Lelaki Kemaruk Sugar Mummy, Belasah Isteri depan Rakan
Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Gara-gara hubungan intim dengan ‘sugar mummy’ terbongkar, seorang suami di Skudai di sini, sanggup menumbuk muka isteri serta membelasahnya biarpun wanita itu masih dalam pantang, semalam.
Mangsa hanya dikenali sebagai Ita, 29, berkata, kejadian berlaku pada jam 5 pagi selepas dia menegur suaminya, seorang penganggur kerana lewat pulang ke rumah semata-mata mahu menemani seorang wanita yang juga bekas majikan lelaki terbabit.
Menurut Ita, rahsia itu terbongkar selepas seorang rakan karib suami yang simpati dengannya mendedahkan kegiatan lelaki terbabit melayan isteri seorang ahli perniagaan berusia 40-an.
“Saya terkilan dengan sikap suami yang bukan saja pulang awal pagi malah bebas membawa rakan lelakinya ke rumah.
“Berikutan itu saya menegur dan menasihatkannya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, suami terus melenting sebelum menumbuk muka menyebabkan kening kanan saya berdarah, suami juga menolak dan membelasah saya di depan rakannya,” katanya.
P/s: Jantan, jantan! Ada yang muda cari yang tua!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.