Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kerabat raja. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 11 Julai 2014

Polis Tahan Teman Lelaki Model Estonian




[The Malaysian Insider] Teman lelaki model Estonian Regina Soosalu yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa baru-baru ini sehingga menarik perhatian umum ditahan polis bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan, Tengku Alang Reza Ibrahim, 28, ditahan polis semalam dan direman selama tujuh hari.

Ketua CID Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penahanan Tengku Alang yang menjadikan jumlah yang ditahan berkaitan pembunuhan Soosalu sakat ini tujuh orang.

Soosalu dan Tengku Alang sebelum ini terlibat dalam kes dadah awal tahun ini, lapor The Star.

Soosalu dan Tengku Alang pernah didakwa di Mahkamah Majistret pada 2 Mei kerana memiliki 5.84 gm ganja.

Pasangan itu tidak mengaku salah dan dibebaskan selepas membayar RM7,000 wang jaminan, lapor The Star.

The Star memetik peguam mereka Bustaman Menon Abdul Hamid Menon sebagai berkata, kes itu masih berjalan dan sebutan kali terkahir adalah pada 25 Mei lalu.

Semua suspek yang ditahan adalah mereka yang berada di Pulau Rawa ketika mayat Soosalu ditemui di pantai pada 1 Julai.

The Star melaporkan, suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah pembantu bar, dua pekerja bot, pengurus resort dan pembantu Tengku Alang.

Datuk Hasnan berkata, Tengku Alang durut itahan untuk membantu siasatan.

"Bedah siasat sedang berjalan dan sampel dari badannya diambil untuk ujian. Butiran lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian lengkap selesai dijalankan," katanya.

Soosalu pada awalnya dikatakan lemas, tetapi hasil siasatan mendapati ada kesan lebam pada badannya yang menyebabkan polis menyifatkan beliau dibunuh.

Laman web Estonian memasukkan satu video klip Soosalo bercakap mahu tinggal di Malaysia kerana cuaca lebih panas berbanding dengan negara asalnya yang sejuk.

Tha Star melaporkan, Tengku Alang gemar sukan papan luncur di laut.

Sumber yang rapat dengannya berkata, biasanya beliau menghabiskan masanya di Pulau Rawa dan Mersing di mana ayahnya, Tunku Alang Ibrahim Tunku Muhammad Archibald dulu memiliki Alang Resort di pulau itu. – 11 Julai, 2014.

, , ,

Khamis, 10 Julai 2014

Model Warga Estonia Dipercayai Dibunuh, Teman Lelaki Luah Kepiluan di FB, Dua Ditahan


Model Warga Estonia Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

[Mstar] JOHOR BAHRU: Seorang model warga Estonia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa membangkitkan banyak persoalan.

Model sambilan, Regina Soosalu pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, pada hari dia tiba di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakan" pada badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, setakat ini seramai enam suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka berada di pulau itu pada hari kejadian tetapi saya tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat kerana kita masih dalam siasatan," katanya.

Menurut sumber yang rapat dengan Soosalu dan teman lelakinya berkata, model itu dilihat kali terakhir oleh kakitangan hotel ketika model itu keluar dari biliknya untuk berjalan dekat jeti. Dia memberitahu bahawa wanita berkenaan tidak pulang selepas itu.

Teman lelaki kepada model itu, Tengku Alang Reza Ibrahim, mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa. Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut.

Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai "tragedi paling buruk di dalam hidupnya".

“Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya," kata Tengku Alang Reza di Facebooknya.

"Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri."

Bagi mengungkapkan kata-kata selamat tinggal, Tengku Alang Reza berkata: "kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya."

Ditanya adakah teman lelaki Soosalu turut dipanggil untuk disiasat, Hasnan berkata, polis belum lagi memanggil lelaki itu bagi siasatan.

"Kita telah memaklumkan Interpol (polis antarabangsa) berhubung insiden ini dan kita menyerahkan kepada mereka untuk menghubungi keluarga wanita itu.

"Saya percaya butiran-butiran mengenainya akan dimaklumkan kepada kedutaan Estonia di Beijing dan mereka sedang berhubung dengan keluarga mangsa mengenai siasatan kita," katanya.

Ditanya mengenai waktu dan lokasi insiden, Hasnan enggan mengulas lanjut dan berkata, polis sedang berusaha untuk mengesan waktu kematian.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kita sedang menunggu laporan akhir," katanya.

Soosalu di Facebooknya berkata, dia sedang menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bernama Alang Reza sejak 3 Julai 2012. - 10/7/14


Berkaitan:

Dua Ditahan Ada Kaitan Kematian Model Warga Estonia

[Mstar] JOHOR BAHRU: Dua lelaki direman oleh mahkamah Kota Tinggi kerana mempunyai kaitan dengan kematian model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, seramai tujuh individu dibawa untuk membantu siasatan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, polis menyiasat kematian Soosalu sebagai mati lemas tetapi kemudiannya mengubah siasatan itu selepas mendapati terdapat kesan kecederaan mencurigakan di badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Soosalu dilaporkan bersiar-siar di sepanjang pantai di Pulau Rawa dekat sini pada 1 Julai ketika tragedi itu berlaku. -10/7/14


, ,

Jumaat, 13 Julai 2012

Bukan Cakap Kosong Tetapi...



Baca:

Bukan cakap kosong
[HM] SELAMA: “Kita (kerajaan) bukan hanya sebut atau umumkan, tetapi kita laksanakannya,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas pemansuhan Akta Hasutan 1948, selepas melancarkan Pusat Mini Transformasi Luar Bandar (Mini RTC) di Sungai Siputeh di sini, semalam Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akta berkenaan dimansuh dan bakal diganti dengan akta baru dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional bertujuan mencari mekanisme baru menentukan keseimbangan kebebasan bersuara setiap rakyat di negara ini.

Muhyiddin berkata, langkah pemansuhan itu membuktikan kerajaan bukan sekadar bercakap kosong sebaliknya menepati janji melaksanakan transformasi nasional, sekali gus menangkis persepsi pihak tertentu bahawa kerajaan menggunakan akta berkenaan terhadap pihak tertentu.

“Kerajaan prihatin dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat yang memerlukan satu sistem lebih telus dan terbuka selari amalan demokrasi serta tuntutan hak asasi manusia.

“Saya percaya pembangkang juga tidak menjangka langkah berani kerajaan terutama meneruskan transformasi nasional termasuk membabitkan politik,” katanya...
 
Tetapi:
 
Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

  [SH] JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.

Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
 
 
P/s: Video kain rentang Muhyiddin diturunkan oleh Majlis Daerah Selama di sini.
 
 

,

Khamis, 5 Julai 2012

[Video] Acu Pistol, Apa Perkembangan Kes Ini?



,

UncleSeekers Ditahan, Dibawa ke Mahkamah Untuk Disiasat di Bawah Seksyen...


[SH] Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Turut ditahan seorang perempuan berusia 26, dikenali sebagai Siti Nadhirah Mohd Zain.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu.

"Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas malam tadi.

"Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.

Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, bapanya Syed Abdullah, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai penahanan anaknya itu.

"Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online sekitar 10 pagi tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecahbelahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya.




P/s: Mengapa siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi sahaja? Siasat jugalah kebenaran maklumat-maklumat lain yang didedahkan dalam blog itu. Mengapa fokus siasatan hanya bertumpu pada beberapa dokumen yang dimuatnaikkan di blog itu. Walhal tulisan yang melebihi 60 siri itu banyak mendedahkan maklumat yang perlu diselidik kebenarannya.

Ironinya, tidak kedengaran pihak istana menfailkan saman atau membuat laporan polis terhadap UncleSeekers?

Rakyat sedang menilai!


,

Rabu, 4 Julai 2012

TMJ Gelar UncleSeekers "Anjing", Mengapa Tidak Saman?


[MK] Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.


P/s: Sopannya bahasa bakal sultan!!!

UncleSeekers menunggu jawapan TMJ:




,

Isnin, 4 Jun 2012

[Gambar] Antara Dua Raja

Gambar Ihsan dari Facebook Razali Abd Ghafar/Kredit: Malay Merdeka

, ,

Rabu, 9 Mei 2012

[Kemas Kini] Warga Asing Dakwa Dibelasah Pengawal Kerabat Diraja Malaysia



P/s: Adakah kerabat yang sama membelasah penyanyi hip hop tempoh hari?


Kemas Kini:

Sultan Johor murka insiden pergaduhan di Pulau Rawa
[BERNAMA] Sultan Johor Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka, namun telahpun memaafkan empat warga asing yang terlibat dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa pada malam Jumaat minggu lepas.
  
"Saya marah, sepatutnya insiden ini tak berlaku. Mereka dalam keadaan mabuk dan membuat kacau mengganggu pengunjung lain di pulau tersebut," titah baginda kepada pemberita di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru hari ini.
   
Baginda bertitah demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kejadian pergaduhan di Pulau Rawa minggu lepas yang melibatkan empat pelancong warga asing dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor.
  
Baginda difahamkan empat pelancong asing yang bekerja di Singapura itu tiba di sebuah pusat peranginan pulau berkenaan kira-kira jam 11 malam sebelum mabuk dan mengganggu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan.
  
Ada di antara pelancong terbabit turut bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga dan tetamu diraja sehingga mencetuskan ketegangan sehingga terjadi pergaduhan.

Salah seorang daripada mereka juga dilaporkan telah berenang dan menceroboh bot milik Sultan Johor yang ketika itu sedang berlabuh di jeti sebelum bertindak agresif mencekik krew kapal yang cuba menghalang perbuatan itu.
  
Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa meminta tolong daripada pengawal Istana dan melihat keadaan itu, warga asing itu telah terjun ke laut dan terpijak batu karang menyebabkan dia cedera, titah baginda.
  
Dia kemudian dirawat oleh doktor peribadi baginda sendiri.
  
"Saya dimaklumkan kejadian itu kira-kira 7.30 pagi dan merasa sedih dengan kejadian seumpama itu....(tetapi) saya dah lupakan kisah ni, saya maafkan mereka.
  
"Saya maafkan mereka, tiada masalah, sila datang kembali sebagai tetamu saya," titah baginda.

Dalam masa yang sama menurut Sultan Johor, beberapa pihak termasuk pemilik pusat peranginan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan baginda menyerahkan kes itu untuk disiasat polis.

"Biar polis menjalankan tugas mereka, saya tak boleh kata apa saya mungkin berat sebelah dan memihak kepada satu pihak. Jadi biar polis siasat apa yang terjadi," titah baginda.

Baginda juga menyifatkan kes itu diperbesar-besarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang tidak tepat.
  
"Jangan besar-besarkan cerita yang kecil, kalau saya nak besar-besarkan, orang tu dah kena tangkap hari itu sebab menceroboh dan memanjat bot saya dan berkasar dengan krew saya," titah baginda.
  
Dalam masa yang sama baginda mengalu-alukan kehadiran pelancong di pulau-pulau peranginan di negeri ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

Namun nasihat baginda kepada pelancong asing ini "berseronoklah, relaks dan jaga kelakuan."


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH