YANG TEWAS dan YANG BERSALAH antara Pilihan Perwakilan UMNO di PAU ke-59
Barisan Baru Kepimpinan UMNO
Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yasin
Naib Presiden
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Ahli Majlis Tertinggi
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Noh Omar
Datuk Seri Musa Aman
Senator Datuk Azian Osman
Datuk Zainal Abidin Osman
Datuk Mohd Zin Mohamed
Datuk Seri Ismail Sabri
Datuk Lajim Ukin
Datuk Shaziman Abu Mansor
Dr Mohd Puad Zarkashi
…senarai penuh di sini
Ketua Wanita
Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
Naib Ketua Wanita
Datuk Kamilia Ibrahim
Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda
Datuk Razali Ibrahim
Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Naib Ketua Puteri
Shahanim Mohamad Yusof
Bagi yang memenangi pemilihan pimpinan UMNO kali ini tentulah gembira sakan, malah tidak mustahil ada yang akan menyembelih beberapa ekor lembu untuk diraikan bersama-sama dengan penyokong masing-masing. Penyokong mereka pula tumpang bersorak. Namun, dalam suasana gembira menyambut kemenangan tersebut, ada yang terkejut dan tertanya-tanya akan punca kekalahan dalam persaingan merebut jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Salah seorangnya sudah tentulah anak mantan PM, Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz yang gagal dalam persaingan jawatan Ketua Pemuda. Beliau yang dikatakan sebagai calon pilihan untuk memenangi jawatan tersebut akhirnya mendapat tempat tercorot di belakang Datuk Seri Khir Toyo.
Ironinya, Mukhriz merupakan antara orang pertama yang meminta secara terbuka PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur. Selepas pilihan raya yang lalu, Mukhriz juga telah mengadakan beberapa siri sidang akhbar meminta PM bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam pilihan raya yang lalu. Justeru, beliau juga dianggap antara orang pertama yang menjadi pembuka jalan kepada perletakan jawatan PM, orang mempopularkan slogan “Berani Berubah”, dan lantang mengkritik pentadbiran PM. Pelik bin ajaib apabila perwakilan UMNO memilih orang yang dikaitkan dengan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri sebagai pemimpin parti tersebut. Orang yang tewas dalam pilihan raya yang lalu juga menjadi pilihan perwakilan. Tampaknya, hasrat untuk melihat perubahan dalam UMNO kini masih lagi kabur.
Yang menarik perhatian penulis ialah kempen segelintir blogger fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya, iaitu “Wang atau Bangsa”. Kempen yang dijalankan pada saat-saat akhir pemilihan pucuk pimpinan UMNO tampaknya gagal mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Kini, selepas tamatnya pemilihan pimpinan UMNO kali ini, timbul pula cerita tentang usaha pihak tertentu dalam UMNO untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap pihak yang dikatakan mengamalkan politik wang semasa pemilihan pucuk pimpinan yang lalu. Cerita lanjut di blog fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya: BigDog.
Baca juga luahan kekecewaan Tun Dr. Mahathir di sini berkaitan dengan pemilihan pucuk pimpinan di Perhimpunan Agung UMNO ke-59.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.