Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 14 Julai 2011

AS Kecam Tindakan Keras terhadap BERSIH, Pantau Perkembangannya



Saya petik:
[AFP] Amerika Syarikat memandang berat tindakan pihak berkuasa Malaysia terhadap peserta perhimpunan yang disokong pembangkang hujung minggu lalu dan berkata ia akan memantau perkembangannya.

Polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya Sabtu lalu dan menangkap lebih 1,600 orang.

Seorang lelaki meninggal dunia semasa perhimpunan tersebut. Keluarganya berkata dia pengsan selepas lari untuk mengelak gas pemedih mata, manakala polis berkata dia meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

"Kita mempunyai beberapa kebimbangan," kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita. "Kami... terus menyokong hak rakyat untuk bebas menyuarakan aspirasi demokratik masing-masing dan menyatakan pandangan mereka dengan bebas.

"Kami akan terus memantau rapat keadaan tersebut," kata Toner.

Malaysia telah berjanji untuk menyiasat dakwaan terhadap keganasan polis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempertahankan polis, dengan berkata perhimpunan itu merupakan satu muslihat untuk mencemarkan imej negara.

Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengecam tindakan keras tersebut dan menggesa Amerika dan negara-negara lain supaya mengenakan tekanan ke atas Malaysia untuk memastikan akauntabiliti.

"Kerajaan Malaysia perlu menjalankan segera siasatan yang adil dan telus terhadap dakwaaan kekerasan yang melampau dan tangkapan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York dalam satu kenyataan.

Malaysia sedang berusaha untuk membina hubungan erat dengan Amerika Syarikat di tengah-tengah usaha pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mendekati rantau Asia Tenggara.

Malaysia dan Amerika telah lama menjadi rakan dagangan utama tetapi hubungan politik antara keduanya tidak selesa, terutama semasa 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik lantang dasar luar negara Amerika.

Amerika juga memandang berat layanan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan sekali lagi berdepan dalam perbicaraan mengenai dakwaan liwat, yang merupakan satu kesalahan di negara majoriti Islam ini.

Anwar berkata tuduhan itu bermotifkan politik.

Obama menjemput Najib ke Washington pada April 2010 untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai keselamatan nuklear dan menemui beliau di luar persidangan tersebut. Setiausaha Negara Hillary Clinton melawat Malaysia pada bulan November.

Kredit: MK

P/s: Dalam hal ini, DCM bersetuju dengan pandangan AS, walaupun negara itu menyokong keganasan di serata dunia demi kepentingan Israel. Biarpun kritikan mereka terpilih dan berat sebelah, namun dalam isu BERSIH mereka mengkritik perkara yang benar.

Pencacai UMCO akan menggunakan isu Palestine, Afgahannistan dan sebagainya untuk memperlekehkan pandangan AS ini. Tidak kurang mengaitkan dengan dengan kepentingan DSAI, maklumlah beliaukan ejen "Yahudi" sedunia.






Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH