Isteri TOLAK Seks, Gigit Telinga Suami
Telinga pemandu teksi berusia 61 tahun hampir putus gara-gara digigit oleh isterinya, warganegara Vietnam yang enggan melakukan hubungan seks. Isterinya yang berusia 29 tahun juga memercikkan minyak angin ke dalam matanya serta mengancam untuk memotong kemaluannya sebelum melarikan diri lapor Daily Chilli.
Chin Weng Seng kini mengesyaki bahawa dia dijangkiti HIV daripada isterinya melalui gigitan tersebut.
"Dia mendakwa dirinya HIV positif untuk menghalang saya daripada menyentuhnya," kata Chin.
Semasa tempoh tiga bulan perkahwinan mereka, Chin pernah bermalam di sebuah stesen minyak berhampiran apabila wanita itu tidak membenarkannya masuk ke rumah.
"Saya memilihnya kerana dialah yang paling cantik dalam katalog yang ditunjukkan oleh agensi," katanya.
Chin menghabiskan wang simpanan KWSP sebanyak RM18 000 untuk mendapatkan isterinya itu. Namun, yang tinggal kini hanyalah anak patung kepunyaan wanita itu ketika meluah nasibnya pada sidang akhbar di Pusat Aduan MCA di Kuala Lumpur.
Datuk Michael Chong berkata beliau akan mengaturkan pertemuan dengan wanita Vietnam itu serta wakil agensi untuk mendengar cerita sebelah mereka.
"Kita akan menyiasat sebab wanita itu melayan suaminya dengan cara ini dan cuba untuk mendapatkan wangnya daripada agensi semula," kata Chong, sambil menambah agensi itu mungkin menjadi sebahagian daripada sindiket yang bekerja dengan "pengantin baru" untuk menipu orang-orang. -DCM


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.