Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Kecil Hati dengan Anak, Apa Perasaan Si Anak Tidak Sempat Pohon Ampun?
Saya petik:
[HM] KODIANG: Seorang warga emas merajuk hingga mati apabila mayatnya dijumpai di Kampung Kubang Lintah, Padang Perahu, dekat sini, semalam, selepas dia meninggalkan rumah sejak enam hari lalu kerana merajuk dengan seorang anaknya yang menjual lembu miliknya.
Mat Zain Mahmud, 80, dikatakan keluar dari rumahnya di kampung berkenaan Selasa lalu selepas kecewa dengan tindakan seorang daripada lima anaknya menjual sebahagian daripada tujuh lembu yang dipelihara tanpa pengetahuannya.
Mangsa keluar berjalan kaki ke ladang getah dan hutan berhampiran rumahnya sebelum mayatnya yang lengkap berpakaian dijumpai kira-kira jam 11 pagi semalam, 500 meter dari rumahnya.
Harian Metro yang turut menyertai operasi mencari bersama polis dengan bantuan anjing pengesan menemui mayat Mat Zain dalam keadaan mengiring di dalam hutan berkenaan.
Operasi mencari oleh 15 anggota polis diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamil menjumpai mayat Mat Zain yang masih berpakaian lengkap iaitu berkemeja-T putih dan berseluar biru gelap serta memakai but getah. Namun terdapat kesan kecederaan di tangan kirinya dipercayai akibat digigit haiwan.
P/s: Kalau si anak itu sedarlah...


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.