Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label pembunuh bersiri. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 18 Oktober 2014

Bunuh 39 Wanita dalam Tempoh 10 Bulan



Thiago Henrique Gomes da Rocha mengakui membunuh 39 wanita di Brazil sejak Januari.


[Mstar] SEORANG pemuda Brazil yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan kini tergolong sebagai pembunuh bersiri di dunia apabila didapati membunuh 39 wanita dalam tempoh 10 bulan.

Thiago Henrique Gomes da Rocha, 26, didakwa telah mengakui membunuh 16 wanita gelandangan dan selebihnya wanita biasa termasuk seorang gadis berusia 14 tahun.

Gadis berusia 14 tahun itu dibunuh di sebuah taman pada Januari manakala dua wanita berusia pertengahan 20-an menjadi mangsa lelaki terbabit pada Mei.



Antara wanita yang dibunuh suspek.

Menurut polis, suspek telah melakukan pembunuhan besar-besaran itu dengan menembak semua mangsanya sambil menunggang motosikal.

Tindakan kejam lelaki terbabit telah menimbulkan kegusaran di kalangan wanita di Goiania, khususnya mereka yang tidak mempunyai kediaman.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut melakukan rompakan bersenjata di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pada Selasa, lelaki itu berjaya ditahan selepas dia dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk revolver .38 dan beberapa bahan bukti lain.


Polis memberitahu, suspek juga telah mengaku bertanggungjawab terhadap 39 pembunuhan yang berlaku sejak Januari.

Dia kini ditahan di penjara sementara perbicaraan dijalankan. -18/10/14

, ,

Rabu, 20 November 2013

Wanita Mengaku Pembunuh Bersiri


[HM] London: Seorang wanita menyebabkan seluruh dewan mahkamah tergamam apabila mengaku bersalah membunuh tiga lelaki dan membuang mayat mangsa ke dalam longkang.

Joanna Dennehy mengaku membunuh Kevin Lee, 48, Lukasz Slaboszewski, 31, dan John Chapman, 56, yang ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman antara Mac hingga April di Cambridgeshire.

Joanna, 31, dari Peterborough turut mengaku salah cuba membunuh dua lelaki, Robin Bereza dan John Rogers.

Mayat pengusaha pembangunan hartanah, Lee ditemui di dalam longkang di Newborough, Cambridgeshire pada 30 Mac dan dua lagi mayat mangsanya ditemui di Thorney Dyke.

PIHAK polis memeriksa kawasan penemuan mayat mangsa yang dibunuh Joanna.
Pengakuannya mengejutkan peguam bela Nigel Lickley QC yang berkata: “Saya tidak jangka dia akan membuat pengakuan ini. Kami perlukan sedikit masa untuk menilai apa yang sudah berlaku.”

Joanna yang duduk di kerusi tertuduh enggan bercakap dengan sesiapa.
“Saya mengaku bersalah, kes ditutup,” katanya.

Dia turut mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menghalang pengebumian rasmi terhadap tiga mangsanya.

Kekasihnya yang memiliki ketinggian 2.17 meter, Gary Stretch, 57, menafikan terbabit terhadap dua cubaan membunuh dan membantu Joanna membuang mayat mangsa.

Leslie Layton, 47, dan Robert Moore, 55, sebelum ini turut menafikan membantu melenyapkan bukti pembunuhan dan menyembunyikan Stretch dan Joanna ketika mereka diburu polis.- Agensi - 20/11/13


, ,

Khamis, 3 Oktober 2013

[Gambar] Wajah Suspek Pembunuhan Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian

Koong Swee Kwan, 44, (tengah) yang bekerja sebagai penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Julai lalu. -Mstar

Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa

[BERNAMA] KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di sini Julai lalu.

Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin.

Bagi pertuduhan pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - 3/10/13



, ,

Jumaat, 6 April 2012

Gambar Terkini Charles Manson, Pembunuh Psiko yang Pernah Menggemparkan Dunia



Gambar terkini pembunuh bersiri yang digeruni sewaktu ketika dahulu, Charles Manson dikeluarkan oleh pihak berkuasa penjara Carlifonia. Manson telah menjalani hukuman penjara lebih 40 tahun kerana terlibat dalam siri pembunuhan ngeri. 

Gambar bertarikh 16 Jun 2011 itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa penjara kerana Manson bakal berdepan dengan
panel pendengaran parolnya Rabu depan. Dalam usia 77 tahun, Manson kelihatan seperti segelintir warga emas, berambut putih kelabu dan berjanggut.

Walaupun sudah dimamah usia, namun tatu swastika yang menjadi identitinya masih terpampang di dahi.

"Kali terakhir dia menjalani pendengaran parol adalah pada bulan Mei 2007. Dalam pendengaran itu, dia tidak dibenarkan menghadap panel parol selama lima tahun," kata Terry Thornton Jabatan California koreksi dan Pemulihan kepada AFP.

Manson menjadi tajuk berita antarabangsa 43 tahun lalu selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan selebriti terkenal Sharon Tate, isteri kepada pengarah terkenal Roman Polanski. Tate yang sarat mengandung ketika itu dibunuh dengan kejam pada 9 Ogos 1969 oleh Manson dan empat orang pengikutnya. -DCM

Sharon Marie Tate


P/s: Cerita lanjut tentang Manson di sini.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH