Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 25 Disember 2010

[PANAS] Perogol Amah Masih Berjawatan MENTERI? Mari Main Teka-teka!



Saya rembat cerita ini dari blog mesra UMCO:
[TFK] Rupa-rupanya cerita tentang 'bekas menteri' rogol amah masih tidak berakhir. Malah beberapa sumber, termasuklah daripada beberapa orang pemberita tabloid yang telah ke Jawa Tengah hampir dua tahun lalu untuk menemuramah mangsa rogol itu, turut muncul dengan cerita yang tersendiri. Dan sumber-sumber berkenaan serta cerita yang dirakamkan dalam bentuk video itu mengisahkan tentang seorang 'bekas menteri' yang telah memperkosa mangsa yang telah lapan tahun bekerja dengan keluarganya.

Yang paling mengejutkan sudah tentulah 'bekas menteri' tersebut sebenarnya BELUM LAGI bekas, sebaliknya masih lagi menjadi menteri dalam kabinet Najib Abdul Razak!!!!...

P/s: Tunggu sedikit masa lagi kerana bangkai yang busuk tidak dapat disembunyikan lama-lama. Baunya nanti akan menusuk hidung orang ramai.

Cuba baca semula berita yang saya pautkan dari HD ini. Ada klu yang diberikan dalam berita itu. Cuba ingat-ingatkan kembali.

,

Kejutan 3.30 Pagi: Nasi Sudah jadi Bubur

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

P/s: Aksi "orgy" anak-anak di dalam sebuah bilik. Itu perkara yang bermain di fikiran saya. Nak cakap apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Bagi ibu bapa yang lain, saya ingatkan anda agar memerhati tingkah laku anak-anak  supaya pengalaman ngeri yang dialami oleh ibu bapa dalam berita di atas tidak dialami oleh anda pada kemudian hari.

,

[Video] Inilah Pemimpin UMCO!


,

[Video] Tanya Ustazah Mashitah, Apa Hukum Kes Ini?

Blog ini pernah menyiarkan gambar ini dalam kiriman terdahulu. Gambar menunjukkan kegiatan pelacuran secara terbuka di sebuah negara Eropah. Maaflah jika gambar ini kurang sesuai. Saya geram!

Mashitah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa "melacur diharuskan jika darurat". Cuba tanya ustazah yang kini berstatus Timbalan Menteri tentang kes ini. Saya petik:

Melacur untuk beli susu anak

[Kosmo] KUALA LUMPUR - "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."

Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.
Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.

Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya.

Video Berkaitan:


,

MUNAFIK Punya MAMAK!


Saya terbaca kenyataan Presma pada 5hb Disember lalu dalam sebuah akhbar yang menyatakan bahawa pengusaha restoran mamak akan mengekalkan harga makanan walaupun kenaikan harga bahan api dan gula baru-baru ini. Saya cari semula artikel itu dan saya tampalkan di bawah ini:

Harga dijamin tidak naik

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak dan gula yang bermula semalam dijangka tidak memberi kesan kepada harga makanan dan minuman serta tambang bas apabila persatuan pengusaha kedua-dua sektor itu memberi jaminan akan menyerap kos tambahan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hasan Sahul Hameed berkata, pihaknya telah meminta kesemua 3,000 ahli Presma di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman.

Katanya, pengumuman kenaikan harga bahan api dan gula itu juga bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Kita sudah jangka subsidi bahan api dan gula akan dikurangkan.

“Walaupun kos meningkat, kami tiada pilihan kerana perlu kekalkan persaingan untuk jaga pelanggan masing-masing,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Hari ini dalam akhbar yang sama dilaporkan bahawa restoran mamak akan menaikkan harga makanan mulai tahun hadapan. Bayangkan betapa munafiknya mamak yang berniaga di Malaysia ini. Pada 5hb Disember lalu, iaitu 20 hari lalu Presma mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan akhbar di bawah ini:

Makanan mamak naik harga

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.

Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.

Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

MUNAFIK punya MAMAK!/www.duniacacamarba.blogspot.com

 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH