Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label al Quran. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2015

Al Quran Laris di Perancis



Paris: Buku mengenai Islam dan kitab suci al-Quran laris di Perancis selepas serangan pengganas di Paris pada Januari lalu menimbulkan banyak persoalan terhadap agama Islam.

Sebuah majalah yang membincangkan mengenai kandungan al-Quran habis dijual dan kedai buku menjual lebih banyak buku mengenai Islam selepas serangan yang mengorbankan 17 nyawa itu.

“Semakin banyak persoalan bermain di fikiran rakyat Perancis dan mereka tidak berpuas hati dengan maklumat yang mereka peroleh dari media,” kata pengarah majalah Philosophie, Fabrice Gerschel.

Majalah Philosophie menerbitkan satu ruangan yang membincangkan kandungan al-Quran.

Kesatuan Penjual Buku Kebangsaan Perancis memberitahu jualan buku mengenai Islam meningkat tiga kali ganda pada suku tahun pertama tahun ini.

Pemilik rangkaian kedai buku La Procure, Mathilde Mahieux berkata, rakyat Perancis mahu memahami Islam dengan lebih baik berbanding laporan media mengenai kekejaman kumpulan militan Negara Islam.

“Rakyat kini lebih berfikiran terbuka,” ujarnya.

Seorang pemilik kedai buku di Nantes, Perancis barat, Yvon Gilabert berkata, ramai pelanggan datang ke kedainya untuk membeli salinan terjemahan al-Quran.

“Seorang wanita Katolik datang ke sini dan membeli terjemahan al-Quran kerana dia mahu mencari jawapan betulkah Islam itu agama yang ganas,” katanya.

Dalam serangan pada 7 Januari lalu, dua lelaki menyerang ibu pejabat majalah satira Charlie Hebdo menembak mati 11 mangsa dan mencederakan 11 yang lain.

Satu serangan di sebuah pasar raya Yahudi tidak lama selepas itu berkesudahan enam maut dan beberapa lagi cedera. - Harian Metro/5/4/15


,

Isnin, 5 September 2011

[Gambar] Al-Quran Tetap Utuh dalam Suatu Kebakaran




  

P/s: Allah Maha Besar!

, ,

Rabu, 22 Jun 2011

Budak Baca Al-Quran Elak Dirogol


Saya petik:
[BH] JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

,

Isnin, 13 Jun 2011

"Saya Baca al-Quran Setiap Hari."


Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama. 

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM.

"Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia,  namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama  yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi  PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau  memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya  memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran
. 

Cerita lanjut tentang Blair ini boleh di baca di Daily Mail. 

P/s: Kita benci Blair kerana peranannya bersekutu dengan AS dan mengarahkan pasukan tentera Britain menyerang Iraq dan Afghanistan. Namun, TM di DCM mendoakan beliau diberi hidayah untuk menerima Islam.


,

Khamis, 23 Disember 2010

Al Quran Ditulis Guna Darah Saddam Hussein

Saya petik:
[Kosmo] BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.
Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.
Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

Berkaitan:
* Koran Written in Saddam's Blood Poses Islamic Dilemma

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH