Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 5 September 2011

Penggodam Dakwa Wanita Ini Hajah Sitt LAHANAT




Selepas tersilap orang, kali ini penggodam mendakwa wanita ini sebagai Hajjah Sitt lahanat yang menghina Allah, Islam, dan Nabi Muhammad. Setakat ini, tiada respons yang diberikan wanita tersebut.
 
Maklumat lanjut, gambar, dan penerangan lain boleh didapati di sini.

P/s: Oleh sebab UMCO tengah kemaruk dengan isu murtad, maka lebih baik pendedahan ini disiasat dan tindakan dapat diambil terhadap individu yang terlibat.

, , ,

Polis NM Kantoi Sedang Beraksi Berahi dengan Wanita di atas Bonet Kereta



Bagaikan aksi dalam video porno! 

Seorang anggota polis New Mexico kantoi sedang melakukan seks dengan seorang wanita. Perbuatan polis tersebut berjaya dirakamkan oleh CCTV yang terdapat di kawasan itu.

Anggota polis yang lengkap memakai uniform itu kelihatan melakukan seks di atas bonet kereta dengan seorang wanita. Perbuatan mereka itu pula ditonton dengan penuh berahi oleh seekor anjing baka Chihuahu. Agak-agaknya apa yang "difikirkan" oleh anjing itu?

Aksi berahi ini dirakam di Santa Fe Canyon Ranch, di New Mexico, AS.

Baca berita lanjut di sini. -DCM

,

Gambar Photoshop? Mahu TONJOLKAN Jalur Gemilang atau Be End?

Kredit: TT
Cuba perhatikan ketiga-tiga bendera dalam gambar di atas. Ada blog mendakwa gambar ini diedit dengan Photoshop. Bab itu saya tidak pandai untuk menentukannya. Namun, angin kus-kus mana yang meniup bendera Be End itu sehingga kelihatan megah berkibar, sedangkan bendera lain "menguncup" di tiang? Berita Harian mahu bikin kontroversi lagi?- DCM

P/s: Alahai!


, ,

Ahad, 4 September 2011

Isu Kematian Jurukamera BERNAMA di Somalia: Aspek Keselamatan Diremehkan dan Dipinggirkan?

Gambar di atas ialah kenderaan yang dinaiki arwah ketika kejadian. Apa yang membezakan kenderaan ini dengan kenderaan yang mungkin dinaiki militia?

Ajal itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Bab ini memang kita tidak boleh pertikaikan. Namun, dalam isu yang membabitkan kematian jurukamera BERNAMA, ada perkara yang menarik untuk dibangkitkan. Sebelum itu, TV3 dalam Buletin Utamanya malam ini meluangkan hampir 30 minit berita berkaitan dengan detik kejadian dan pengkebumian jenazah Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh di Somalia. Daripada berita imbas kembali kejadian sehinggalah paparan Najib dan Rosmah menziarahi keluarga arwah. 

Mengapa paparan berita tentang kejadian ini diulas dengan begitu meluas? Yang peliknya, kepala program yang berbau UMCO ini enggan mengulas kejadian yang menimpa jurukamera BERNAMA itu. Katanya, tunggu sehingga dia bersedia. Apabila menyebut "bersedia", adakah rombongan Kelab Putera 1Malaysia ini benar-benar "BERSEDIA" apabila bertolak ke Somalia?

Pertama sekali, cuba anda perhatikan kenderaan pacuan empat roda yang membawa arwah dan rakan medianya yang lain? Perhatikan betul-betul! Apa yang anda nampak? Jelas kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tidak dilekatkan apa-apa label/sticker yang boleh memberikan isyarat misi atau orang yang berada di dalamnya. Sepatutnya, kenderaan itu perlulah dilekatkan dengan sticker tertentu agar pihak yang bertelagah dapat mengenal pasti yang mana kenderaan musuh, yang mana kenderaan misi bantuan kemanusiaan!

Selebihnya, cuba kita persoalkan kewajaran misi itu meredah tempat yang tinggi risikonya, sedangkan bantuan boleh disampaikan kepada wakil anggota sukarelawan di sana. Mengikut data, semenjak tahun 2007 sebanyak 23 orang warga media telah terkorban di Somalia. Oleh itu jelas bahawa misi ini terlalu berisiko. Mengapa perlu bahayakan nyawa? Adakah kerana pihak tertentu mencari publisiti seperti yang dibangkitkan di sini?

Seterusnya, sila baca berita TMI di bawah ini. Berita ini saya JAMIN tidak akan keluar di kaca televisyen ataupun dalam ruangan berita media pencacai:
SERDANG, 4 Sept — Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.

Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.
Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. 

Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

P/s:  Ironi, angkat sumpah di masjid untuk mempertahankan video fitnah, ketiga-tiga malaon disediakan baju kalis peluru, tetapi wartawan yang dikerah ke medan perang hanya dibekalkan kata-kata manis. Penganjur misi nyawa di hujung tanduk ini perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat!- DCM

, ,

Awas, MELANCAP Boleh Membawa MAUT! Tidak Percaya? Baca


Melancap boleh membawa MAUT. Pernyataan itu sudah menjadi FAKTA.

Menurut berita Agensi, seorang remaja lelaki di Rubiato, Brazil dilaporkan mati kerana  terlalu kerap melancap.

Remaja yang berusia 16 tahun itu dilaporkan melancap lebih daripada 40 kali sepanjang malam dan didapati sudah tidak bernyawa oleh ibunya pada keesokan paginya.

Menurut ibunya, dia bercadang membawa anaknya untuk menjalani rawatan ketagihan melancap, namun hasrat itu tidak tercapai selepas anaknya mati kerana perbuatan itu.

Menurut rakan kelasnya pula, remaja itu digambarkan sebagai seorang yang mempunyai ketagihan melampau terhadap seks dan sering berbicara tentang paras, bentuk badan, dan usia wanita.

Lebih menggemparkan, remaja itu juga didakwa meminta rakan-rakannya menyaksikan aksinya melancap melalui kamera laman (webcam). Di bilik remaja itu ada pelbagai majalah lucah dan sejumlah besar gambar dan filem lucah turut ditemukan dalam komputernya.-DCM


P/s: Ingat! Jangan MELANCAP/ONANI!!!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH