Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 13 Julai 2011

Kenali Jacob Pengusaha Barang Kemas yang Dikaitkan dengan Isteri PM



Saya petik:
[FMT] PETALING JAYA: Pengasas barangan mewah Jacob & Co didakwa menjadi tempat kegemaran Rosmah Mansor kerana dapat memenuhi citarasa pelanggan sepertinyanya yang penuh warna-warni.

Dikalangan selebriti luar, Yakub Arabo, seorang Yahudi kelahiran Uzbekistan, dimana namaya menyebabkan ramai orang yang berduyun-duyun ke rangkaian kedai-kedai mewahnya diantaranya seperti Beyonce Knowles dan David Beckham.

Individu-individu lain yang turut meminati Yakub ialah rappers terkenal 50 Cent, Diddy, Kanye West serta selebriti lain seperti Jennifer Lopez dan Naomi Campbell.

Arabo begitu popular dalam permainan video "Def Jam: Fight for NY" sebahagian daripada hadiah menanti penjahat yang mengumpul wang tunai terbanyak, dan mempunyai pilihan untuk membeli barangan kemas darinya. Selain dari itu, namanya juga kerap muncul dalam pelbagai lagu-lagu rap.

Terkenal dengan jam tangan mewah bertatahkan berlian dan barang kemas yang chunky, Jacob & Co memiliki 46 cawangan di seluruh negara, tentunya untuk mereka yang mempunyai poket yang 'sangat dalam'.

Arabo telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 14 tahun, dan telah keluar daripada sekolah menengah untuk mendaftar dalam kursus reka bentuk barang kemas selama enam bulan.

Ketika berusia 21 tahun, dia telah membuka kiosk di Kaplan Jewelry Exchange. Bermula pada tahun 1990-an, dia mula mereka bentuk kemasa untuk artis-artis hip-hop.

Rekod jenayah

Tetapi disebalik semua kilauan dan glamor, ada juga kisah gelap Arabo. Beliau telah dituduh terlibat dengan jenayah termasuk pengubahan wang haram dan memiliki harta curi.

Pada Jun 2006, dia telah ditangkap oleh FBI di atas dakwaan bahawa dia 'membersihkan' berjuta-juta wang untuk ahli-ahli geng dadah terkenal yang berpengkalan di Detroit, Black Mafia Family, dan dia juga didapati gagal melaporkan pembelian tunai yang besar kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS.

Arabo, yang juga mempunyai butik di kompleks membeli-belah mewah Bukit Bintang di sini, mula menjadi perhatian di Malaysia selepas beberapa penulis blog pro-pembangkang mendakwa Rosmah telah membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM73 juta daripada salah satu butiknya di New York.

Apabila laporan itu disiarkan di FMT dan di kebanyakan blog, terdapat beberapa pengulas yang mendakwa bahawa laman web Jacob & Co telah membuang gambar Rosmah daripada senarai selebritinya, bagaimanapun ia tidak dapat disahkan.

Hari ini, lagi gambar-gambar Rosmah bersama set gelangnya yang menawan dan mirip dengan rekaan mewah Yakub "Zebra Safari" telah dikeluarkan oleh blogger, dan pakar-pakar turut mendakwa bahawa nilainya agak tinggi.

NGO pro-Pakatan Rakyat NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah memfailkan laporan terhadap cincin berlian Rosmah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Rosmah, dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa ini sedang berada di UK.

 Kredit: PulakDah!

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH