KUALA LUMPUR: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyeru memerangi golongan yang digelarnya “kafir harbi” kerana menentang Islam.
“Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam,” kata Abdul Rahman dipetik Bernama semalam.
“Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah.”
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.
RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.
DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud.
Kenyataan mufti itu mengundang kecaman dari pelbagai pihak, termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga merupakan pesuruhjaya PAS Pahang.
“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi,” kata Tuan Ibrahim.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Abdul Rahman menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada parti itu.
Sementara ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan mufti itu.
“Kami tidak anti Islam. Kami ada penyokong, ahli dan wakil rakyat beragama Islam. Kami memegang Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Islam ialah agama rasmi Malaysia,” kata Gobind. - FreeMalaysiaToday/28/6/2016
"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) seperti berikut:-
i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
"2.Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan",' dan
ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:
"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati"
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).
"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.
Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.
"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.
Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.
Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAHA akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.
"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.
"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.
"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya
Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu. -Malaysia Kini/26/5/2016
Berkaitan:
RUU Hudud Dipercepat, Tetapi Hadi Mohon Tangguh
Rang Undang-undang peribadi untuk meminda Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan diberi keutamaan di parlimen hari ini.
Rang undang-undang yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dijadual dibahaskan hari ini, hari terakhir sidang parlimen untuk sesi ini.
Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober.
Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum itu mencadangkan usul itu Hadi itu dibawa ke depan.
Ia disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Speaker Dewan Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan penangguhan usul itu selepas undi suara dibuat.
Anthony Loke (DAP-Seremban) pada mulanya meminta pengundian blok dibuat.
CATATAN SENJA DI PARLIMEN
Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal
memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan
yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.
Ada dua isu
iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi
aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.
Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.
Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam
meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil
persendirian oleh wakil Marang.
Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.
Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah
dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan
halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau
menolak secara emosi.
Malangnya usul persendirian yang jarang
mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta
ditangguhkan perbahasan.
Ini bermakna kenyataan bil
persendirian dizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah
seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.
Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala
yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan
untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat
perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana
proses ini masih tergantung.
Apapun diharapkan akta berkenaan
dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak
dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan
kempen PRK yang terdekat ini.
Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.
Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum
parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan
perundangan syariah sebagai sebahagian dari atur mainan demokrasi.
Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang
bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan
seperti mana-mana rang undang-undang.
Tetapi saya bantah jika
usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan
partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Semua
pihak yang berkolobrasi untuk tujuan politik sempit atas nama
memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah
'menjual agama' untuk tujuan politik.
Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah 'jual agama' sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.
Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.
Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.
PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
Anthony meets Caesar Anwar. Part 2.
-
1. When Anwar says government is to carry out forensic accounting on UITM
holdings, our reaction is, ho hum here we go again 2. After much thunder,
there w...
Tamatkan segera krisis di Negeri Sembilan
-
*RENUNGAN SENJA*
KRISIS adat dan institusi di Negeri Sembilan yang masih belum ada
kesudahannya membawa
beberapa natijah, ia bukan sahaja memalukan bangsa ...
PMX Kata Felda Jual Hotel Di London 160 Juta?
-
Bhai/DeeDee semua... Kelmarin PMX kata, pengurusan Felda datang pada dia
untuk dapat kelulusan penjualan hotel di London. Dia kata Felda nak jual
hotel pad...
Undang seret Kerajaan N9 ke mahkamah
-
Pertikaian takhta yang berlarutan di Negeri Sembilan kini memasuki fasa
perundangan apabila empat pembesar adat membawa kerajaan negeri ke
mahkamah. Menur...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Merapatkan Jurang
-
*SELASA, 19 November 2019*
*Oleh: ZULKIFLI SALLEH*
Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan
Rakyat pada 11 Oktober la...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
-
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA)
menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar
belaka...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
-
EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,
Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah
syarikat ...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 2017
-
*MERDEKA!*
Anak rusa nani, lalu kembang ekor,
Apa dosa kami, lalu tidak tegur.
Anak rusa nani, lalu tepi perigi,
Apa dosa kami, lalu dapat 1MDB.
Anak r...
Shafie Apdal Umum Keluar Umno
-
Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga adalah ahli parlime...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah
-
Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak
kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan
leb...
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..
-
*Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..* Ahli perniagaan Low Taek Jho
mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia
Devel...