Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 12 Mac 2009

ASAS KEBIMBANGAN PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA LAIN


Tiba-tiba heboh satu Malaysia apabila pihak akhbar Herald- The Catholic Weekly bertegas ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar tersebut. Polemik ini telah mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya daripada kalangan orang Islam di negara ini. Walau bagaimanapun, keputusan Kabinet baru-baru ini untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah tersebut sedikit banyak melegakan hati dan emosi umat Islam di negara ini. Biarpun kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah, namun kita berharap hakim yang mengadilinya akan mempertimbangkan kes tersebut daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan. Keputusan yang dibuat juga perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan suasana harmoni yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini. Yang menjadi tanda tanya ialah motif di balik isu penggunaan kalimah “Allah” itu sendiri. Apakah tujuan sebenar akhbar tersebut ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar mereka? Mengapakah pihak akhbar ini sanggup mencetuskan kebimbangan umat Islam di negara ini apabila bertegas untuk meneruskan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut?

Salah satu alasan yang diberikan oleh pihak akhbar tersebut sehingga sanggup mencabar larangan tersebut ke mahkamah ialah perkataan “Allah“ itu merujuk kepada “Tuhan” dalam bahasa Malaysia. Walhal mengikut terjemahan yang sepatutnya perkataan “God” itu diterjemahkan sebagai “Tuhan” dalam bahasa Malaysia dan bukan “Allah” seperti yang ditekankan oleh mereka. Hakikatnya, kalimah “Allah”, “Solat”, “Baitullah”, dan “Kaabah” itu bukanlah perkataan yang berasal daripada bahasa Malaysia tetapi perkataan yang dipinjam/diambil daripada bahasa Arab. Apabila kerajaan menghalang penggunaan kalimah tersebut, timbul suara-suara yang mengatakan tindakan tersebut menghalang penyuburan bahasa Malaysia di negara ini. Timbul juga suara-suara yang mengatakan bahawa tindakan itu sebagai tidak adil dan melanggar hak asasi agama lain. Wajarkah perkara-perkara itu dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan penggunaan kalimah tersebut?

Polemik ini juga telah mencetuskan dua pendapat dalam kalangan umat Islam di negara ini. Ada umat Islam di negara ini yang bersetuju kalimah “Allah” itu dibenarkan penggunaannya oleh penganut agama lain. Ada juga umat Islam yang membantah penggunaan kalimah tersebut oleh penganut agama lain. Bagi pihak yang bersetuju penggunaan kalimah “Allah” oleh agama lain berpendapat bahawa tindakan itu sebagai suatu langkah untuk berdakwah kepada penganut agama lain. Memanglah realitinya, Allah itu menurut agama Islam adalah pencipta dan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Bagi mereka lebih baik kita berusaha meningkatkan iman dan menjaga akidah umat Islam daripada berebut penggunaan kalimah “Allah”. Bagi yang membantah penggunaan kalimah tersebut pula berpendapat bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif bagi umat Islam. Mereka bimbang kebenaran penggunaan kalimah tersebut akan mencetuskan kekeliruan terutamanya kepada umat Islam yang cetek ilmu agamanya. Mereka turut berhujah bahawa kalimah “Allah” tidak pernah disebut atau dinyatakan dalam Bible. Mengapakah pula tiba-tiba orang Kristian ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mereka?

Bagi penulis, perkara yang dibimbangi ialah penggunaan kalimah “Allah” akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Salah satu kekeliruan yang dimaksudkan itu dapat dilihat melalui lirik lagu nyanyian Agnes Monica, penyanyi yang beragama Kristian dari Indonesia. Cuba perhatikan lirik lagu di bawah ini dengan teliti:

Allah Peduli (Agnes Monica)
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah peduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


Penggunaan kalimah “Allah” dalam lirik lagu di atas terang-terang merujuk kepada Tuhan Bapa dalam agama Kristian, bukannya “Allah” seperti yang disembah oleh umat Islam. Bagi yang jahil tentang perihal agama akan mudah terpengaruh oleh lirik lagu tersebut dan beranggapan bahawa “Allah” dalam lirik lagu tersebut adalah sama dengan “Allah” dalam agama Islam. Bayangkan lagu bermesejkan ketuhanan bagi orang Kristian ini meniti di bibir remaja-remaja Islam. Bayangkan juga apabila lebih banyak lagu “nasyid” bagi agama Kristian ini diterbitkan di negara ini dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, kebimbangan kalimah “Allah” nanti akan digunakan sebagai senjata untuk memurtadkan lebih banyak umat Islam di negara ini adalah suatu yang berasas.

Kita bimbang apabila timbul hujah/pandangan bahawa Tuhan bagi agama Kristian dan Islam adalah sama, maka tidak salah bagi umat Islam menganut agama Kristian. Sedangkan perbuatan itu boleh menjadikan umat Islam murtad dan boleh dikenakan hukuman yang berat jika enggan bertaubat. Dalam Islam telah termaktub larangan/hukum untuk keluar daripada agama tersebut. Tanpa menyertakan sebarang petikan, hal ini turut ditegaskan oleh beberapa hadis dan ayat-ayat dalam al Quran. Sebagai umat Islam kita mengalu-alukan semua umat manusia menerima Islam sebagai agama yang benar dan menerima Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam ini, sebagai Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. -DCM

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH