Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label nuklear. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 28 April 2011

MB dan Exco Kerajaan BN Perak Tidak Tahu Rancangan Bina Loji Pemprosesan Nadir Bumi di Bukit Merah? Logikkah kah kah kah???



Semalam DCM ada menterjemah berita dari FMT berkaitan dengan hal ini. Anda boleh baca di sini. Di bawah ini pula ialah respons kerajaan negeri berkaitan dengan hal itu.

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP  untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira  kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian....

P/s: Di mana logiknya, MB dan Exco bagi perindustrian dan pelaburan negeri tidak tahu akan hal ini? Adakah agensi kerajaan negeri memandai-mandai dalam hal ini? Yang menariknya, MB Zambry dan Exco Hamidah, kedua-duanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi!

"Bungkuskan" BN dalam PRU 13!!!!

, ,

Rabu, 27 April 2011

[PANAS] Selepas Gebeng, Loji Pemprosesan Nadir Bumi Akan Dibina di Bukit Merah, Perak


Belum pun kontroversi rancangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang "sejuk", belum juga kajian menyeluruh dibuat berkaitan dengan pembinaan loji tersebut, Kerajaan Perak di bawah pimpinan MB BN telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat dari Hong Kong, iaitu Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd berkaitan dengan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di kawasan Bukit Merah.

Menurut FMT, MoU antara kedua-dua pihak itu berkaitan dengan "pewujudan usaha sama di Malaysia untuk tujuan pencarian dan perlombongan nadir bumi dan mineral lain" di kawasan Bukit Merah. 

CVM melalui anak syarikat CVM Metal Recycle Sdn Bhd, menyerahkan permohonan untuk lesen perlombongan nadir bumi di kawasan seluas 250 ekar kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak pada 18 April lalu - hampir enam minggu selepas rancangan pembinaan loji Lynas mengejutkan rakyat Malaysia.

Anda baca lanjut berita yang memaparkan "kebodohan" Kerajaan Perak itu di sini.
 
P/s: Kita berasa geram dan pelik apabila Kerajaan BN sanggup mempelawa@menerima dan meluluskan permohonan syarikat luar untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan penduduk sekitar. Seperti yang saya persoalkan sebelum ini, adakah kerajaan BN begitu "terdesak" sehingga sanggup menerima apa-apa sahaja pelaburan kerana kekurangan FDI? Salahkah jika saya katakan, syarikat pelaburan yang bermasalah untuk melabur di negara lain (kerana menjalankan aktiviti yang memudaratkan manusia) terpaksa diterima semata-mata untuk mengisi dana pendapatan kerajaan?

Jadi, cakap banyak pun tidak berguna, saya (orang Perak juga) menyeru orang Perak (masyarakat Malaysia umumnya) untuk memastikan BN kalah besar dalam PRU 13 agar kegilaan dan kebodohan pemimpin mereka yang mendatangkan risiko kepada rakyat dapat dihentikan dengan serta merta.

, ,

[Wajib Baca] Mengapa Lynas Corp. Pilih Malaysia untuk Bina Loji Pemprosesan Nadir Bumi?

Saya petik:
AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Canada pada 11hb September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited.  Pada 10hb Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Tecchnologies Inc.

Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).
Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat.  AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet.  Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand.
Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti.  Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR.  Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut.  Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.
Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Canada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tidakan mereka.  Saman ini juga untuk menghalang mana-mana individu dari Lynas dari menjadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Tahunan.  Mahkhamah Persekutuan diCanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan.
Pada 7hb April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah.  Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc, dari Indiana, Amerika Syarikat.  Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China.
Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China.  Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi.  Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas.
Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia. 
Dokumen berkaitan....
http://www.amr-ltd.com/pdfs/PRE_2004_jan28.pdf
http://www.amr-ltd.com/pdfs/AMRPressRel06April05.pdf
http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/AMR_abandons_legal_proceedings_-_08-06-05_-_236103_.pdf
http://www.lynascorp.com/content/upload/files/PDFs/Lynas_sells_AMR_holding.pdf

NOTA - PENTING
Segala maklumat yang tercatat didalam blog ini adalah hasil kajian dan penulisan oleh tuanpunya blog tahirnisa@blogspot.com. ... Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan sesiapa samada individu atau secara berkumpulan yang menyalahgunakan maklumat yang terkandung di blog tahirnisa@blogspot.com.
 P/s: Pendedahan yang menarik!

,

Rabu, 23 Mac 2011

Malaysia Kemaruk Bina Loji Buangan Sisa Radioaktif. Sebab Apa?


Sebab apa? Sebab BINGAI!

Cerita fasal Malaysia (baca: pemimpin pemerintah) menjadi bingai memang banyak. Jual air kepada Singapura, Malaysia bingai. Tukar tanah dengan Singapura, Malaysia bingai. Lawan bicara dengan Singapura, Malaysia bingai. Runding tapak minyak di Sabah dengan Brunei, Malaysia bingai. Banyak lagi....

Kali ini Malaysia mahu bina loji pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang menghasilkan sisa buangan radioaktif di kawasan Gebeng, Kuantan. Bingai! Sisa radioaktif yang terhasil bukanlah sampah biasa. Buangan ini boleh mendatangkan kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan loji jika sesuatu berlaku. Bingai! Tambah bingai, syarikat milik penuh Australia itu dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Bingai!

Anda tahu, hanya China yang sanggup membina loji sisa pemprosesan ini di negara mereka, sedangkan negara lain termasuk Australia tidak membenarkan loji seumpama itu dibina di negara mereka. 

Siapa yang cerdik, siapa yang bingai?

Cerita lanjut fasal ini, saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.

Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.

“Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, ” kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.

“Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai ‘half life’ (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut.

“Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah.

Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China.

Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada ‘Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia.

Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun.

“Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat,” tegas beliau.

Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal.

“Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut,” ujar Fuziah.
 P/s: Kalau mereka mahu membina loji ini, binalah di Putrajaya!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

, ,

Selasa, 15 Mac 2011

Berita Buruk: Tahap Radiasi Loji Nuklear Fukushima Daiichi Hampir Samai Loji Chernobyl


Menurut Reuters, pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis mengeluarkan kenyataan bahawa keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam. Skala antarabangsa yang digunakan sekarang adalah antara satu hingga tujuh.

 Semalam, ASN memutuskan bahawa malapetaka itu di tahap lima atau enam. Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986. Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima.

Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo.


P/s: Saudara, bayangkan betapa bahayanya radiasi stesen nuklear jika berlaku kebocoran/letupan. Malaysia khabarnya bertegas mahu membina stesen nuklear. Jika bina stadium boleh runtuh, bagaimana jika bina stesen nuklear? Ngeri!!!


, ,

Sabtu, 12 Mac 2011

[Video] Loji Nuklear Daiichi Okumamachi Jepun Meletup!



Video: 



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH