Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Selasa, 30 April 2013

[Video-SEBARKAN] Tamrin Ghafar DEDAH Dalang Sebenar 13 Mei 1969



TOLONG kongsi di laman sosial!



Keterangan Video:

Dato' Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969.

"(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin UMNO dan Mahathir terbabit," 

Tunku (Abdul Rahman) telah menulis dalam kolum 'As I See It" dalam akhbar The Star dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja diadakan pemimpin UMNO yang kemudiannya menyalahkan DAP dan kaum Cina.


Dengar Pengakuan Tunku Abdul Rahman tentang Che Det, 13 Mei, UMNO:











Berita Berkaitan:

13 Mei Angkara Dr M Mahu Rampas Kuasa Tunku - Tamrin

[HD] JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.





, , ,

[Video] Dengarlah LAGU Ini Jika Anda Ragu-ragu untuk Mengundi PAKATAN RAKYAT!



Kredit/Lirik:

Yasin Sulaiman/ Faizal Tahir
Hush Entertainment
violins by Tengku Ryo
bass by Kelly
guitars by Faizal Tahir
children vocals by Sameer, Malaika, Mikaeel Zidane & Raudhah Nur Iman


bagai pasak, GUNUNG; bumi terbentang
tidak goyah walau dilanda angin kencang
kerana ianya bagaikan kebenaran dan kemestian

bagai deras SUNGAI setelah hujan
tak putus walau dibelah seribu pedang
mengalir bagaikan ianya kepastian
TAK KAN TERHALANG

BERANI kerana aku BENAR
tiada apa harus kuragukan
kuberdiri TEGUH


, , ,

[Gambar] Pengundi Awal Dakwa Dakwat KEKAL Boleh HILANG Dicuci dengan Sabun



Sumber gambar di sini. Gambar dan laporan lain di sini.




P/s: PRU terkotor dalam sejarah? Tunggu dan lihat!









PRU terkotor????


Kemas Kini:



,

[PANAS] Pemilik Asal Gambar Bangla Kahwin Jadi Melayu dalam Poster BN Luah Rasa Tidak Puas Hati


Kata pemilik gambar di akaun FBnya:



Gamba pengantin ini saya ambil pada 15 may 2007..... menguna gambar ini di luar pengatahuan saya....gamba isteri telah ditukar... tak kira lah sape pon yng buat... INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB



Tindakan pihak terdesak ini memang tidak bertanggungjawab. Rata-rata pemberi komen mencadangkan pemilik gambar agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Tepuk dada tanya selera!

Poster kempen BN yang turut memaparkan gambar calon BN di Putrajaya Tengku Adnan ini mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam. Ada dua isu yang diperkatakan sebelum timbul isu hak milik di atas, iaitu:

BERSYUKUR KEPADA BN
ORANG BANGLA BERTUKAR MENJADI MELAYU

 Sudahlah menggunakan gambar orang tanpa meminta izin, kemudian menggambarkan pula orang Bangla bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin. Selepas itu, mesej poster itu meminta rakyat Malaysia bersyukur kepada BN seolah-olah segala macam rezeki datang daripada BN bukannya daripada Allah. Mengucap panjanglah kalau terdesak sangat pun!

Betullah kata Faizal Tahir:


Kah kah kah!

TUMBANGKAN BN & UMNO 
DEMI BANGSA & AGAMA!






, ,

[PANAS] Dua Siswi Dakwa Dicabul Semasa Hadiri Program Najib




[MK] Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.


Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak. 

.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.

Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya. 



Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya.




, , ,

Di Mana Lim Kit SIang Semasa Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969?


[HD] JOHOR BAHRU: Walaupun berkali-kali Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak ada di Lembah Kelang ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei, namun Umno tetap menyebarkan fitnah menuduh beliau menjadi perancang tragedi berdarah tahun 1969 itu.

Dalam usaha terdesak berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, pelbagai risalah fitnah berhubung tragedi berdarah itu disebar termasuk di pasar malam di Taman Universiti, Skudai dengan mengaitkan penasihat DAP itu.

Di Tanjung Piai pula, jentera DAP menemui risalah bertajuk 'DAP Rasis' yang yang dilaporkan turut diedar di kampung-kampung Melayu.

Apa yang menarik, risalah yang diedarkan di Skudai memuatkan satu wawancara akhbar milik Umno Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Noordin Abdul Razak yang mendakwa beliau melihat Lim bersama penunjuk perasaan anti-Melayu semasa insiden tersebut.

Dakwaan itu bertentangan dengan penjelasan Lim. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.

Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.



, , ,

[Video] Bukti Visual BN Tayang Video Seks Fitnah Secara Terbuka




Baca lanjut di sini.


Berkaitan:



Apa kata bekas KPN?

[KD] Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.

Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.

Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.

“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.

Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.

“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.

Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.

“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa. 


Persoalannya:

Bila polis dan SPR akan bertindak???



, ,

SPR, Polis Buru Blogger PR, Mengapa Bekas Tentera Ini Masih Belum Didakwa?

Panik?

Polis akan menyiasat blogger PR yang mendedahkan kertas undi serta mempersoal ketelusan pengundian awal, pengundian secara pos yang dilakukan baru-baru ini. Baca di sini. Selain pengundian awal yang didakwa dibuat tanpa pemantauan pihak yang sepatutnya dan dijalankan sebelum tarikh yang ditetapkan, orang ramai juga mempersoal kertas undi tersebut yang mempunyai nombor siri yang membolehkan pihak tertentu mengesan identiti pengundi.


Jika SPR begitu bertegas dalam soal tadi, mengapa mereka tidak mendakwa bekas tentera yang mengaku  mengundi untuk rakan-rakannya yang lain? Pendedahan ini sudah dibuat sejak sekian lama.



P/s: Bila pula polis akan  menyiasat blogger UMNO yang memfitnah sesuka hati, memaki hamun sesuka hati, mencarut sesuka hati, dan menyiarkan gambar atau video lucah sesuka hati? Mungkin selepas 5 Mei nanti baru mereka nampak jalan untuk berbuat demikian!




,

Isnin, 29 April 2013

[Gambar Panas] Faizal Tahir Jawab Tweet Ketua Media Baru UMNO, "Rezeki Itu di Tangan...."

...hahahaha...terbaik Faizal Tahir!!!!

Sumber gambar di sini.



P/s: Kalau PENCACAI BN tidak puas hati lagi, tak tahulah....!!!!

Artis kontroversi ini bikin panas lagi!



Betullah kata Che Det:



,

[Gambar] Selepas Faizal Tahir, Penyanyi Nasyid Pula Sangkal Tuduhan Norman KRU

Foto dari FB

P/s: Betullah kata Che Det. Komen Faizal Tahir tentang industri filem dan hiburan hancur jika PAS perintah negara di sini.




,

[PANAS- Kisah Benar] Kisah Orang UMNO Takut dengan Baju dan Topi Salji PAS dan PR


(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

[HD] KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini. 

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....

Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC. 

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher. 

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut. 

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC. 

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :

security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :

security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.

Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut. 

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran. 

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran. 

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama. 

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek



P/s: Gila lawak!



,

[Video] Macam Tidak Percaya, Musa Hassan Dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat??


[HD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.




Kemas Kini:

Musa Hassan Nafi Anggotai Majlis Keselamatan Pakatan

[Bernama] Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Musa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada Bernama.

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.






, , ,

[Gambar] Undilah Calon Pakatan Rakyat Bagi Memastikan Melayu Terus Terbilang di Parlimen, Lihat Bukti...

Sumber gambar di sini.


Cukup-cukuplah dimomokkan, ditakut-takutkan oleh UMNO. Undi PR bagi memastikan Melayu terus unggul dan terbilang di samping sokongan kaum-kaum yang lain untuk terus membina Malaysia yang gemilang!


P/s: Tidak percaya dengan maklumat carta di atas? Kira sendiri!!!




,

Guru Rakam Adegan Seks dengan Pelajar 14 Tahun Dijel

A former drama teacher, who took advantage of a student aged 14 in 2011 and had sex with her, was sentenced to a year in jail on Thursday. District Judge Siva Shanmugam said that Aravind S. Menon "had abused the trust reposed in him as a teacher". -- ST PHOTO: WONG KWAI CHOW

[HM] Singapura: Seorang bekas guru drama yang melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun dan merakam adegan itu dijatuhkan hukuman penjara setahun Khamis lalu.

Hakim daerah Siva Shanmugam berkata Aravind S Menon “telah menyalahgunakan kepercayaan dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai guru” apabila dia melakukan perbuatan itu pada 2009. Hakim menggelar perbuatannya merakam satu daripada aksi mereka sebagai “amat dikesali”. 

Menon, 25, mengaku bersalah pada 11 April lalu kerana melakukan seks dengan pasangannya yang berusia di bawah 16 tahun. Mahkamah kemudian diberitahu dia bekerja dua kali seminggu di sekolah itu sebagai sukarelawan ketika remaja terbabit menyertai persatuan dramanya pada Mac 2008. 

Remaja itu mula meluahkan kepada Menon yang berusia 20 tahun ketika itu mengenai masalahnya di rumah dan di sekolah. Mereka mula rapat dan melakukan hubungan seks buat kali pertama di kediaman Menon di Choa Chu Kang pada Mei 2009.

Bimbang hamil, remaja terbabit menggunakan alat ujian kehamilan pada 31 Mei di kediaman Menon. Keputusannya negatif tetapi Menon terus melakukan hubungan seks bersama remaja itu pada hari sama dan sekali lagi pada Julai. Dia turut merakam satu daripada aksi mereka di telefon bimbitnya dan menyimpannya di komputernya.

Pada akhir Julai, ibu bapa remaja itu membaca mesej Menon di telefon bimbit pelajar terbabit dan menyuruhnya memutuskan hubungan mereka. Bapanya turut memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai kecurigaannya dan Menon kemudian dipecat. 

Pada Ogos 2009, remaja itu menghantar mesej pesanan ringkas kepada Menon dan memberitahu dia mahu menamatkan hubungan mereka sebelum Menon mengancam akan mencederakan keluarganya. - AsiaOne



,

DAP, Tolong "Luku" Kepala Mamat Ini!


Aduhai, semakin dekat PRU, semakin banyak pemimpin PR yang bertelagah berkaitan dengan pelbagai isu yang sebelum ini gagal mencapai kata sepakat! Seperti yang kita maklum, dalam isu-isu tersebut mereka sebelum ini mengambil pendekatan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju. Jadi apa masalahnya lagi? Saya sudah komen panjang di sini. Tidak perlulah diulang tayang di sini.

Tidak cukup dengan pemimpin-pemimpin utama PAS dan DAP bertelagah tentang isu hudud dan negara Islam, pemimpin DAP di Johor pula mengeluarkan kenyataan agar ahli DAP tidak mengundi PAS dalam PRU13 nanti. Baca di sini.

Apa masalah dengan mereka ini? Tumpuan harus diberi untuk  menumbangkan BN dan UMNO. Yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ialah menerangkan manifesto bersama PR dan membongkarkan salah laku serta pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin BN, namun mereka bertelagah sesama sendiri sehingga merosakkan agenda rakyat untuk menumbangkan BN dan UMNO.

Dalam hal ini, TM respek dengan pemimpin PKR yang cerdik berpolitik tatkala PRU13 semakin hampir. Janganlah mereka mencontohi pemimpin DAP dan PAS yang tidak belajar daripada kesilapan yang lalu. 


Komen LGE:

Guan Eng serah pada DAP Johor isu Fernandez

[MK] Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyerahkan kepada pemimpin parti negeri Johor untuk mengenakan tindakan ke atas timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez yang menimbulkan kontroversi melalui kenyataannya agar pengundi tidak memilih PAS.

"Itu pandangan peribadinya, ia tidak mewakilil parti,” kata Lim dalam sidang media selepas melawat Taman Jawi Jaya hari ini.

"Kami akan serahkan kepada DAP Johor untuk menanganinya,” tambahnya.

Fernandez dalam satu tulisan di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas.

Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan “pendirian unilateral” parti tersebut dan “keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat”.



P/s: Adakah usaha rakyat dan DSAI untuk menumbangkan UMNO dan BN akan menjadi sia-sia kerana gelagat kurang cerdik pemimpin PR? Belum lagi memikirkan penipuan terancang yang mungkin mengejutkan rakyat Malaysia!!!






,

[Gambar] Industri Hiburan Hancur Jika PR Perintah? Faizal Tahir Jawab Pendapat Norman KRU





P/s: Sudah hangat diperkatakan, anda nilailah pandangan dua orang artis ini.


,

Ahad, 28 April 2013

[Gambar] Yang Mana Pilihan Anda? Kiri @ Kanan KECUALI Yang Tengah!!!

Sumber gambar di sini.

P/s: Jangan marah akak!!!




, ,

[Gambar] Program Muhyiddin di Perlis, Kerusi Lebih Banyak daripada Orang




Adakah ini petanda jelas PERLIS akan jatuh ke tangan PR?


Kredit kepada empunya gambar.

,

[Gambar] Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS, Anda yang Sihat, Islam, Buat Apa?


Sumber gambar di sini.


Kalau sokong UMNO, selamat berkongsi saham nanti. Selamat menganiaya saudara anda dengan AES, GST, kenaikan harga barang, kos hidup, PTPTN, dan segala macam bebanan yang lain.


P/s: Alhamdullilah, sejak kecil sehingga dewasa tiada setitik pun peluh TM jatuh demi UMNO dan BN!




, , ,

[Gambar Panas] Pakatan Rakyat Tawar Pendidikan Percuma, UMNO Tawar Video Seks Fitnah Percuma, Lihat Gambar....

Sumber gambar: Pulakdah!
Poster yang menawarkan video seks fitnah ini didakwa dirakam di Seberang Takir, Terengganu. Pemimpin UMNO negeri itu sebelum ini meminta ahli parti itu berhenti menayangkan dan mengedarkan video fitnah tersebut, malah polis turut memberikan amaran agar pihak yang terbabit menghentikan kempen jijik itu. 

Poster di atas jelas membuktikan bahawa aktiviti penayangan dan pengedaran video seks fitnah melibatkan pemimpin PR benar-benar berlaku. Apa tindakan pihak berkuasa? Hanya sekadar memberikan amaran?

Yang mana pilihan pengundi? Harga minyak lebih murah, pendidikan percuma, pendapatan lebih banyak atau video seks fitnah dan saham ke neraka? -DCM


Gambar lain:





,

[Video] Pelakon Veteran Abu Bakar Omar Dedah Sebab Sertai PAS





P/s: Tahniah. 


, , ,

[Gambar & Video] Lautan Manusia Dengar Ceramah Husam & Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya, Mustapha Kamal Sertai PAS


Gabubungan dua tokoh Islam kotemporasi Datuk Husam Musa & Ustaz Azhar Idrus berjaya mencetuskan fenomena di Padang Bola, Loji Pembersihan Konsortium ABASS, Precint 19, Putrajaya 27hb April 2013.

TUMBANGKAN UMNO & BN!!!!


!
Pelakon, Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS... Borang Keahlian Diserah Kepada Dato Husam Musa




Kredit kepada tuan punya gambar dan video.







BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH