulu.

“Dulu isu sebegini tidak diberitahu kepada orang lain, jadi tidak ada ketelusan. Berbanding sekarang, Pakatan Rakyat (PR) membenarkan maklumat (defisit) ini diberikan kepada masyarakat.

“Malah masyarakat terlibat mengenai perbincangan perkara tersebut dan apa berlaku boleh dipersoalkan oleh mereka. Jadi penyelewengan dapat dikurangkan.

“Berbanding isu PKFZ, masyarakat hanya tahu selepas penyelewengan berlaku. Tetapi Yayasan Selangor, kita rancang apa kita hendak buat dan beritahu sekarang,” katanya.

Abdul Khalid berkata, untuk itu pihaknya juga menjemput penganalisa kewangan menghadiri perbincangan akan diadakan dan hasil kajian dibentangkan kepada rakyat...

P/s: Percuma! Boleh bawa kawan sekali. Kah kah kah!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH