Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label rokok elektronik. Papar semua catatan

, ,

Ahad, 3 Januari 2016

Bahan Kimia Vape Akibatkan Saluran Paru-paru Tersumbat - Pakar




Menghisap rokok elektronik atau vape adalah berbahaya kerana ia boleh menghalang saluran udara di dalam paru-paru, kata Prof Datuk Dr Abdul Razak Muttalif daripada Institut Perubatan Respitori (IPR) di tengah-tengah kontroversi susulan usaha beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengharamkan vape di beberapa negeri.

Selain menyebabkan saluran pernafasan paru-paru tersumbat, menurut pakar perunding respiratori itu, bahan kimia yang digunakan dalam cecair vape, iaitu diasetil boleh menyebabkan gangguan pernafasan bronkiolitis obliteran.

Bahan itu katanya akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan akhirnya memberi kesan kepada jantung.

"Bila saluran tersumbat, oksigen tidak akan masuk ke dalam paru-paru. Apabila oksigen tidak masuk ke paru-paru, maka oksigen tidak akan masuk ke jantung.

"Dan apabila ia tidak dapat masuk ke jantung, maka individu itu akan mendapat kurang oksigen dalam badan," kata Dr Razak dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider.

Katanya, ia berbeza dengan pesakit asthma atau lelah dan perbuatan menghisap rokok biasa yang menyempitkan saluran pernafasan pada paru-paru.

"Bagi pesakit asthma, kalau makan ubat, saluran pernafasan yang sempit akan kembali kembang. Ia berbeza dengan kimia dalam perisa vape yang akan menjadikan saluran pernafasan terus tersumbat.

"Asap rokok juga akan beri kesan sempitkan saluran udara sama seperti pesakit asthma. Tetapi asap rokok bukan sahaja sempitkan saluran malah akan merosakkan paru-paru," katanya ketika menjelaskan mengenai kesan vape dan rokok terhadap paru-paru.

Sebelum ini, kajian Universiti Harvard mendedahkan bahan kimia dalam cecair vape itu dikaitkan dengan penyakit paru-paru.

Kajian jurnal perubatannya Perspektif Kesihatan Alam Sekitar turut mendapati diasetil ditemui dalam 39 daripada 51 perisa rokok elektronik.

Menurut kajian itu, selain diasetil, bahan lain yang ditemui ialah 2,3-pentanedione (pengganti diasetil) dan asetoin, bahan yang selalu digunakan dalam pembuatan karamel, butterscotch dan perasa strawberi.

Bersetuju dengan kajian tersebut, Dr Razak berkata beberapa universiti awam di Malaysia sedang membuat kajian terperinci mengenai kesan bahan perisa vape tersebut.

Namun, katanya ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keputusannya.

Oleh itu, beliau menegaskan isu yang lebih penting ialah vape terbukti mempunyai kesan buruk dan memudaratkan penghisapnya.

Katanya, perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah kewujudan tar dalam rokok yang membahayakan kesihatan, namun apa yang menjadi kebimbangan adalah peningkatan trend menghisap vape secara mendadak di negara ini.

Bukan itu sahaja, ia ditambah lagi dengan kurangnya pengawalan ke atas penjualan cecair vape yang mudah didapati dan ini mengundang masalah lebih teruk.

"Bayangkan dalam masa setahun, hampir sejuta penghisap vape di dalam Malaysia. Penghisap rokok pula jumlahnya sekitar 5 juta orang secara keseluruhan.

"Mungkin penghisap vape akan lebih ramai daripada perokok selepas ini. Kita tidak mahu tunggu dan lihat kesan vape pada masa jangka panjang," katanya sambil menyifatkan kebanyakan penghisap vape tidak mengetahui secara terperinci kandungan perisa vape.

Industri vape kebelakangan ini menjadi popular dengan meningkatnya jumlah peniaga dan pembeli rokok elektronik itu.

Ramai perokok tegar dikatakan beralih arah kepada penggunaan vape kerana percaya rokok alternatif itu membantu mereka berhenti menghisap rokok yang dianggap lebih berbahaya.

Namun, sehingga kini saintis dan pegawai perubatan seluruh dunia berbeza pendapat berhubung kesan vape kepada kesihatan.

Awal tahun lalu, Public Health England, sebuah agensi di Jabatan Kesihatan United Kingdom, menggesa perokok beralih kepada vape kerana merasakan ia jauh lebih selamat berbanding rokok biasa.

Bagaimanapun, situasi ini berbeza dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia dan saintis di sekolah perubatan di Universiti Liverpool yang menyatakan kebimbangan akan keselamatan penggunaan vape.

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan dengan peningkatan penggunaannya di kalangan masyarakat terutama membabitkan mereka yang bukan perokok.

Masalah trend menghisap vape juga dikatakan turut menular di kalangan murid sekolah dan kanak-kanak. – The Malaysian Insider/2 Januari, 2016.


, ,

Khamis, 26 November 2015

Patah Leher, Retak Muka Akibat Vape Meletup



COLORADO: Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

"Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang," katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup. -Mstar/26/11/15


,

Selasa, 14 Oktober 2014

E-Rokok Meletup: Kaki Berlubang, Rumah Rosak



TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.

Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.

Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.

"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.

Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.

Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.

Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok. -14/10/14


, ,

Jumaat, 17 Februari 2012

Rokok Elektronik Meletup: Gigi Tercabut, Muka Terbakar

Satu daripada model rokok elektronik yang berada di pasaran.

Berita AFP melaporkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada mukanya selepas rokok elektronik yang disedutnya meletup dalam mulutnya. Hal itu berlaku dipercayai berpunca daripada kerosakan kerosakan bateri. 

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depan lelaki itu tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba Pensacola, Florida, semalam.

“Analogi terbaik adalah hal itu seperti meletakkan botol berisi roket di dalam mulut anda lalu roket itu meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen tentang kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.


Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar. -DCM



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH