[HD] KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0"
Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini.
Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.
Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.
Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.
Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.
Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.
Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily.
Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.
Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.
Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.
Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.
Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.
Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.
Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.
Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.
Kalendar yang didakwa didalangi oleh MCA diedarkan kepada orang ramai. Mesej yang tertera cuba menanamkan rasa takut/benci orang bukan Islam terhadap hudud, PAS, dan PR.
Yang menyedihkan, hudud diperlekehkan oleh puak ini. Maklumat yang kononnya mahu menyedarkan orang bukan Islam ini jelas bercanggah dengan hudud yang cuba dilaksanakan di negara ini.
Apa kata Pekida, JATI, Perkasa, mufti UMNO, ulama UMNO?
Kata-kata pada kalendar itu jelas mengaitkan orang bukan Islam dengan pelaksanaan hudud. Adakah hudud untuk SEMUA?
Yang masih belum faham, sila baca artikel di pautan ini.
Mayat mangsa dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan lanjut. Foto AFP
Yahoo News melaporkan wanitaIndia yang menjadi mangsa rogolberamai-ramai selain dipukul dan dicampak dari bas yang sedang bergerak meninggalduniapada pagi Sabtudi Singapuraselepas mengalamikegagalan organ yang serius.
Wanita berusia23 tahunitutelahditerbangkan ke SingapurapadahariKhamisuntuk mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami kecederaan yang serius setelah diserangolehenam lelakidi dalam sebuah basdi New Delhipada 16 Disember lalu. Mangsa dirogol bergilir-gilir, dipukuldenganbarbesi,dandicampakdari bas yang sedang bergerak.
"Kami amatsedihuntukmelaporkanbahawapesakit tersebut meninggal duniasecaraamanpada pukul 04:45pagi (2045GMT)pada 29Disember2012,"kata KelvinLoh,Ketua eksekutifHospitalMount ElizabethSingapura.
"Keluargadan pegawai-pegawaidariSuruhanjaya TinggiIndia berada di sisinya."
Wanita ituberadadalam keadaanyang sangatkritikalsejakdimasukkanke hospital. MenurutLoh, para doktor bertungkus lumus untukmenyelamatkan nyawanya.
"Beliau telahmengalamikegagalan organyangseriusberikutankecederaanyang dialami pada badandan otak," kata Loh.
Menurut laporan media, pihakberkuasadi Indiatelahbersediauntuksebarang kemungkinan berikutan kematian mangsa. Kes rogol tersebut telah mencetuskanprotes besar-besaran sejak laporan tentang kes itu didedahkan oleh media. -DCM
[SH] SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.
“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.
“Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.
"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.
Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.
Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.
"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.
“Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.
Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.
Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
“Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.
“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto
PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.
“Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.
P/s: Orang yang waras pertimbangan politiknya tahu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama UMNO ini hanya strategi politik untuk mempengaruhi ahli atau penyokong Pas. Umumnya tahu UMNO selama ini tidak berminat untuk melaksanakan hudud atau agenda negara Islam yang lain, malah pemimpinnya secara terang-terangan memperlekeh dan menghina hudud dan negara Islam. Lebih menyedihkan parti komponen BN sendiri menghina hudud dan memperlekeh agenda negara Islam tanpa dibantah oleh UMNO.
Ulama UMNO yang kononnya begitu prihatin terhadap agenda Islam membela Chua Soi Lek yang menghina hudud dan Islam. Orang UMNO seharusnya bertanya kepada ustaz muda ini tentang sebab dia membela penghina hudud dan Islam, tidak meminta UMNO mengangkat Islam seperti yang dilakukan oleh PAS, tidak meminta UMNO menjalankan hudud dan agenda negara Islam yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini.
[SH] Ampang – Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.
Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila
tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.
Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru
didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak
Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit
kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.
Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.
“Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.
Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
[Bernama] JOHOR BARU, 26 Dis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengawal keselamatan selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun, di sebuah ladang kelapa sawit, Masai, di sini tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhi hukuman terhadap D.Kalaiselvan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Kalaiselvan bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh Nur Rahayu Qomarodin, di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim berkata tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata.
“Tertuduh menafikan membunuh dan terlibat membakar mangsa dan ini berbeza dengan keterangan saksi iaitu teman lelaki mangsa.
“Tertuduh juga gagal memperjelaskan mengapa dia perlu lari daripada pihak polis dan memindahkan beban kejadian terhadap orang lain, iaitu Ramani dan Siva.
“Tertuduh kemudian tidak memperjelaskan lebih lanjut mengenai Siva dan nama penuh Siva juga tidak diberi.
“Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun.
“Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap gadis yang sebaya dengan anak kamu.
“Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap kamu mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu gantung di leher sampai mati,” katanya.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala Kalaiselvan diwakili peguam Mohd Zahar Ngah.
Peguam Khairul Azwad Sariman turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi mewakili keluarga mangsa.
Sementara itu, bapa mangsa, Qomarodin Bajuri, 48, yang turut mengikuti prosiding terbabit dilihat menitiskan air mata sejurus hukuman terhadap Kalaiselvan diputuskan.
TAN (kiri) menunjukkan gambar bekas teman lelakinya kepada Michael di Kuala Lumpur semalam.
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.
Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.
“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.
Alexander Abdullaev, 37 Foto: Russian Emergencies Ministry
Berita Agensi memetik laporan akhbar tentang dua rakyat Russia yang berjaya diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup.
Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam suatu ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan sukar di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit berjaya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu.
Namun, penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mereka mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin tentang amalan kanibalisme kian meningkat. Dua orang lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Walau bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa amalan kanibalisme berlaku dan bukannya pembunuhan.
“Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberikan keterangan bahawa kanibalisme memang berlaku,” kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda.
“Ia bukan pembunuhan.
“Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan yang dilaluinya,” katanya.
Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui bahawa dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin.
“Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa minggu, lapor NVPress.ru. -DCM
[SH] NEW DELHI - Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.
Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.
Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
"Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.
"Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.
Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas.
Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.
"Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.
"Pelajar perempuan juga cuba menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.
"Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.
Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.
Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.
Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.
The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.
Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.
“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya.
Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi memastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub
[SH] SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden
Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai
memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media
Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah
tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin
rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.
"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam
akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.
Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.
Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.
P/s: Kah kah kah!
"...individu yang sudah
tidak relevan dalam politik di negara..."
Kah kah kah!
Ahli Perkasa kononnya ada 300 ribu orang, bila nak buat demo depan pejabat Karangkraf?
[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan.
Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.
“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.
Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.
Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.
Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.
Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.
Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.
Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.
“Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan Ong.
Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.
Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.
“Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.
“Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.
TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi.
Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.
Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.
Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan “memudahkan” silibus dalam sistem pendidikan negara.
“NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.
“Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.
“Sekiranya Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang,” tegas mereka lagi.
BIEBER menjadi sasaran rancangan pembunuhan Staake (kanan) dan Ruane.
[HM] LOS ANGELES: Satu rancangan sulit untuk menculik, memotong kemaluan dan membunuh penyanyi pop remaja, Justin Bieber, berjaya digagalkan polis.
Menurut laporan media semalam, rancangan itu sepatutnya dilaksanakan ketika Bieber, 18, mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York, bulan lalu.
Sumber berkata, dua lelaki ditahan dan seorang daripadanya didapati memiliki sepasang gunting pemangkas di dalam kereta.
Kata sumber, suspek dikenali sebagai Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane.
“Staake dan Ruane diupah untuk membunuh Bieber oleh seorang banduan, Dana Martin, yang kini menjalani hukuman penjara selama 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh,” katanya.
Martin sebelum ini disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 2000.
Menurut sumber, Staake adalah rakan satu penjara Martin dan rancangan itu dibuat ketika mereka sama-sama ditahan di Las Cruces, New Mexico.
Selain Bieber, katanya, Staake turut dilatih untuk membunuh tiga individu lain.
Sumber lain berkata, Martin menawarkan imbuhan bernilai AS$2,500 (RM7,600) bagi setiap zakar mangsa yang diserahkan Staake dan Ruane kepadanya.
Katanya, Staake dan Ruane merancang menculik Bieber sebelum membunuh penyanyi itu menggunakan tali leher.
“Mereka juga akan memotong kemaluan Bieber,” katanya.
Sementara itu, polis berkata, Martin dipercayai terlalu taksub kepada Bieber, malah dia turut memiliki satu tatu yang sama seperti yang ada di kaki penyanyi Kanada berkenaan.
Kata polis, Martin mengarahkan Staake melaksanakan “pembunuhan dan memotong kemaluan Bieber serta pengawal peribadi selebriti terbabit.” Bagaimanapun, rancangan itu terdedah apabila Martin sendiri membocorkan maklumat mengenainya kepada polis, membolehkan pihak berkuasa kemudian menahan Staake di Vermont.
Ruane pula diberkas ketika dalam perjalanan ke New York. Kata polis, mereka mencuri dengar perbualan Ruane ketika dia menghubungi Martin.
Dalam perbualan itu, kata sumber, Ruane meminta maaf kerana banduan terbabit rancangan mereka belum dijalankan seperti sepatutnya.
Sementara itu, ibu Ruane, Kristin Cashman, menganggap kes itu “mengarut.” - TS
[SH] BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42,
dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas
kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan
2011.
Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan
bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian
lokap berwarna oren.
Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun
Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya,
Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30
malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168
Kampung Ketari.
Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.
Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk
setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan
kedua hingga kelima iaitu merogol mangsa bawah umur.
Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu
merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim
Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan
menganggu mangsa.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon
mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak
berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam
sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasal dari Sabah itu dituduh
merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan
Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.
Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun
2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam
12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.
Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat
membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam
bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30
pagi.
Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan,
Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.
Hakim Murtazadi Amran, menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
[Bernama] KEMAMAN - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rompak dan
rogol seorang jurujual di Chukai di sini, awal bulan lalu.
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Bandar Baru Air Itam, Pulau
Pinang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi
kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K
Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdasarkan lakaran wajah suspek
yang dibuat oleh mangsa.
“Suspek berasal dari Pulau Pinang dan adalah pesalah di bawah Akta
Kediaman Terhad yang dibuang daerah ke Kemaman. Dia kini ditahan untuk
siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 10.30 Ahad lalu, seorang jurujual berumur 18
tahun dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di
bilik asrama pekerja yang disediakan majikan wanita itu.
[KD] KUALA LUMPUR 13 Dis: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.
Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam.
SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya.
“(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima,” katanya dipetik Malaysiakini.
Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.
Deepak
Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini.
“Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini,” katanya.
Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu.
Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi.
P/s: Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku paling panas setakat ini!
GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
[HM] KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”
Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.
Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.
Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.
Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.
Laporan Berkaitan:
Mekanik Disyaki Dera Anak Berusia 3 Tahun
Klip video yang menunjukkan penderaan terhadap mangsa yang dimuat naik ke YouTube.
[SH] SHAH ALAM - Seorang mekanik yang disyaki mendera anak tiri lelakinya
berusia tiga tahun, ditahan polis di rumah mereka di Taman Mas, Kapar,
Klang, kelmarin.
Penahanan dibuat susulan laporan diterima polis dari seorang pengadu yang juga kenalan suspek.
Berdasarkan laporan terbabit, pengadu mendakwa melihat sebuah klip
video di laman YouTube yang memaparkan penderaan dilakukan suspek ke
atas mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu pada jam 7 petang
kelmarin.
Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerbu rumah suspek dan menahannya kira-kira satu jam kemudian.
Menurutnya, ketika ditahan, mangsa berada di rumah tersebut.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ibu mangsa yang juga isteri kedua suspek.
"Suspek berusia 32 tahun itu kita tahan reman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Anak tirinya (mangsa) dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut," katanya, semalam.
Jani berkata, berdasarkan laporan hospital, terdapat banyak kesan luka lama dan baru ditemui pada seluruh badan mangsa.
"Kita percaya mangsa sudah lama didera oleh suspek, namun kesan luka
baru menunjukkan ia dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, mangsa kini masih dirawat di hospital terbabit dan
perkara itu sudah dimaklumkan untuk pengawasan oleh pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, siasatan awal mendapati klip video yang menunjukkan
penderaan terhadap mangsa dipercayai dirakamkan oleh isteri pertama
suspek menggunakan telefon bimbit, sebelum dimuat naik ke YouTube.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya kini sedang menjejaki isteri pertama suspek bagi membantu siasatan.
P/s: Gila kejam! Budak berusia dua tahun, apalah yang dia faham!
[HM] SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam
atas tuduhan merogol seorang wanita Vietnam berusia 19 tahun di sebuah
premis urut, akhir bulan lalu.
Mohamad Fadzlie M Rosdi, 20, turut dihadapkan ke mahkamah sama
bersama buruh kasar, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, atas dua tuduhan
merompak pusat urut di Setapak itu dengan menggunakan parang sehingga
menyebabkan penjaga premis terbabit serta seorang lagi rakannya cedera.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Bagaimanapun, Emelia Kaswati menetapkan 18 Disember depan untuk
tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan cap jari kedua-dua
tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Fadzlie
didakwa merogol wanita berkenaan sehingga menakutkan mangsa dengan
ancaman bunuh atau kecederaan, pada jam 1 pagi, di sebuah premis urut di
Setapak, 25 November lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa
mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Manakala, Mohamad Fadzlie dan Mohd Khairiell didakwa bersama dua
lagi yang masih bebas dengan niat bersama merompak premis urut itu yang
dijaga seorang lelaki berusia 51 tahun dengan parang sehingga
menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Mereka juga didakwa
melakukan perbuatan sama sehingga menyebabkan rakan penjaga premis
berkenaan, seorang lelaki 44 tahun cedera.
Pendakwaan terhadap dua tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 394
Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat,
jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan semalam dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman.
Berdasarkan fakta kes, premis urut itu didatangi tiga lelaki untuk
tujuan merompak yang mana dalam kejadian itu suspek menggunakan parang
dengan mencederakan penjaga premis di telinga sehingga lelaki itu
menerima 120 jahitan, manakala, rakan penjaga premis berkenaan ditetak
di tapak tangan.
Namun, selepas mendapati ada dua wanita
Vietnam yang juga pekerja di situ bersembunyi di dalam bilik, suspek
menarik mereka sebelum merogol mangsa.
Mohamad Fadzlie
dipercayai merogol seorang daripada wanita itu dan ketika kawad cam
dibuat, mangsa mengecam tertuduh menerusi satu objek keras di
kemaluannya dipercayai kerana dipasang ‘ball bearing’.
Kejadian samun dan rogol itu dirakam kamera CCTV dan wajah suspek
dipaparkan media untuk diburu sebelum Mohamad Fadzlie menyerah diri pada
30 November lalu dan seterusnya penangkapan terhadap Mohd Khairiell
dibuat pada 4 Disember lalu.
[HD] KUALA LUMPUR:Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar)
mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD
2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi
menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan
berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan
kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini
sangat high level.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap,
kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak
dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang
media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat
dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa
dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan
penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana
perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
Saya
kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun
minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri
buat keputuan bagaimana".
Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan
Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta
dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap
dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa
dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun
dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer
juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia
(Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa
Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.
Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri.
Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu
Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa
Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada
bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim
yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa,
tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
Saya pergi ke
Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia,
sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama
dia Suresh.
Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia
takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik
awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau
awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat
besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya
peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah
itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.
Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12
ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu
sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan
mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak
lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia
minta. Saya tak ada.
Dia
bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia
dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise
(janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga
pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke
KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD.
Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa
yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
Selepas itu,
peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan
bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal
siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua
Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa
yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal
siapa-siapa.
Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan
tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga
peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya
datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel
kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah
disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak
terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi
sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat
dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita
sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi
Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia,
salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan
menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan
siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Jadi
objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni.
Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya.
Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah
utamanya.
Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada
kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang
akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia
nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang
itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM
lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya
tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes
tutup.
Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini,
dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini
dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.
Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua
orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia
kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri
sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.
Jadi saya minta
SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP
sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.
Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita
menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja.
Negara ini lebih dari itu. Itu saja."
Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih
empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap
sekelip mata.
Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka
kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank
Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat
(bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon
daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.
“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi
surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia
beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya
kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.
Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang
daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor
siri tersebut.
“Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia
memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang
lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan
atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia
saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.
Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai
polis itu memberitahu dia perlu 'memindahkan' semua wang yang dia ada di
bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan
dibekukan.
Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian
disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya
Pegawai Kewangan Bank Negara.
“Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah
simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan
talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan
memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,”
katanya.
Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos
pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain
dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.
“Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.
Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi.
Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,”
kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun
berbeza.
Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua
transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.
“Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45
pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.
“Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga
jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan
menghubungi saya,” katanya.
Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian
bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut
seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya
berhati-hati.
“Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu
meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui
talian,” katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah,
kelmarin.
Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan
Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia
menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin
Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang
dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah
terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon,” katanya.
Mula-mula baca dahulu artikel yang saya petik dari Pulakdah!:
Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh
media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan
Malaysia. Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas
Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan
polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa
(11/12/2012).
Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.
Habibie pengkhianat
Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas
presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai
tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan
tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia,
Zainuddin Maidin, menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan
Malaysia, pada hari Isnin.
Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai
pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari
Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai
sama-sama "The Dog of Imperialism".
Tulisan itu menimbulkan kecaman dari pelbagai tokoh di Indonesia.
Zainuddin dikatakan bukan sahaja telah menghina Habibie, tetapi juga
menghina bangsa Indonesia. Tulisan tersebut tidak sewajarnya ditulis
oleh seorang bekas menteri Malaysia.
Anwar Ibrahim turut secara khusus
mengeluarkan kenyataan di salam blognya dengan menyebut Zainuddin
sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahawa reputasi
Zainuddin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Habibie tidak mengendahkan tulisan tersebut dan sekadar tertawa. "Kalau
ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia
berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan
dia," kata Habibie seperti ditulis dalam Twitter Habibie Center.
Laporan KOMPAS:
'Link' Artikel soal Habibie Hilang dari 'Website' Utusan Malaysia
JAKARTA, KOMPAS.com — Entah karena derasnya pemberitaan di Tanah Air atau alasan lain, link tulisan yang menyebut mantan Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga memicu polemik, menghilang dari website Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).
Saat
dikunjungi, Selasa malam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk
rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.
"Konten yang Anda cari tidak tersedia. Anda mungkin mengeklik sebuah link yang salah dari website lain atau konten tersebut mungkin telah dicabut," demikian keterangan di halaman tersebut dalam bahasa Inggris.
Jika ditelusuri, masih ada tautan dalam indeks tajuk rencana tanggal 10 Desember 2012 di website utusan itu. Namun, saat di-klik, lagi-lagi pembaca diarahkan ke halaman broken link tersebut. Meski demikian, isi tulisan masih bisa dibaca di tembolok (cache) hasil pencarian Google ataupun salinannya yang telah diunggah di berbagai situs Indonesia.
Sebut Habibie pengkhianat
Polemik
yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan mantan presiden
RI tersebut ke Universiti Selangor belum lama ini sebagai tamu
kehormatan tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut
dikomentari mantan Menteri Penerangan Malaysia, Zainudin Maidin, lewat
tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, Senin.
Tulisan
tersebut dianggap kontroversial karena menyebut BJ Habibie sebagai
pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari
Indonesia. Bahkan, Zainudin melabeli Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai
sama-sama "The Dog of Imperialism".
Pernyataannya itu menuai kecaman dari berbagai tokoh di Tanah Air. Zainudin dinilai tidak hanya telah menghina Habibie, tetapi juga bangsa Indonesia. Pernyataan tersebut tidak pantas disampaikan mantan pejabat Malaysia itu.
Bahkan, Anwar Ibrahim secara khusus mengeluarkan pernyataan pers di blog pribadinya dengan menyebut Zainudin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahwa reputasi Zainudin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.
Menanggapi polemik tersebut, Habibie tidak terlalu pusing. Ia hanya tertawa. "Kalau ada yang menghina Anda, anggap aja
sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan
Anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis
akun Twitter Habibie Center (@habibiecenter).
[HM] GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.
Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.
Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.
Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.
Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.
“Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.
“Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.
“Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.
Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.
“Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte. - DM
[HM] JAKARTA: Seorang ahli politik meninggalkan isterinya, Fani Oktora, 18, empat hari selepas mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.
Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata:“Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan seks buat kali pertama.”
Katanya, dia mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam.
Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.
“Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya ‘membelinya’ saya dapati dia tidaklah seperti yang ‘diiklankan’ jadi saya pulangkan dia,” kata Aceng.
Perbuatan Aceng itu menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan.
Malah, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu. - JP
[SH] TEMERLOH - Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan tiga tawaran mega peringkat pusat dan enam tawaran lagi peringkat negeri kepada rakyat Pahang sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.
Tawaran peringkat Pusat ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Tawaran peringkat negeri pula ditandatangani Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.
Anwar mengumumkan tawaran itu di hadapan lebih 20,000 penyokong pakatan pembangkang semasa program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau dekat sini semalam.
Anwar bersama pemimpin PR Pusat dan negeri mengumumkan tawaran mega kepada rakyat Pahang sekiranya mereka menang dalam PRU-13 nanti pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Tapak Kompleks Pas Pahang.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, tawaran itu adalah tambahan PR di mana ia untuk memenuhi keperluan dan hak setiap negeri.
“Setiap PR di negeri akan mengenal pasti beberapa tambahan untuk diberikan kepada rakyat yang mana ia adalah satu tawaran untuk kebaikan rakyat di bawah pemerintahan PR,” katanya.
Tiga tawaran mega peringkat Pusat itu ialah:
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota polis dan tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.
KEDUA: Memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.
KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut–Benta, Jerantut–Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara dua negeri seperti Kuantan–Jerantut–Kuala Lipis–Gua Musang, Kuantan–Segamat dan Kuala Lipis–Raub–Bentong–Seremban dan Jerantut–Ulu Tembeling–Dungun dengan pelaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Pahang.
PR Pahang pula mengisytiharkan enam tawaran mega sekiranya mereka berjaya menawan Pahang dalam PRU13.
Pengumuman itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.
Enam tawaran itu ialah:
- menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun
- menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat
- mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
- memudahkan urusan pertukaran status pertanian kepada lot perumahan atau bangunan
- menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan mineral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan
- sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang ditadbir PR.
Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.
PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
Kejahilan politik Abdul Hadi, merugikan Pas
-
*Kebijaksanaan politiknyaboleh dipertikaikan.*
*PENDAPAT*
PAS mengkultus Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu terbaik
sepanjang sejarah kewujudann...
Perangai yang dah dapat pegang kuasa
-
Bhai/DeeDee semua.., Pemaju diutamakan, Rakyat dipinggirkan Payah sangat
kan kalau ada yang dapat jer jawatan dan kuasa siap lupa apa yang pernah
diperkata...
Bagan should lead the global way
-
Twenty-nine years ago, in September 1995, the voters of Bagan saved the DAP
and democracy in Malaysia after the DAP suffered its worst electoral defeat
in ...
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Perutusan Dari Tun Mahathir
-
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
Merapatkan Jurang
-
*SELASA, 19 November 2019*
*Oleh: ZULKIFLI SALLEH*
Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan
Rakyat pada 11 Oktober la...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
-
Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA)
menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar
belaka...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
-
EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,
Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah
syarikat ...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 2017
-
*MERDEKA!*
Anak rusa nani, lalu kembang ekor,
Apa dosa kami, lalu tidak tegur.
Anak rusa nani, lalu tepi perigi,
Apa dosa kami, lalu dapat 1MDB.
Anak r...
Shafie Apdal Umum Keluar Umno
-
Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
mengumumkan keluar daripada parti itu.
Beliau yang juga adalah ahli parlime...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
Unsur Puisi
-
Unsur puisi, unsur emosi, unsur imaginasi - ketga-tiga unsur ini tidak
dapat dipisahceraikan; sudah lumrah, sebati, sejati. Mengikut yang ahli,
puisi itu s...
Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah
-
Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak
kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan
leb...
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..
-
*Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..* Ahli perniagaan Low Taek Jho
mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia
Devel...