Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label khianat. Papar semua catatan

, , ,

Sabtu, 7 September 2013

Lelaki Didakwa Sebarkan HIV kepada 300 Orang




[HM] Dexter (Missouri): Seorang lelaki yang memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan seks dengan 300 orang sejak disahkan dijangkiti HIV mengaku tidak bersalah menyebarkan virus itu kepada seorang lelaki lain.

David Mangum menafikan tuduhan ke atasnya kelmarin selepas didakwa menyebabkan mangsa dijangkiti virus berkenaan. 

Di Missouri, hukuman terhadap jenayah seumpamanya antara yang paling tegas di Amerika Syarikat. Mereka yang bersalah berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. 

Dokumen mahkamah menyatakan lelaki berusia 36 tahun itu memberitahu polis, dia melakukan seks tanpa perlindungan dengan 300 orang sejak disahkan menghidap HIV kira-kira 10 tahun lalu.

Ramai pasangannya ditemui menerusi iklan Craigslist dan dia akan bertemu mereka di taman, perhentian trak dan lokasi terpencil yang lain. - AFP - 7/9/13



,

Selasa, 20 September 2011

[Kemas Kini] Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah



Saya petik:

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

P/s: Lahanat betul GB dan pihak yang terbabit dengan kes ini. Ibu bapa ketiga-tiga orang murid yang diperlakukan sedemikian rupa tidak wajar menarik balik laporan polis. Mengapa perlu menarik laporan polis yang telah dibuat semula? Kes ini amat serius! Mereka juga perlu mengambil tindakan menyaman pihak yang terlibat kerana telah menjejaskan masa depan anak mereka hanya semata-mata mahu menjaga prestasi akademik sekolah!


Kemas Kini:
3 murid dibenar ambil UPSR
[BH] Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenar menduduki peperiksaan itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. ...


, ,

Rabu, 17 Ogos 2011

3 Remaja Mengaku Bakar 2 Surau, Hanya Dikenakan Hukuman Ringan


Saya petik:

[BH] MUAR: Tiga remaja semalam dikenakan perintah berkurung dalam rumah pada waktu malam dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah membakar dua surau di pinggir bandar ini dalam kejadian Januari tahun lalu.

Selain masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan disabitkan, mereka dilarang keluar rumah mulai jam 8 malam hingga jam 6 pagi kecuali dengan kebenaran bertulis Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain perlu bersama ibu bapa masing-masing menghadiri bengkel interaktif kendalian JKM.

Berdasarkan pertuduhan, tiga juvana iaitu dua berusia 17 tahun dan seorang lagi berusia 16 tahun didakwa secara bersama melakukan khianat menggunakan api dengan niat memusnahkan Surau Parit Beting di Jalan Salleh, antara jam kira-kira 12.30 hingga 1 pagi pada 21 Januari tahun lalu.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Surau Silatulrahim di Jalan Ismail, antara kira-kira jam 2 hingga jam 3.15 pagi pada tarikh sama.

Bagi dua kesalahan terbabit, mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda.

Seorang daripada remaja berusia 17 tahun itu juga didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis melalui laporan polis di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada jam 3.54 pagi hari sama.

Remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes dikemukakan kepada mahkamah, tiga remaja terbabit ditahan polis kira-kira jam 6.10 petang 22 Januari, selepas mendapati laporan dibuat seorang daripada mereka berhubung kebakaran surau itu mencurigakan sebelum siasatan lanjut mendapati mereka yang mendalangi kejadian itu.

Susulan tangkapan itu, polis turut menyita sebuah kereta digunakan mereka ketika melakukan jenayah itu dan polis turut merampas botol berisi petrol.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar, di depan Majistret Noorfarhana Mohd Sharif, manakala tiga tertuduh itu diwakili peguam bela Maryam Hasan dan G F Nielsen.

Ketiga-tiga tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan jumlah bon RM5,000 tanpa cagaran. 
 

P/s:  Hukuman lebih berat sewajarnya dikenakan terhadap mereka. Yang dibakar oleh mereka bukannya reban ayam!

 

,

Rabu, 8 Jun 2011

Masjid Dibakar di Tebing Barat


Saya petik:
[Kosmo] RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani.

Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh.

Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak.

Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu.

Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi.

Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu. - Agensi

 P/s: Lahanat!


, ,

Selasa, 10 Mei 2011

[Video- Kemas Kini] Pemandu DS Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Berkaitan UnsurSabotaj Kenderaan DSAI


Saya petik:

[MK] Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.




Video:



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH