Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label virus. Papar semua catatan

,

Khamis, 2 Jun 2011

[PERHATIAN] Jumpa Doktor Jika Cirit Birit Berdarah Selepas Pulang dari Eropah. Mengapa? Baca!



Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit 'sindrom uremik haemolytik' (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria 'Enterohaemorrhagic Escherichia Coli' (EHEC).

Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.

Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

Gejala gejala yang dinyatakan di atas juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, 'uraemia' (kehadiran urea dan sebatian buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan) serta 'kecenderungan pendarahan, katanya.

Menurut beliau, punca wabak penyakit itu yang menjangkiti mangsa adalah menerusi makanan yang dicemari dengan bakteria E. Coli.

"Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini," katanya.

Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut melibatkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.

Kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini berada pada kadar antara lima hingga 10 peratus.

Dr Hasan berkata kajian awal mendapati pesakit yang terlibat dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato, timun dan daun salad.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang memantau pengimportan timun ke dalam negara ini tetapi maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan tiada timun yang diimport dari Jerman atau Sepanyol. Kejadian wabak penyakit ini dilaporkan bermula pada 25 April lepas dengan mangsa mengalami gejala cirit-birit berdarah.

,

Jumaat, 15 April 2011

Selepas MalaysiaKini, Sarawak Report, HarakahDaily pula DISERANG!!!!




Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 15 April: Dua hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Harakahdaily diserang siber, DDoS (Distributed Denial of Service) oleh pihak-pihak tertentu malam tadi selepas Sarawak Report dan Malaysiakini terkena serangan yang sama.

"Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sehubungan itu, pasukan teknikal masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini.

Bagi menghadapi serangan ini, Pasukan Teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melawat Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan ini berterusan.

Untuk Harakahdaily:-
1. harakahdaily.net
2. myharakah.net
3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-
1. pas.org.my
2. parti-pas.org
3. parti-islam.org

"Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," kata kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sebelum ini Sarawak Report yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak khasnya Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, telah diserang dan terpaksa berpindah ke laman sementara.

Laman Malaysiakini juga turut diserang sehingga lumpuh samasekali. Namun kini kedua-dua laman ini sudah kembali pulih.

Yang dikesali tidak ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan mengenainya. Yang melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku hanyalah kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini Dun Selangor telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat yang memberi jaminan kepada semua pihak untuk bebas mendapatkan maklumat dari negeri itu.

H/daily

P/s: Beginilah jadinya apabila berlawan dengan orang yang tiada "TELOR"!!! Walaupun dikatakan diserang, HarakahDaily masih boleh dilawati menggunakan alamat sedia ada.


, ,

Isnin, 6 Disember 2010

[Kemas Kini] Air Tasik Kenyir Tidak Dicemari Bakteria e-coli!

Saya petik:
[BH] KUALA BERANG: Kerajaan Terengganu mengesahkan air di Tasik Kenyir dicemari bakteria e-coli dan berada pada tahap membimbangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata keadaan itu terjadi berikutan pembuangan sisa kumbahan dan air buangan tidak terurus oleh pengusaha rumah bot.

Kemas Kini (18/12):
* Tasik Kenyir Disahkan Tidak Dicemari e-Coli

 

, ,

Jumaat, 24 September 2010

Google Beri AMARAN INTIPAN kepada Pengguna Gmail


Selepas huru-hara dengan paparan amaran "Reported Attack Page" daripada Google, kini timbul pula paparan amaran "Warning; We believe your account was recently accessed from China....". Tanda amaran ini dipaparkan dalam sesetengah peti masuk pengguna Gmail yang dipercayai diceroboh oleh penggodam dari China. Amaran ini turut memaparkan alamat IP yang digunakan untuk menceroboh akaun pengguna e-mel tersebut. Pengguna yang terlibat diminta menukarkan kata laluan untuk memasuki e-mel mereka.

Perkembangan terbaru ini sudah tentu memburukkan lagi hubungan antara Google dengan China. Google sebelum ini menuduh China mengatur serangan godam terhadap pelayarnya dan mengancam untuk meninggalkan negara itu.

Sumber berita ini di sini.

,

Rabu, 22 September 2010

Tiada Lagi Amaran Google di DUNIACACAMARBA

Alhamdullilah, tiada lagi amaran "Reported Attack Page" daripada Google apabila membuka DC. Saya cuba membuka beberapa blog sahabat yang lain, namun masih ada yang memaparkan amaran tersebut. Saya petik kiriman GB dan panduan lain yang mungkin dapat membantu pemilik blog.

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.

Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List

Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik "Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Selain itu, beberapa kiriman di blog menasihati pemilik blog agar membuang semua iklan/kod Mangga Online yang menyiarkan iklan daripada Innity.com yang dikatakan sebagai punca amaran itu dipaparkan di blog dan portal berita. Selain itu, ada juga kiriman yang menasihati pemilik blog agar menukar template bagi memastikan blog mereka bebas daripada serangan tersebut. Tindakan pantas perlu diambil bagi mengelakkan blog atau laman sesawang disenaraihitamkan oleh Google.

Saya ikuti semua panduan itu dan Alhamdullilah pagi ini (setakat ini) DC dapat dibuka tanpa tanda amaran daripada Google.

,

Isnin, 20 September 2010

Amaran "Reported Attack Page": Penjelasan Pihak Innity.com

Saya baca kiriman tentang serangan Malware ini di blog MIM. Ada baiknya saya siarkan semula di sini.

Kata empunya blog "Tiada sebarang bentuk pencerobohan yang berlaku jika anda mengetepikan amaran tersebut dan melayari blog tersebut. Innity.com juga mengatakan bahawa proses review pihak google.com akan mengambil masa sekitar 48 jam.

Oleh itu, jangan takut untuk melayari laman blog yang memaparkan amaran seperti yang tertera di sebelah. Selanjutnya, saya petik:
Dear Publisher,

Further to our earlier email, we have managed to rectify the issue of our ad server displaying a malware warning issue on your site. In summary, a portion of our domain; innity.net, which operates as a content delivery network focused on delivering static banner files to our end user, was affected in Indonesia and this led to Google classifying our domain as being infected by malware.

While we have quickly resolved the issue and are now back to normal operation, Google’s aggressive malware prevention policy may result in users continuing to see warnings until Google completes its re-review process.

As a result, the entire innity.net domain has been blacklisted. Websites that are embedded with the Innity tag have been affected by this problem and this has caused a warning message to be displayed when a user visits the websites when they are using either Google Chrome or Firefox.

We have excluded the affected delivery network from our advertising network until the service provider rectifies the issue from their side.

We have also initiated the Google review process, and requested Google to recheck the site and declassify it as malware. The process could take up to 48 hours as the situation is complicated due to the fact that there is no detailed report as to why Google has classified us as a malware distributor.

We have also taken short-term steps to lock down our domain in Indonesia completely while we determine the true technical root cause of the initial malicious files.

We take the integrity of our infrastructure extremely seriously, and will post a detailed follow-up as the investigation completes. We sincerely apologize for any inconvenience caused to you and your visitors, and you have our assurance that part of the investigation also includes reviewing our early-detection mechanism for this type of glitch specifically.

You can temporarily remove the Innity tag from your site, and sign up for Google Webmaster Tools for a review. Details can be found on the site below: http://www.google.com/support/webmasters/bin/answer.py?answer=168328

Additionally, we would appreciate your help in sharing with us the information that is being displayed on your Google Webmaster Tools under the malware section to report-malware@innity.com.

,

Portal Berita & Blog Diserang Malware!

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 20 SEPT - Beberapa portal berita di Malaysia termasuk TV Selangor, The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online.

Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Blog wirespot tech blog hari ini melaporkan beberapa laman seperti The Star, TV Selangor, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

"Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini," lapor Wirespot.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut Wirespot. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

,

DUNIACACAMARBA Diserang Malware? Sila Guna Internet Explorer dan Pelayar yang Berkaitan


Pagi ini banyak portal berita dan blog/laman sesawang yang memaparkan amaran diserang oleh Malware termasuklah DUNIACACAMARBA. Khabarnya banyak blog pro-PR yang dijangkiti Malware termasuklah Albrangi, Dialog Rakyat, Blog List Malaysia, Pemuda Besut, dan sebagainya. Malah, banyak blog pro-UMCO seperti Pisau.Net, MIM, dan Chedet turut juga memaparkan tanda amaran yang sama. Amaran yang dikeluarkan oleh Google ini berpunca daripada iklan dalam talian yang dipercayai menjadi hos kepada perisian yang berbahaya kepada komputer dan rangkaian internet. Bagi yang mahir menangani masalah ini, harap dapat berkongsi ilmu di ruangan komen. 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH