Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label harga kereta. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

Beli Sekarang atau Hadapi Kenaikan Harga Kereta- Pemain Industri




Lebih baik beli sekarang

Pengedar kenderaan Toyota, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota), baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga model-model Toyota dan Lexus di pasaran tempatan antara 4% dan 16% bermula Januari 2016, atas alasan kemerosotan nilai ringgit.

Syarikat itu berkata, sepanjang tahun ini nilai ringgit merosot hampir 20% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus meningkatkan kos operasi UMW Toyota.

“Syarikat menilai pelbagai kaedah untuk menghadapi hal ini. Namun, tiada pilihan selain terpaksa memindahkan sedikit kenaikan kos ini terhadap pengguna sebagai mengimbangi kesan pengukuhan dolar AS,” jelas syarikat itu dalam kenyataannya.

Presiden UMW Toyota Datuk Ismet Suki berkata, bermula awal tahun ini perubahan nilai ringgit menjejaskan perniagaan syarikatnya memandangkan beberapa alat ganti dan komponen adalah barangan yang diimport dan sekali gus menaikkan kos operasi keseluruhan.

Pemain industri yang dihubungi The Malaysian Insider menyarankan pembeli yang berhajat untuk memiliki kereta untuk membelinya dalam tempoh terdekat ataupun membeli kereta import terpakai dari luar negara atau bakal menghadapi kenaikan harga kereta susulan penyusutan nilai ringgit.

Abdul Rahman Mohamad, 54, ejen penjual kereta dari Seremban, Negeri Sembilan berkata, meskipun penjualan kenderaan itu setakat hari ini masih lagi memberangsangkan, penyusutan nilai ringgit dan kenaikan harga kereta tidak dapat dielakkan.

“Kalau nak beli kereta, beli sekarang, takut nanti harga akan naik lagi, lebih-lebih lagi kereta dari Jepun,” katanya, kepada The Malaysian Insider.

“Pasaran kereta buat masa ini masih stabil, tetapi pihak bank pula yang sukar untuk memberikan pinjaman,” katanya.

Hafarizal bersetuju dengan kata-kata Rahman itu, mengatakan dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,100 sebulan, selepas potongan dia hanya menikmati gaji bersih sebanyak RM800 sahaja, sedangkan syarat minimum untuk membeli kereta adalah RM1,500.

“Kami cuba mengumpul wang pendahuluan untuk membeli kereta, isteri saya pun selain menjadi suri rumah turut mengambil upah menjaga anak-anak jiran. Jadi, dapatlah membantu serba sedikit kos kehidupan kami berdua,” katanya.

Hafarizal berkata, tanpa deposit yang mencukupi ditambah perbelanjaan tambahan untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Jun tahun hadapan, hasratnya untuk memiliki kenderaan yang lebih baik mungkin terpaksa dilupakan.

“Nak buat macam mana, apabila sudah ada anak, perbelanjaan akan bertambah. Macam mana nak beli kereta?” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata pengguna bagaimanapun masih mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan import terpakai dari luar negara ekoran kenaikan harga kereta baharu.

Beliau berkata, setakat ini, stok kenderaan yang diimport pihaknya masih lagi berbaki sekitar 400 unit dan dijangka mampu bertahan sehingga antara 3 atau 4 bulan sahaja lagi.

“Kereta import terpakai dari luar negara tidak naik harga. Belilah kereta ‘recond’. Kita masih menjual dengan harga lama kerana stok kita ambil awal tahun lalu sebelum berlakunya krisis kewangan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Zainuddin berkata, sebaik sahaja unit berkenaan habis dijual, mereka juga akan terpaksa menaikkan harga antara 25% sehingga 30% untuk menampung penyusutan nilai ringgit.

"Kalau nak beli lebih baik beli sekarang,” katanya dan menambah, sebagai perbandingan, model Toyota Alphard baharu berharga sekitar RM400,000, sedangkan model terpakai yang diimport berusia 2 tahun boleh dibeli separuh daripada harga itu.

Beliau bagaimanapun mengakui, sejak kejatuhan nilai ringgit, penjualan kereta mengalami penurunan hampir 50%.

“Kalau dulu kita boleh jual antara 40 hingga 50 unit sebulan, tetapi hari ini kita hanya boleh menjual antara 20 hingga 30 unit sebulan,” katanya.

Kenaikan tidak dapat dielakkan

Zainuddin berkata, industri penjualan kereta akan menerima kesan pertama susulan kejatuhan nilai ringgit dan diikuti dengan sektor perumahan.

“Kalau industri penjualan kereta berkembang pesat, maknanya ekonomi dalam keadaan baik, tapi sekarang rumah pun tak laku. Ini indikator ekonomi baik atau tidak,” katanya.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan harga kenderaan iu sememangnya tidak boleh dielakkan atau syarikat akan mengalami kerugian disebabkan penurunan nilai ringgit.

“Ia umpama ‘ayam’ dan ‘telur’, kalau kita tidak naikkan harga kita akan rugi, tetapi kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan tidak baik kepada industri automotif kita,” katanya.

Namun beliau berkata, keputusan sama ada untuk mengekalkan atau menaikkan harga sesebuah model kenderaan itu masih bergantung kepada keputusan satu-satu syarikat itu sendiri. – The Malaysian Insider/ 15 Oktober, 2015.

Isnin, 20 Januari 2014

Harga Kereta Akan TURUN "Menjelang" PRU14?


Harga Kereta Turun Hingga 30% Menjelang 2018

Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 yang diumumkan hari ini dijangka turut membabitkan penurunan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus bagi harga kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018.

Bagi membolehkan harga lebih kompetitif, kerajaan dijangka menyediakan insentif bagi menggalakkan syarikat automotif pembukaan kilang pemasangan di negara ini, lapor Berita Harianhari ini.

Laporan itu menyebut, semakan semula DAN menggariskan pelbagai langkah serta insentif menjadikan industri automotif negara lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan lebih besar dan merangsang pembangunan teknologi baru.

Dasar itu bertujuan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri automotif secara berterusan, menaikkan standard keselamatan dan menjadikan harga kereta lebih mampu untuk dibeli.

"Fokus utama NAP 2014 adalah menangani isu berkaitan pengguna, peserta automotif serta masalah umum dalam industri itu.

" Dari segi industri, antara isu utama ialah penggunaan teknologi yang masih rendah dalam kalangan vendor, eksport rendah, permit import (AP) dan pekerja asing kurang mahir.

" Dari segi pengguna pula, kita tahu keluhan mereka adalah mengenai harga yang tinggi. Antara isu umum pula berkaitan standard bahan api yang rendah, faktor keselamatan serta kesan alam sekitar," kata seorang peserta industri seperti yang dilaporkan.

Dalam laporan yang sama menyebut beberapa pengeluar yang memasang kereta dalam negara sudah mengurangkan harga secara berperingkat seperi Honda Jazz dikurangan hingga 17 peratus, Nissan Sentra (13%), Proton Saga (12%) dan Proton Alza (12%).


P/s: Sebelum PRU13, mereka berdegar-degar mengatakan bahawa harga kereta akan diturunkan dan hal ini turut dimasukkan dalam manifesto. Selepas PRU13, harga kereta masih kekal mahal dan ada laporan yang mengatakan bahawa harga kereta tidak akan turun. Selepas melihat rungutan dan desakan rakyat, maka timbul pula kenyataan bahawa harga kereta akan turun menjelang tahun 2018 - tahun PRU14 mungkin diadakan.

Jika PRU14 diadakan pada tahun 2018, bukan sahaja harga kereta mungkin turun, tetap harga minyak, tarif elektrik, dan sebagainya akan turut TURUN!!! Pada masa itu, Melayu mudah lupa seperti biasa akan turut bersorak walaupun 3-4 tahun sebelum itu poket mereka diperah dengan pelbagai kenaikan kos.

DCM tidak pernah lupa. Anda?


,

Selasa, 20 Ogos 2013

[Gambar] Rakyat Australia Didahulukan, Rakyat Malaysia Dikemudiankan




P/s: Gambar sudah berbicara! Jangan bandingkan tukaran wang.



, ,

Khamis, 13 Jun 2013

Harga Kereta: UTUSAN MALAYSIA Kantoi BESAR!



[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. 

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.


P/s: Cuba  lihat surat di bawah ini:



1Malaysia kena KENCING!!!





, ,

Rabu, 12 Jun 2013

Harga Kereta TURUN: Rakyat Untung atau Ditipu?

Sepuluh model kereta KONONnya telah diturunkan harga di pasaran setakat ini. Hal ini diuar-uarkan dengan megah melalui Utusan Malaysia baru-baru ini. Model-model kereta tersebut termasuklah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

BENARKAH begitu?



Penjelasan pihak Volkswagen Malaysia  yang jelas menunjukkan PEMBOHONGAN Kerajaan






Klik gambar untuk membaca maklumat.


Ulasannya baca di sini.


, ,

Rabu, 25 Julai 2012

KEADILAN Cadang Turun Harga Kereta dalam Manifesto Pakatan Rakyat


[KD] KUALA LUMPUR 25 Julai: KEADILAN bercadang memasukkan penurunan harga kenderaan sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat.

 
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai import, jualan dan duti eksais.

“Kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilang di Malaysia, dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport.

“Ini bermakna kereta yang berharga RM40,000, rakyat (perlu) membayar cukai RM16,500 akibat dasar Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin.

Menurut Rafizi, cadangan tersebut sudah dibincang di peringkat parti dan akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Dasar Umno BN punca kenderaan mahal

Rafizi berkata, harga kenderaan melambung tinggi disebabkan ‘dasar automotif Umno BN’ yang lebih mementingkan kroni daripada mengambil kira penderitaan rakyat.

Katanya, harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat menggunakan kereta import.

Tambahnya, Umno BN turut menaikkan duti import kenderan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.

Bagaimanapun, setelah Zon Perdagangan Bebas Asean (Afta) ditandatangani, kerajaan berhadapan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas.

“Justeru Umno BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import.

“Tindakan itu dibuat setelah kerajaan menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.

Kereta mahal jadi beban

Rafizi berkata, kajian oleh Jabatan Statistik mengenai pendapatan dan kemudahan isi rumah pada 2009 mendapati, hutang kenderaan kedua terbesar selepas rumah iaitu berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei lalu.

Katanya, jumlah hutang kenderaan meningkat RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Tambah beliau, 71.9 peratus keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 53 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000.

“Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian besar rakyat berpendapatan di bawah RM3,000,” katanya.
 
 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH