Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label rawatan alternatif. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2012

Kaedah Rawatan Lintah Tidak Ikut Prosedur Boleh Sebarkan Penyakit Kronik



Saya petik:

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

[BH] KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan.

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya. 



P/s: Penyebaran penyakit itu berlaku jika lintah digunakan berulang kali. Pengusaha rawatan  tradisional perlu bertanggungjawab dengan memastikan lintah digunakan sekali sahaja dan perlu dihapuskan selepas sesuatu sesi rawatan. Sebelum ini, pihak kesihatan turut melaporkan kaedah berkam yang tidak mengutamakan kebersihan boleh menyebarkan penyakit AIDS dan HIV.



,

Sabtu, 4 Februari 2012

Benarkah Makan MAJUN Merapuhkan@ Meretakkan Tulang?


Saya petik:

[HM] KUANTAN: Seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam kesakitan berpanjangan apabila dia disahkan menghidap penyakit tulang rapuh dipercayai kesan daripada pengambilan majun tradisional secara berterusan.

“Sekarang saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali berbaring saja. Jika hendak mengambil sesuatu dekat pun terpaksa menggolek badan atau meminta bantuan orang lain,” kata Kamisah Abdul Majid, 52.

Kamisah berkata, dia mencuba majun tradisional berkenaan selepas disyorkan rakannya yang mendakwa ubat tradisional berkenaan boleh mengembalikan semula tenaganya yang lemah selepas diserang demam denggi.

“Memang pada awalnya, saya berasa cukup sihat dan yakin ia berpunca daripada majun berkenaan. Saya juga pernah terfikir untuk menjadi pengedar majun itu selepas kesannya yang hebat.

“Saya makan majun itu selama bertahun-tahun secara konsisten sebagai makanan tambahan,” kata Kamisah yang juga ibu kepada tiga anak berusia 18, 19 dan 25 tahun.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada September 2009 apabila Kamisah terjatuh ketika hendak mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada satu program yang diadakan di Balok, di sini.

Kamisah berkata, selepas menjalani ujian imbasan, doktor mengesahkan tulang pinggulnya cedera teruk dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Selama sebulan saya dirawat di HTAA, doktor pakar tulang mengesahkan penyakit saya itu berpunca daripada sejenis ramuan di dalam majun itu yang membuatkan tulangnya reput secara perlahan-lahan tanpa disedari.

“Doktor pakar menyarankan saya menjalani pembedahan, tetapi selepas melakukan pelbagai ujian kesihatan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya turut mengalami masalah paru-paru dan jantung.

“Saya tidak menyangka hidup saya bertukar begini disebabkan majun tradisional saya amalkan itu. Saya tidak tahu sampai bila harus begini dan terpaksa menanggung kesakitan di pinggul kiri setiap kali bergerak,” katanya.

Berikutan penyakit yang dialaminya itu, Kamisah dan anak-anaknya yang sebelum ini menyewa di Beserah, kini terpaksa tinggal dengan ibunya, Siti Zaharah Embong, 75, di Taman LKNP, Perkampungan Bukit Setongkol, di sini dan segala urusan makan minum serta pergerakannya perlu dibantu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Indera Mahkota berkata, pihaknya akan menyumbang kerusi roda khas memudahkan pergerakan Kamisah di rumah atau di hospital.



P/s: Benarkah majun punca tulang wanita ini retak dan rapuh? Bukan apa, setiap pengesahan perlu disertakan bukti makmal, bukannya hanya berdasarkan andaian dan tanggapan semata-mata. TM bukan mahu membela pengeluar ubatan tradisional kerana telah terbukti ada antara mereka yang menggunakan bahan terlarang dalam produk kesihatan masing-masing, namun bukankah lebih baik dan adil jika setiap dakwaan disertai bukti makmal. 

Sudah tentu kita maklum, pengguna majun itu bukanlah seorang, malah banyak orang yang menggunakannya. Jika begitu, siasatlah juga kesan penggunaannya terhadap pelanggan yang lain. jika majun itu terbukti memudaratkan, sudah tentu ada pelanggan yang menerima nasib yang sama dan dirawat di hospital yang lain. Tuduhan liar bukan sahaja menjejaskan perniagaan IKS dan pengamal perubatan tradisional, malah menjejaskan integriti pihak hospital.

 Jika ada bukti makmal, hal ini perlulah dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan agar tindakan tegas boleh diambil. Jangan membuat tuduhan secara umum kerana hal itu akan menjejaskan produk-produk kesihatan terutama majun. Tuduhan tanpa tindakan juga akan menyusahkan pengguna majun kerana tiada maklumat yang jelas tentang produk atau syarikat pengeluar yang menggunakan bahan terlarang.



,

Rabu, 18 Januari 2012

Jika Abaikan Kebersihan, BERKAM Boleh Sebarkan HIV, AIDS

Saya petik:

[Kosmo] KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.

"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.



,

Ahad, 8 Januari 2012

Cara ALTERNATIF untuk Mendapatkan Payudara Pejal, Punggung Montok, Hidung Mancung serta Dagu Runcing


Saya petik:

BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.
BAIK PUNYA...Kak Mah menunjukkan cara rawatannya untuk menjadikan wanita lebih cantik.
[HM] KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.


P/s: Macam-macam!


Sambung baca di sini.




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH