Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label exco negeri. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 19 Januari 2012

Telahan DCM Tepat, Media & Blog Pencacai Mainkan Isu MB Pegang Portfolio Agama Islam


Sambung baca di sini.

Saya sudah bangkitkan isu ini semalam (Sila baca di sini.). Sejak petang semalam jurublog, tentera siber pencacai sudah memainkan isu ini dengan mempertikaikan kelayakan Tan Sri Khalid dan memperlekeh peranan, kemampuan,  serta kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor. Hari ini media perdana juga memainkan isu yang sama. 

Seperti yang saya tegaskan semalam, keadaan tentu berbeza jika MB Selangor tidak merombak dan mengambil alih portfolio itu (walaupun dari sudut pandangan politiknya, rombakan itu perlu dilakukan). Jika beliau mahu memantau JAIS dan MAIS, beliau boleh berbuat demikian dengan kerjasama exco yang sepatutnya memegang tanggungjawab itu. Tindakan beliau mengambil alih portfolio itu bukan sahaja memberikan ruang dan peluang kepada media pencacai memainkan isu ini, malah memberikan isu kepada Hassan Ali untuk siri jelajahnya.

Penjelasan pihak PAS bahawa tindakan MB itu untuk memberikannya kuasa memantau JAIS & MAIS dan meletakkan harapan agar portfolio itu diserahkan semula kepada PAS mungkin dipandang oleh sesetengah orang sebagai "cover up" untuk menutup isu ini. Penjelasan itu tidak meyakinkan mereka yang membuat andaian bahawa Tan Sri Khalid seolah-olah "tidak percaya" kepada exco yang baru dilantik. Tindakan itu juga menunjukkan bahawa beliau masih trauma dengan sikap HA ketika memegang jawatan itu.

Saya percaya isu ini akan dimainkan oleh pihak UMCO di pentas ceramah dan sedikit banyak akan memberikan impak kepada sokongan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.



P/s: Segala-galanya cantik berkaitan dengan isu HA, kecuali rombakan portfolio ini. PRU13 sudah dekat, jangan bagi modal politik pihak seberang sana!




, , ,

Rabu, 18 Januari 2012

[PANAS] Hasan Ali Hantar Surat kepada MB Pertikai Pemecatannya! Kata "Saya rela dipecat"


Saya petik:

[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau ada menerima surat daripada Datuk Hasan Ali - yang dipecat sebagai ahli PAS - yang berpendapat bahawa pelantikan exco baru sebagai penggantinya, mungkin terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura PAS.

"Saya telah menjawab surat tersebut dengan menyatakan keputusan saya menggugurkan beliau adalah lanjutan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat pada 8 Januari 2012 yang melucutkan beliau sebagai ahli PAS.

"Surat dari Jawatankuasa PAS bertarikh 10 Januari 2012 telah mengesahkan keputusan pemecatan beliau berkuatkuasa serta-merta dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Abdul Khalid.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas majlis pelantikan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri yang baru di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

"Proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ianya tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan yang beliau laksanakan ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN," tegas menteri besar sambil menambah bahawa beliau telah menjawab surat itu kepada Hasan.

Khalid berkata beliau berharap  pelantikan Dr Ahmad Yunus ini akan menguatkan lagi barisan pimpinan negeri Selangor dalam melaksanakan reformasi pentadbiran dan pengurusan negeri.

Ditanya mengenai status jawatan timbalan  pengerusi Majlis Agama Islam Selangor yang dipegang Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia, Khalid berkata: "Terpulang kepada rancangan Tuanku Sultan".

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris shah adalah pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menafikan pihaknya tidak mampu untuk mengambil alih tugas yang dipegang Hasan sebelum ini sehingga beberapa tugas dan jawatan diserahkan kepada pesuruhjaya Dr Abdul Rani Osman dan  ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

"Tidak ada.. sebab ia lebih senang dan lebih baik. Dahulunya boleh jadi Datuk Dr Hasan juga (sebagai) delegasi.

"Sekurang-kurang, orang yang saya pilih adalah orang yang mempunyai kualiti dan juga tahap (kelayakan) yang saya mahu... Pengurus yang baik mesti memilih orang yang baik," katanya sambil mmembacakan biodata Dr Shafie kepada pemberita.

Dr Abd Rani yang juga ADUN Meru dilantik sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT). Kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau berasa "selesa" selepas pengguguran Hasan, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata: "Saya tidak komen soalan spekulasi".



P/s: Apa sudah jadi dengan Hasan Ali? Bercakap di media, dia dengan nada yakin dan mungkin juga angkuh mengatakan bahawa dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli PAS. Namun, pengakuan itu berlainan dengan isi suratnya yang dihantar kepada MB Selangor menyatakan ruangnya merayu keahliannya sebagai ahli PAS, selain rmempertikaikan penggugurannya sebagai exco.

Kah kah kah!

, , , ,

Mengapa MB Selangor Ambil Alih Portfolio Hal Ehwal Islam?


Apabila PAS membuat keputusan memecat Hasan Ali sebagai ahli parti, saya yakin keputusan itu amat tepat. Apabila MB Selangor menghadap Sultan dan baginda memperkenankan jawatan yang dipegang HA digugurkan, saya yakin keputusan itu amat tepat. Namun apabila MB Selangor membuat rombakan kecil dan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam dan hanya mengamanahkan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan kepada pengganti HA, iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi, saya yakin keputusan itu kurang tepat. Berita itu boleh dibaca di sini.

Tindakan MB Selangor mengambil alih portfolio itu daripada exco PAS akan memberikan ruang dan peluang kepada musuh politik PAS dan PR memainkan isu ini. HA yang mungkin gagal memainkan isu penggantinya selepas jawatan itu diambil alih oleh Dr Ahmad Yunus, bukannya Dr Rani mendapat modal baru untuk siri jelajahnya. Kredibiliti dan peranan PAS akan dipertikaikan oleh puak-puak UMCO. Orang akan mempersoal kelayakan dan kesesuaian Tan Sri Khalid memegang portfolio itu. Malah tidak hairan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, blog-blog UMCO akan memainkan isu secukup-cukupnya.

Mengapa Tan Sri Khalid mengambil alih portfolio itu? Adakah beliau masih trauma dengan tindakan HA dalam isu arak dan gereja sebelum ini? Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah sekadar menimbulkan persoalan. Dalam keadaan Najib begitu rancak menjalankan strategi merampas Selangor, kita tidak mahu kedengaran di TV, di akhbar, dan di blog pencacai kata-kata "Tindakan Khalid mengesahkan PAS tiada peranan dalam hal ehwal Islam" atau "Sah PAS dipinggirkan dalam soal Islam di Selangor" atau "Musnahlah akidah umat Islam di bawah PKR" atau macam-macam lagi kenyataan yang dikeluarkan untuk kepentingan politik BN di Selangor. Saya yakin keadaannya tentu berbeza jika Tan Sri Khalid menyerahkan portfolio yang pernah dipegang oleh HA itu kepada Dr. Ahmad Yunus. -DCM



, ,

Bukan Dr. Rani Ganti Hasan Ali untuk Jawatan Exco Negeri Selangor

 
Saya petik:

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.
 
Perawakan


Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/400911_10150532516903901_38012338900_8792568_753099611_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/405818_10150532495468901_38012338900_8792540_1044002532_n.jpg
ADUN Sijangkang YB Dr. Yunus Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor di Istana Kayangan pagi ini.

 

P/s: Tahniah!



, ,

Selasa, 17 Januari 2012

Dr Rani Calon Pilihan Ganti Hasan Ali


Saya petik:

[MK] Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

NONEPeluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.


P/s: Terbaik!

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH