Saya tidak menyiarkan gambar selebriti yang menghadiri program yang tidak mesra UMCO terutamanya yang bekerja dengan syarikat pro-UMCO kerana bimbang mereka dikenakan tindakan oleh syarikat tersebut. Memandangkan Ustaz Zamri sudah memberikan respons yang berani dan tegas, maka saya siarkannya di sini, walaupun puluhan blog sudah menyiarkannya terlebih dahulu.
Komen saya, syabas kerana berani menyatakan sokongan demi kebenaran dan keadilan.
 |
| Klik untuk besarkan imej. |
P/s: Malang ada artis/selebriti "menyindir" BERSIH tanpa memperoleh maklumat tepat tentang perjuangan kempen ini.
Kemas Kini:
Seperti juga Wardina, Ustaz Zamri mula "diserang" dalam blog pencacai UMCO. Yang lawaknya, mereka tidak menjawab pun hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Zamri. Itulah pencacai, menulis apa-apa sahaja demi memuaskan hati bos.
Bukan macam beberapa artis yang berlakon di dalam beberapa klip video yang mengecam Bersih 2.0 yang dengan nyata menjadi diri mereka sebagai musuh perlembagaan dan musuh demokrasi.
haha..ustad ni ka..aku kenai dia..mmg sesuai la dia joint bersih pon....kena la dgn sikap dia.....syabas usatd...semoga allah buka pintu hati ustad...agar ustad lebihkan politik dlm siri ustad dr menegakkan ilmu allah....**dah ramai ustad2 yg dah terpesong akhidah