Kristian Riau Bantu Musabaqah al-Quran
![]() |
| Sekadar hiasan. |
[HM] Batam: Penganut Kristian di Kepulauan Riau bersiap sedia membantu kerajaan wilayah berkenaan menjayakan majlis Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) peringkat kebangsaan, lapor media semalam.
Riau sebelum ini diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi majlis berkenaan.
Seorang pemimpin Kristian Protestan Batam, Hanny Andreas berkata MTQ adalah wadah terbaik untuk mereka mempromosi Kepulauan Riau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Justeru saya menyeru semua warga Riau mengetepikan perbezaan agama dan membantu menjayakan MTQ kali ini,” katanya.
Menurut Andreas, komuniti Kristian sudah beberapa kali diundang untuk bekerjasama dalam aktiviti menjelang MTQ.
Katanya, mereka turut menghadiri siri perjumpaan dengan penganjur majlis.
“Kami sudah mengikuti tiga majlis persediaan MTQ.
“Kami juga akan hadir di majlis perasmian MTQ nanti,” katanya.- AP/8/5/14


