Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 26 Ogos 2009

CERITA DUIT DALAM MCA


(Ong Tee Keat, Tiong King Sing)


[MERDEKA REVIEW] Pergelutan antara Presiden MCA, Ong Tee Keat dengan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing (gambar kanan) memasuki babak baru apabila Ong mengambil keputusan untuk menyaman Tiong semalam, menuntut gantirugi am sebanyak RM500 juta kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya.

Tiong yang tegas dengan pendiriannya untuk tidak menarik balik kenyataan dan tidak memohon maaf, menyatakan bahawa dirinya telah bersedia untuk menghadapi Ong. Tiong melemparkan tuduhan yang menggemparkan apabila mendakwa dirinya pernah menyerah RM10 juta kepada Ong Tee Keat sebagai sumbangan dana politik.

Dengan kata lain, tindakan menyaman Tiong gagal melabuh tirai silat lidah di pentas media, sementara menunggu proses perbicaraan mahkamah, tetapi melanjutkan pertikaian yang tidak habis-habisan.

Silat lidah Tiong vs pemimpin MCA
Dari strateginya, Tiong telah memerangkap Ong dengan pendedahan "sumbangan dana politik sebanyak RM10 juta kepada Ong". Walaupun sukar dikesahkan sejauh manakah kebenarannya kenyataan Tiong tersebut, namun ia telah mencungkil kecurigaan terhadap Presiden MCA ini.

Malah, orang-orang yang rapat dengan Ong telah diberi "amaran yang tersirat", oleh Tiong agar tidak campur tangan dalam "konflik antara dua orang" ini. Misalnya, Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun (gambar kiri) terpaksa mengaku bahawa dirinya pernah menerima sumbangan dana politik sejumlah RM35,000 daripada Tiong.

Tiong tidak berpuas hati apabila Chew menyerang dirinya semasa membela Presiden MCA, lalu membongkarkan bahawa dirinya pernah menyumbang dana politik kepada ramai pemimpin MCA. Apabila Chew menyerang balik bahawa Tiong masih berhutang RM100,000 kerana janji sumbangan dana belum tidak ditunaikan, Tiong menjawab dengan soalan yang berlapik, "Cuba Chew fikir baik-baik, betulkah saya hanya menderma RM35,000 kepadamu? Sila ingat sebaik-baiknya."

Pertikaian antara Tiong dengan pemimpin MCA mencungkil perdebatan isu "sumbangan dana politik", yang dikatakan beroperasi dalam keadaan yang tidak telus, dan mungkin berbau "rasuah". Ramai pemimpin MCA sebenarnya pernah menerima sumbangan dana politik daripada Tiong, yang kini digelar sebagai "mesin ATM BN".

Keterlanjuran pemimpin MCA
Justeru itu, apabila Bendahari Agung MCA, Tee Hong Seng (gambar kanan) menafikan bahawa MCA menerima RM10 juta daripada Tiong, dengan alasan bahawa parti tersebut memiliki harta bernilai RM 2 billion, pembongkaran yang lebih besar diletupkan.

Tiong telah mendedahkan bahawa beliau melalui Wawasan Development Sdn Bhd, anak syarikat Wijaya Baru Global Berhad, telah menyewa lapan buah rumah kedai yang bertingkat empat kepada MCA, dengan RM1 sebulan, untuk dijadikan cawangan Kolej RAHMAN di Sabah.

Menurut Tiong, harga sewa di pasaran adalah RM500,000 setahun, maka kontrak tiga tahun ini bernilai RM1.5 juta. Tiong yang dibidas oleh pemimpin MCA berkata dirinya "terkejut" dengan "kekayaan" yang dimiliki MCA, lantas akan "mempertimbangkan untuk terus menderma kepada MCA atau tidak", memandangkan MCA telah memiliki harta yang "sebesar" itu.

Kenyataan Bendahari Agung itu semestinya menyukarkan MCA untuk memungut derma pada masa akan datang. "Keterlanjuran" ini bukan sekadar berlaku pada Bendahari Agung, tetapi Timbalan Setiausaha Agung MCA, Loke Yuen Yow.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Ogos, Loke menyerang Tiong dengan dakwaan bahawa "politik wang" berleluasa di Timur Malaysia, malah MCA timbul niat untuk menyeberang ke Timur, setelah diransang keinginan Tiong untuk menyeberang ke Semenanjung.

Tiong mengambil kesempatan untuk menyerang balik, berkata tuduhan politik wang berleluasa di Timur Malaysia telah menyinggung perasaan orang Sabah dan Sarawak. MCA yang berada di pihak tertekan, akhirnya mendakwa bahawa kenyataan Loke, termasuk cadangan untuk MCA menyeberang ke Timur, hanya mewakili pandangan peribadi.

Ong mengerah sokongan parti
"Kredibiliti MCA akan terjejas seandainya saya bongkar lagi!"

Demikianlah amaran keras yang diberikan oleh Tiong kepada pemimpin MCA yang cuba campur tangan dalam perbalahan antara Tiong dengan Ong. Tiong cuba mengheret Ong untuk bertarung one by one, malah mencabar Ong untuk bersemuka dan membahaskan isu ini.

Ong (gambar kiri, berbaju putih) sebaliknya kembali ke parti untuk mengerah sokongan, sebagai bentengnya ketika berdepan dengan serangan Tiong. Ong cuba mengutarakan "skandal PKFZ" sebagai isu pokok kepada segala pertelingkahan. Ong mendakwa dirinya sedang membaiki imej BN, dengan siasatan menyeluruh terhadap skandal PKFZ, untuk menunjukkan bahawa BN bertekad untuk membanteras rasuah.

Malah, Ong sekali lagi menjangkakan bahawa dirinya mungkin digulingkan pada September tahun ini.

Jelas, Ong cuba mewujudkan suasana krisis dalam partinya, supaya ahli MCA bersatu menjadi tembok sokongan dirinya. Namun, menurut beberapa sumber maklumat dalam MCA, taklimat yang diadakan oleh Ong tidak menerima sambutan yang memberangsangkan.

Apakah Ong Tee Keat benar akan berdepan dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada September ini, dan dibuang "undi tidak percaya"? Ia kekal sebagai soalan yang bakal menemui jawapan pada September. Namun, apa yang terpapar di depan mata, pemimpin UMNO masih berpeluk tubuh, membiarkan Ong bersendirian berperang dengan "rasuah", kononnya.


Baca:
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

7-1







TAHNIAH PR, TAKZIAH BN

,

Selasa, 25 Ogos 2009

GURAUAN ZUNAR MELAMBAI KDN KE PEJABATNYA

Lihat kulit majalah kartun ini dengan teliti. Bendera apakah yang dipegang oleh karakter yang memakai tanda nama PM ketika sedang bersemangat melaungkan "MERDEKA!!!!". Di tepi karektor PM itu pula ada satu karakter lain. Dialog karakter itu ialah "Ehh, itu bendera Mongolia tuan! Ini bendera kita".

"Mungkin" itulah punca utama yang menggamit gerombolan pegawai KDN membuat kunjungan ke pejabat majalah kartun itu seperti yang dilaporkan oleh:

[MALAYSIA KINI] 25 Ogos - Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.

Lapan pegawai itu tiba di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi ini - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.

Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).

Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kiri).

Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

Terdahulu:
[MALAYSIA KINI] 24 Ogos - Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu.

Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara (foto kiri).

Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.

Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam Gedung Kartun.

Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kanan).

Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.

"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.

SURAT MISTERI "DIBAKULSAMPAHKAN"

Saya petik:

[UTUSAN MALAYSIA] 25 Ogos- Tiada sebarang bukti mahupun fakta baru diperoleh hasil siasatan yang dijalankan oleh polis berhubung isi kandungan `surat misteri’ yang kononnya dapat membantu inkues siasatan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Malahan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas sampel 12 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor termasuk Timbalan Pengarahnya, Hishamuddin Hashim yang diambil sekali lagi pada Rabu lalu turut disahkan tidak sepadan dengan dua DNA yang tidak dikenali pada kot dan tali pinggang Beng Hock.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menegaskan demikian di Mahkamah Koroner di sini semasa menjawab lima tohmahan yang dibangkitkan dalam surat misteri itu pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-13 hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, peguam pemerhati keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menarik perhatian Koroner Azmil Muntapha Abas berhubung kewujudan surat misteri setebal lima muka surat bertarikh 5 Ogos lalu yang diterimanya daripada seseorang antara pukul 5 dan 6 petang, hari sebelumnya.

Rentetan pendedahan surat yang tiada tandatangan pengirimnya itu, Azmil memerintahkan supaya pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP), Ahmad Nazri Zainal menjalankan siasatan lanjut.

Menurut Hock Chuan, tiada sebarang keterangan yang dapat membuktikan atau menyokong tohmahan dalam surat itu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor kononnya telah memberikan arahan kepada para pegawainya yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkannya dalam kes Beng Hock.

“Pihak polis telah merakam percakapan-percakapan yang relevan tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, tiada keterangan yang dapat membuktikan tohmahan yang dilemparkan itu,” katanya.

Begitu juga dengan tohmahan bahawa Timbalan Pengarah SPRM negeri itu kononnya telah mengarahkan pegawainya supaya mengelap kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam dan menggunakan teknik soal siasat tersendiri, turut gagal menunjukkan sebarang bukti.

Sehubungan itu, Hock Chuan meminta Azmil mempertimbangkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kesan cap jari pada bahagian tingkap di tingkat 14, namun tidak cukup jalur untuk membuat perbandingan dan bukannya tiada langsung kesan cap jari ditemui seperti didakwa dalam surat.

Mengenai dakwaan timbalan pengarah terbabit tidak mengetip kad perakam waktu pada pagi 16 Julai lalu, menurutnya, polis telah mendapatkan kad tersebut dan pegawai terbabit telah mengesahkan bahawa beliau memang tidak mengetipnya waktu keluar pada pagi tersebut.

Menurut Hock Chuan, pegawai berkenaan masuk bertugas pada malam, 15 Julai tetapi tidak mengetip keluar pada pagi, 16 Julai lalu.

Sehubungan itu, beliau berpendapat Azmil perlu bertanya kepada pegawai berkenaan ketika dipanggil memberikan keterangan kelak.

Lagipun ujar Hock Chuan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menunjukkan timbalan pengarah terbabit keluar dari Plaza Masalam pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai lalu.

Mengenai tohmahan berkaitan timbalan pengarah tersebut yang dikatakan memberikan calitan sampel di bilik beliau sendiri berbanding pegawai SPRM yang lain di bilik mesyuarat, jelas Hock Chuan:

‘‘Ingin saya tegaskan di sini, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong telah mengatakan tohmahan tersebut tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika sampel diambil.’’

Sungguhpun begitu, menurut peguam tersebut, ekoran perintah Azmil, timbalan pengarah berkenaan dan beberapa pegawainya telah memberikan sampel untuk tujuan analisis DNA yang baru pada petang Rabu lalu.

Peguam mewakili kerajaan Malaysia itu turut menyerahkan laporan ujian DNA bertarikh 20 Ogos lalu kepada mahkamah.

Sampel diambil oleh Lay Hong dengan kehadiran Ahmad Nazri dan peguam pemerhati bagi Majlis Peguam Malaysia, Teoh Lee Ting.

Hock Chuan bagaimanapun tidak bercadang membuat sebarang komen berhubung tohmahan lain yang disebut dalam surat misteri tersebut kerana ia berada di luar skop inkues.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Gobind melahirkan rasa tidak puas hati kerana bagi beliau, penjelasan sepatutnya dibuat oleh pegawai penyiasat dan pihak pembelaan berhak untuk menyoal balas.

Pihaknya juga tetap bertegas supaya mahkamah menandakan surat tersebut sebagai bahan bukti prosiding berkenaan.

Hock Chuan bagaimanapun menyatakan surat tersebut tidak perlu ditandakan sebagai bahan bukti dengan alasan ‘‘pihak yang bersalah tidak patut dilindungi dan orang yang tidak bersalah tidak patut dipersalahkan’’.

Pada peringkat ini, Ketua Unit Pendakwaan SPRM yang merupakan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa mencelah, dengan mengesyorkan supaya surat tersebut diambil dan ditarik balik oleh Gobind agar pihak-pihak tidak bersubahat memfitnah orang.

Tambahan pula, kata beliau, tiada dalam peruntukan undang-undang untuk membawa masuk surat layang sebagai keterangan.

Perkara itu membuatkan Gobind berang dan bingkas bangun sambil berkata: ‘‘Apa tarik balik? Fikir dulu sebelum bercakap. Beng Hock sudah mati. Siasatan sudah dijalankan dan laporan berkaitan surat ini telah dikeluarkan. Jadi surat ini hendaklah ditandakan sebagai bahan bukti prosiding inkues. Jika tidak, kita tidak akan tahu ia merujuk kepada surat mana.’’

Azmil bagaiamanapun menyatakan bahawa perkara berkaitan surat tersebut tidak menimbulkan masalah kerana beliau sedia maklum mengenainya.

,

Isnin, 24 Ogos 2009

BELUM LAGI HUDUD DILAKSANAKAN...

...sudah banyak halangan di depan mata. Ironinya, dalam kes Kartika ini, bukan pesalah yang menghalang, namun pihak-pihak lain yang membantah.

Yang menyedihkan apabila orang bijak pandai dalam bidang ini pun turut memberikan komen negatif terhadap pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Bermacam-macam alasan diberikan termasuklah komplikasi undang-undang dan perihal hak asasi manusia.

Hari ini media melaporkan bahawa Kartika dibebaskan buat masa ini dan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan atas "instructions from the higher powers" :

1. [THEMALAYSIANINSIDER] Aug 24 — The religious authorities today freed a Muslim woman who had been sentenced to be caned for drinking beer, although she refused to leave a van taking her to jail when returned to her home.
And her father said the change of mind would ridicule Islam, which bans Muslims from consuming alcohol.
"The warrant cannot be executed," Sharafuddin Zainal Ariffin, head of enforcement for Pahang's Islamic Affairs Department, told reporters after Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was returned to her house.
It was not immediately clear whether the sentence, the first time a woman has been sentenced to caning here, had been overturned or merely postponed.
Both the woman, a Malaysian who has two children and who had worked as a nurse in Singapore, and her father had called for the sentence to be carried out quickly and in public.
Kartika was to have been taken to another state to be caned some time this week.
"I will not come out without a black and white document explaining the status of what has happened. I am surprised and speechless," Kartika told reporters.
Her father said the change of mind would bring "ridicule" on Islam. "We had already accepted the punishment," Shukarnor Mutalib, told reporters. - Reuters

2. [MALAYSIA TODAY] AP — Islamic officials Monday abruptly released a Muslim model scheduled to be caned this week for drinking beer, in an unexpected twist for a defendant who was expected to become the first Malaysian woman to face the corporal punishment.
Two female and one male officials came to the house of Kartika Sari Dewi Shukarno in northern Malaysia on Monday and took her away in a van on what was supposed to be a four-hour road journey to a prison near Kuala Lumpur, the country's main city.
But they returned after about 30 minutes and said they had received "instructions from the higher powers" to release her, said Kartika's father, Shukarno Abdul Muttalib. The officials said that "for now, the sentence cannot be carried out," Shukarno said.
It was not immediately clear whether Kartika would be taken back into custody later. Islamic officials declined to comment.
Shukarno said he and Kartika would head to a district police station to file statements about her abrupt release. He said they were confused about what had happened and were worried that officials might later accuse his daughter of running away from them.
Officials had said earlier that Kartika, a 32-year-old mother of two, would be caned sometime during the week but no specific date was set. Amnesty International had condemned the decision, and many critics had said the caning would harm Malaysia's reputation as a moderate Muslim country.
Kartika was arrested in a raid for drinking beer at a hotel lounge last year for breaching the Muslim-majority country's Shariah law, which forbids Muslims to consume alcohol.
She was sentenced by a Shariah court in July in what was considered a warning to other Muslims to abide by religious laws. Kartika did not appeal and said she was willing to be caned.
Dressed in a full-length cream-and-red satin gown and a head scarf, Kartika emerged from her house and walked past a group of about 50 local Muslims who said prayers for her.
After a last kiss with her 5-year-old daughter, she got into the silver van along with her sister and the Islamic officials.
She did not speak to the horde of media assembled outside the house in the countryside, about 5 miles (7 kilometers) from Karai town in the northern Perak state.
In an interview with The Associated Press last week, Kartika had said she wants to be caned because "I want to respect the law."
The law provides for a three-year prison term and caning for Muslims caught drinking, but most offenders are fined. Drinking is legal for non-Muslims....

Rencana berkaitan dengan alasan/halangan untuk melaksanakan hukuman sebat itu boleh dibaca melalui pautan di bawah ini:

* Kartika 'can sue Pahang Government'
*
Legalities complicate Kartika's caning


Yang paling menarik perhatian saya ialah kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang saya pautkan dalam laporan Harian Metro hari ini. Katanya, “Saya nasihatkan Kartika memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent (tindakan perintis) yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat menggerunkan untuk kaum wanita.” Secara peribadi, saya rasa gerun apabila membaca kenyataannya, malah kurang sihat sifatnya apabila diucap oleh menteri yang mewakili parti yang kunun-kununnya mempertahankan Islam.

Selain menteri ini, saya tertarik juga untuk memetik kiriman terbaru Che Det. Kata mantan PM itu, " Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia." Selepas dua dekad menerajui negara, perlukah Che Det menimbulkan persoalan itu?

Mungkin persoalan itu terjawab dengan merujuk artikel dalam laman sesawang Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang ditulis oleh Mohammad Isa Abd Ralip yang menyatakan bahawa "Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Tindakan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas wanita terbabit mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating, tahun lalu, adalah wajar hingga disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai tindakan berani dan tepat berdasarkan hukum syariah." Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hukuman minum arak seperti yang dinyatakan dalam al Quran pula sila klik sini.


Sedangkan Kartika sebelum ini mahukan hukuman itu dijalankan secara terbuka agar perilaku negatifnya itu dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain. Malah hari ini seperti dilaporkan dalam media, Kartika menegaskan bahawa "Saya tidak akan menyaman mana-mana pihak,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya, bahawa penahanan dan hukuman sebatan dikenakan kepadanya sebagai melampaui batasan." Keluarga Kartika juga mengatakan “Media datang ke rumah dan ada yang menghubungi kami. Dia menjawab semua soalan dengan ikhlas dan bukan kami yang minta media datang. Buat apa hendak menarik simpati, kami menghormati undang-undang dan Kartika akan menjalani hukuman ditetapkan mahkamah.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Abdul Rahim Jaafar. Menurut beliau, “Banyak sangat nak jadi hakim, sekiranya tidak tahu menahu mengenai kes ini, saya minta tidak perlulah komen, hormatilah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan (Datuk Abdul Rahman Yunus)...usah sensasikan lagi perkara ini. Beliau mengulas pandangan beberapa pihak dalam sebuah akhbar, semalam, termasuk Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya yang berkata penahanan untuk pelaksanaan hukuman sebatan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, sebagai keputusan melampaui kuasa hakim.” Semoga wanita yang bernama Kartika ini akan menjalani kehidupan yang lebih dekat dengan ajaran Islam pada masa akan datang dan "kesudiannya" menerima hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH