Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 25 April 2009

PENANGAN PILIHAN RAYA DI INDONESIA


"16 Apr 2009 1:46AM CALON-calon wakil rakyat yang gagal dalam Pemilu (Pemilihan Umum) 2009 Indonesia baru-baru ini, tiba-tiba mengalami sakit jiwa; ada mati terkejut dan ada yang bunuh diri; malahan ada yang bertindak aneh mengambil balik sumbangan yang telah diberi kepada pengundi.

Kejadian-kejadian selepas pilihan raya umum legislatif 2009 Indonesia ini mungkin aneh bagi rakyat Malaysia tetapi hakikatnya ia memang terjadi.

Media massa tempatan Rabu melaporkan calon wakil rakyat Sri Hayati, yang kalah untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah - seperti Dewan Undangan Negeri di Malaysia - Kota Banjar ditemui mati dipercayai akibat menggantung diri di sebuah bangsal di Ciamis, Jawa Barat pada pagi Selasa.

Sri Hayati, 23, dan bertudung, adalah calon Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) bertindak nekad dipercayai kerana tidak tahan menanggung malu mendapat jumlah undi yang kecil.

Suaminya, yang enggan disebutkan namanya, menafikan tindakan isterinya itu kerana kalah dalam pilihan raya tetapi berkata Sri Hayati yang sedang hamil empat bulan itu tiba-tiba jadi seorang pendiam dan sering meminta maaf kepadanya walaupun antara mereka tidak ada sebarang masalah.

Ketua pusat rehabilitasi itu Supono Mustajab berkata mereka berasal dari Jawa Barat, Jawa Timur dan Jawa Tengah, termasuk juga anggota 'pasukan sukse' (anggota pasukan kempen) calon-calon itu yang terkejut berat dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan walaupun telah banyak mengeluarkan wang kempen.

Wisma Rehabilitasi yang didirikan Supono mempunyai 25 bilik khusus bagi caleg yang terganggu jiwa mereka dan siap dengan 11 orang doktor termasuk pakar sakit jiwa, yang merawat mereka secara kerohanian juga bersama dengan lebih 100 pesakit jiwa dari kalangan orang biasa.

Laman web Kompas pula melaporkan hospital sakit jiwa di Palangkaraya kini turut merawat lima pesakit selepas pengundian 9 April iaitu dua orang calon yang gagal dan tiga yang lain merupakan penyokong parti.

"Kesan kekalahan dalam pemilu tidak hanya menimpa caleg secara peribadi, malah juga terjadi pada penyokong dan keluarga terdekat, kata Ketua hospital itu Wineini Marhaeni Rubay.

Menurutnya, seorang daripada caleg itu masuk ke situ 'dalam kondisi gila' pada 10 April dan diberikan rawatan darurat sebelum dihantar ke Yayasan Joint Adulam Ministry, Palangkaraya, tempat penampungan orang "gila".

Seorang lagi calon wakil rakyat Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI), Lazuardi, yang bertanding di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, meninggal malam Isnin selepas beberapa jam mengikuti pengiraan undi, disyaki kerana terlalu keletihan dan "stress" akibat berkempen serta tidak menang.

Sehari sebelum itu, Sri Sumini, calon Parti Demokrat di Solo, Jawa Tengah, meninggal akibat serangan jantung dan menurut keluarganya, sejak masa kempen hingga selesai pengundian dia menjadi lebih pendiam dan terlihat seperti memendam beban fikiran berat.

Selain kes-kes itu, banyak juga calon yang menghadapi tekanan jiwa yang berat dipercaya kerana hasrat besar untuk menjadi wakil rakyat gagal dicapai dan tidak tahan menanggung malu kerana 'orang kampung semua sudah tahu' apatah lagi banyak juga yang bergolok bergadai untuk menampung biaya kempen."
SUMBER: Internet

BAYANGKANLAH JIKA SITUASI YANG BERLAKU DALAM PILIHAN RAYA DI INDONESIA INI BERLAKU DI MALAYSIA? KESAN KEKALAHAN POLITIK DI SANA UMPAMA KALAH DI MEDAN PERANG, UMPAMA KEHILANGAN WANG DAN MARUAH, UMPAMA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG, UMPAMA PUTUS CINTA.

KEWARASAN BERFIKIR BUKAN LAGI DIPENGARUHI OLEH APA-APA YANG KITA MAKAN/MINUM...TETAPI JUGA APA-APA YANG KITA BUAT!

  1. indonesia cabarannya besar pak..

    gravatar Comment by Ziarah76 @ Isnin, April 27, 2009 2:40:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH