Adegan Bom di dalam Kemaluan Diselar
Beijing: Satu drama televisyen China dibatalkan siarannya selepas menimbulkan kemarahan penonton melalui plot yang menunjukkan bom tangan dikeluarkan daripada kemaluan wanita ketika aksi ghairah.
Pentadbiran Kebangsaan bagi Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen juga menyemak semula drama ‘Let’s Beat the Devils’ yang mengisahkan kebangkitan rakyat China terhadap penjajahan Jepun, lapor Agensi Berita Xinhua.
Tema kebangkitan Perang Dunia Kedua terhadap Jepun memang popular dalam rancangan televisyen China.
Plot sedemikian dianggap patriotik, seterusnya dilihat pasti terlepas daripada lembaga penapisan yang ketat negara itu selain mampu menarik ramai penonton.
Bagaimanapun, penerbit rancangan itu dikritik hebat kerana mengambil kesempatan memperkenalkan aksi memberahikan untuk kisah yang kononnya berunsur patriotik.
Dalam adegan itu, seorang wanita China menemui kekasihnya yang menjadi tawanan Jepun.
Mereka bercumbu sebelum lelaki itu menemui grenad tersorok dalam kemaluan wanita terbabit yang akan digunakan dalam serangan berani mati terhadap askar Jepun yang menawannya.
Komentar di Xinhua menyelar aksi itu sebagai menggunakan patriotisme untuk mengabui penonton daripada seks dan keganasan dalam kisah berkenaan.
“Apatah lagi kisah itu membabitkan sejarah yang begitu sukar untuk kita lupkakan,” kata artikel itu. - AP/Harian Metro/22/5/15




