NAJIB BALAS BUDI MUKHRIZ?
Senarai Penuh Kabinet Baru
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan
Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar
Timbalan
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman
Timbalan
A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan
Datuk M.Saravanan
Teka teki kabinet baru PM Datuk Seri Najib akhirnya terjawab. Ada yang menganggap kabinet baru ini "kabinet rakyat", "kabinet bersih", "kabinet kontroversi", dan bermacam-macam lagi istilah. Yang pasti kabinet ini sudah tentu disusun mengikut selera dan kehendak PM kerana kabinet inilah yang akan membantu beliau berkhidmat untuk rakyat dan seterusnya membantu beliau meyakinkan rakyat bahawa BN masih relevan untuk mentadbirkan negara dan seterusnya membaik pulih imej BN pada PRU ke-13 nanti. Walau apa-apapun sebanyak 28 jawatan menteri dan 40 jawatan timbalan menteri telah diisi oleh muka lama dan baru untuk mengepalai dan membantu mengurus 25 kementerian. Ada kalangan muka baru tersebut tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum dan nama mereka jarang-jarang diperkatakan dalam arena politik tanah air.
Dalam senarai kabinet baru ini, ada menteri (kini mantan) digugurkan. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A. Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad, dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Antara kelapan-lapan nama ini, hanya Datuk Shahrir Samad yang berhenti secara terhormat selepas beliau memutuskan untuk berhenti sebelum rombakan kabinet dilakukan. Yang lain menunggu keputusan PM dengan sejuta harapan, namun akhirnya disingkirkan. Antara sebabnya, mungkin kerana masing-masing gagal dalam pemilihan pucuk pimpinan parti ataupun terpalit oleh pelbagai kontroversi, malah mungkin juga dianggap sebagai orang bukan pilihan PM.
Ada juga menteri yang bertukar potfolio. Antaranya termasuklah Datuk Ismail Sabri yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan bertukar potfolio sebagai Menteri Perdagangan dan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Datuk Ahmad Shabery Cheek pula sebagai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shaziman Abu Mansor sebagai Menteri Kerja Raya, dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Begitu juga dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang masing-masing memegang potfolio yang lebih kanan.
Ada juga menteri dan timbalan menteri yang perlu dilantik menjadi senator untuk melayakkan diri memegang jawatan kabinet. Mereka ialah ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi. Bekas Pengarah Agama di Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mej-Jen (B), Datuk Jamil Khir Baharom memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam. Datuk Seri Sharizat Jalil yang menang Ketua Wanita Umno pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ahli perniagaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Dua timbalan menteri bertaraf senator pula ialah Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan II dan Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai timbalan Shahrizat.
Antara muka baru yang membarisi kabinet kali ini termasuklah Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Razali Ibrahim, Fadillah Yusof, Wee Jeck Seng, Jelaing anak Mersat, Datuk Joseph Salang Gandum, Senator Heng Seai Kie, dan Senator Heng Seai Kie. Barisan kabinet kali turut juga membariskan lebih banyak etnik bukan Melayu terutamanya etnik Cina baik dari Semenanjung mahupun dari Sabah dan Sarawak.
Sebenarnya, dalam perlantikan barisan kabinet ini, yang ditunggu-tunggu oleh semua orang ialah sama ada Khairy Jamaluddin tersenarai atau tidak dalam kabinet Najib. Begitu juga dengan nasib Mukhriz Mahathir. Akhirnya, seperti yang diramalkan oleh sesetengah orang, Khairy Jamaluddin yang terpalit oleh dakwaan politik wang semasa pemilihan UMNO baru-baru ini tidak tersenarai dalam kabinet Najib. Keputusan Najib ini tentulah menggembirakan Tun Dr Mahathir yang secara terang-terang tidak senang dengan pemilihan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno baru-baru ini. Bukan sahaja Tun, kekecewaan para blogger yang pro-Najib-Mahathir yang sebelum ini berkempen untuk meletakkan Mukriz sebagai Ketua Pemuda juga akhirnya terubat, selepas Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kendalian Ahli MT UMNO yang mendapat undi paling banyak dalam pemilihan UMNO baru-baru ini, Datuk Mustapa Mohamed.
Selain keupayaan dan kredibilitinya, perlantikan Mukhriz ini sedikit banyak dapat dianggap sebagai membalas budi Mukhriz yang sebelum ini secara terang-terangan meminta mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan beberapa siri sidang akhbar yang dibuat oleh Mukhriz untuk meminta Abdullah meletakkan jawatan dan seterusnya bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam PRU ke-12 yang lalu. Peletakan jawatan itu juga membolehkan Najib mengambil alih tampuk pentadbiran dan memulihkan BN dalam menghadapi PRU ke-13 nanti.
Yang menjadi tanda tanya ialah: apakah reaksi Khairy Jamaluddin atas perlantikan Mukhriz dan timbalannya Razali Ibrahim dalam kabinet? Baginya, wajarkah Mukhriz yang tewas dalam pemilihan UMNO yang lalu dilantik sebagai timbalan menteri? Benarkah perlantikan Mukhriz tiada kena-mengena dengan sokongan dan kemasukan semula Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO? Sejauh manakah janji Tun Abdullah yang tidak mahu mengkritik pentadbiran Najib selepas meletakkan jawatan sebagai PM terutamanya selepas menantunya tidak tersenarai dalam barisan kabinet Najib? Berkuburkah karier politik Khairy dalam parti dan arena politik tanah air selepas ini? Sejauh manakah bersihnya kabinet baru ini seperti yang diuar-uarkan oleh oleh PM?
Kita tunggu dan lihat!
kita tguje la reaksi kj 2, klu dia rasa dier x salah akan ada tindakannya sbb siang2 da dibuang
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 10, 2009 12:03:00 PG