Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label inflasi. Papar semua catatan

, ,

Jumaat, 22 Mei 2015

Inflasi NAIK 1.8 Peratus Selepas Pelaksanaan GST



Kadar inflasi negara naik 1.8 peratus pada April susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Statistik Indeks Harga Pengguna (CPI), Jabatan Perangkaan, menunjukkan peningkatan daripada 109.9 kepada 111.9, berbanding bulan sama tahun lalu.

Pada Mac kadar inflasi hanya 0.9 peratus.

Menurut statistik itu, pada April berlaku peningkatan harga arak dan hasil tembakau sebanyak 13 peratus diikuti penjagaan kesihatan (5 peratus), hotel dan restoran (4.3 peratus) serta makanan dan minuman ringan (3.1 peratus).

Keempat-empat barangan dan perkhidmatan itu menyumbangkan 79.3 peratus kepada peningkatan CPI, kata jabatan itu. -Malaysia Kini/22/5/15

,

Rabu, 27 April 2011

[PANAS] Ringgit Kukuh, Inflasi pun Kukuh. Bagaimana Boleh Jadi Begitu???!!


Baca, media perdana tidak akan menyiarkan cerita ini.
Saya petik:

[MK] Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.

Hujah Lim, pengukuhan mata wang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.

Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.

Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.

"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.

"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidak kerajaan mesti berikan jawapannya,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?”

Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.

 P/s: Adakah Kerajaan BN berketuakan Najib sedang bermain silap mata?

,

Jumaat, 18 Februari 2011

Kadar INFLASI di Malaysia Membimbangkan


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013. 

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.

Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. 

Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).   

Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.

Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.
Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.

Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

P/s: Nasib baik dalam artikel di atas ada diselitkan frasa kegemaran pemimpin dan menteri BN, "kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding..."

 

,

Jumaat, 10 Disember 2010

Inflasi Diramal Meningkat Tahun 2011.

Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: Langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.


Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.


Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung," katanya.

Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter.  Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.

"Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).

"Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos.  Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.

Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. "Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya," kata laporan itu.

Apabila dihubungi, ketua ekonomis CIMB Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan.

"Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan," katanya, menambah, kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan. -theedegefinancialdaily

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH