Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Isnin, 30 Jun 2014

Puasa Paling Singkat Tempohnya di...



Rujuk senarai di atas.

, ,

Khamis, 11 Julai 2013

Pelakon yang Diberi Jolokan Nama Artis Seksi Luar Negara Antara Dicekup Tidak Puasa & Main Judi


[SH] PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.


Kemas Kini:

Lana Nafi Dicekup Tidak Puasa

[HM] Kuala Lumpur: Pelakon yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin menafikan ditangkap pihak berkuasa kerana berjudi dan tidak berpuasa kelmarin ekoran tersiarnya berita mengatakan seorang artis wanita berusia 30-an ditahan sewaktu sedang bermain mahjong dan meminum minuman keras di sebuah kafe siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker di Bandar Puteri, Puchong.

Berita disiarkan tidak menyatakan nama artis wanita terbabit, tetapi sebaik gambar disiarkan dan dimuat naik ke laman sosial ramai pihak membuat dakwaan bahawa orang dimaksudkan itu pelakon utama filem Chow Kit itu berdasarkan susuk tubuh dilihat dari belakang. Sewaktu dihubungi, Lana tidak dapat memberikan komen panjang mengenai dakwaan dibuat memandangkan keadaannya dirinya kurang sihat kerana menghidap demam panas dan batuk teruk.

“Berita mana yang menyiarkan berita itu dan mengapa mereka mengatakan itu saya? Saya mahu melihat sendiri berita dan gambar itu. Kalau saya ditahan kelmarin tidak masuk akal kerana saya sudah dua hari terlantar di rumah kerana sakit.

“Bayangkan hendak bangun pun susah dan nak bercakap waktu sekarang ini pun sakit rasanya. Ibu saya terpaksa datang membantu saya buat masa ini kerana keadaan tubuh lemah,” katanya.



,

Selasa, 24 Ogos 2010

Kalau Dah Tak Puasa, Makanan Diragui Halal Pun Balun!

Saya petik:

Lelaki Islam tidak segan silu beli juadah tengah hari tanpa mengira status halal

[BH] KUANTAN: Jam baru menunjukkan 1.30 petang, namun nasi campur dengan pelbagai lauk pauk di sebuah kedai makan di Semambu, di sini yang dimiliki peniaga Cina sudah habis gara-gara sambutan hangat segelintir lelaki Melayu beragama Islam di daerah ini.

Setiap kali Ramadan, kedai makan terbabit sememangnya antara destinasi ‘popular’ bagi mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan tengah hari.

Apa yang meragukan ialah status halal makanan di kedai milik seorang yang bukan beragama Islam yang dipercayai dimasak oleh wanita warga Indonesia yang juga pekerja di kedai makan terbabit.

Namun halal atau tidak, bersih atau kotor sumber makanan berkenaan pastinya tidak diambil pusing sebaliknya yang lebih diutamakan mereka yang tidak berpuasa ialah perut yang berkeroncong terisi dengan makanan.

Berita Harian yang meninjau kedai makan terbabit kelmarin mendapati menjelang jam 12 tengah hari, beberapa pelanggan beragama Islam sudah mula meninjau kedai makan berkenaan dan melihat keadaan sekeliling sebelum memasuki premis.

Kira-kira setengah jam kemudian, lebih 15 pelanggan Melayu sudah keluar masuk ke premis terbabit bersama bungkusan air dan makanan di tangan mereka.

Rata-rata pelanggan kedai terbabit adalah pekerja kilang dan pemandu kenderaan berat, malah lensa kamera juga sempat merakam gelagat beberapa remaja belasan tahun yang bermotosikal berhenti di premis terbabit untuk membeli makanan.

Menjelang 1.30 petang, kelihatan pekerja di premis itu sibuk membersihkan bekas berisi lauk dan apabila pelanggan berhenti di tepi kedai, pekerja terbabit menunjukkan isyarat dengan tangannya makanan di situ sudah habis....-Irwan Shafrizan


 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH