Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label rusuhan. Papar semua catatan

,

Isnin, 9 Disember 2013

Susulan Rusuhan di Singapura: 10 Cedera, 27 Ditahan





[SH] SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar di kawasan Little India republik itu, malam tadi.

Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.

Rusuhan membabitkan kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian.

Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.

Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius.

“Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, lokasi tumpuan rusuhan itu sudah dikepung dan orang awam diarah menjauhi kawasan itu.

Polis bertindak mengepung tempat kejadian di Jalan Race Course dan Hampshire di Little India itu dalam usaha mengawal keadaan.

Premis perniagaan sepanjang Jalan Buffalo diarah tutup dengan pasukan bomba dikerah memadam semua kebakaran yang dicetuskan perusuh.

ANTARA News melaporkan, 27 orang setakat ini ditahan ekoran rusuhan pada malam minggu itu. - 9/12/13

Berita awal di sini.

,

[Gambar & Video] Rusuhan Pekerja Asing di Little India Singapura



[AA] SINGAPORE: Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.

Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.

Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.

Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganega India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bus milik syarikat swasta.

Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.

Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.
View image on Twitter

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.

"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Sebanyak lima buah kereta police, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.

Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.

Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.



Arrested men in Little India. 8 Dec 2013

Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.

Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata, kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.- AFP - 9/12/13










P/s: Bayangkan lebih 2 juta pekerja asing di Malaysia merusuh?




, , ,

Selasa, 30 April 2013

Di Mana Lim Kit SIang Semasa Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969?


[HD] JOHOR BAHRU: Walaupun berkali-kali Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan fitnah menuduh beliau menjadi perancang tragedi berdarah tahun 1969 itu.

Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu.

Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu.

Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.

Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.

Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.



, ,

Sabtu, 18 Jun 2011

[Gambar & Video] Pasangan "Beraksi Berahi" Ketika Rusuhan Sudah Dikenal Pasti



Ketika rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Vancouver Canucks setelah pasukan mereka kalah kepada Boston Bruins sekali gus gagal memenangi Piala Stanley berlaku, jurukamera berjaya merakamkan aksi pasangan sedang berahi bercium. Sangkaan awal mendakwa pasangan itu sedang mabuk berahi walaupun ketika itu rusuhan dan keganasan sedang berlaku di kawasan itu. Menurut media, semasa rusuhan itu berlaku banyak kebakaran dan pergaduhan berlaku, malah ada yang mengambil kesempatan melakukan rompakan 

Apabila foto pasangan "berahi" itu disiarkan oleh blog dan portal berita, situasi itu mewujudkan perlumbaan dalam kalangan pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya. Antara persoalan yang tercetus: Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Siapakah yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu?

Persoalan tentang identiti pasangan yang berahi bercium itu akhirnya terjawab. Portal 9 News Australia mendedahkan identiti pasangan itu sebagai Scott Jones, berusia 29 tahun yang baru menetap di Vancouver selama 6 bulan. Dia berasal dari Perth, Australia. Manakala wanita yang diciumnya itu dikenali sebagai Alexandra Thomas, seorang siswazah jurutera dari University of Guelph.

Menurut ayah Scott, Alexandra sebenarnya terbaring kerana mengalami kecederaan selepas dihentak oleh perisai polis. Dia menangis dan kesakitan. Scott cuba menenangkan Alexandra dengan memeluk dan menciumnya.
“She had actually been injured,” Brett Jones told the Star Friday morning from his home in Perth, Australia. “She had been knocked down by a shield” from the riot police.
“He lay down next to her to comfort her. She was crying and he just kissed her to calm her down.”- Brett Jones (ayah Scott)

Video:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH