RHB: Risiko Kemelesetan TINGGI, Pertumbuhan Malaysia 2012 Dijangka "PERLAHAN"
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan kemungkinan perlahan setakat 3.6 peratus berbanding paras 4.3 peratus dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan global berganda yang mendalam, kata RHB Research Institute.
Anggaran pertumbuhan unit RHB yang dikeluarkan semalam jauh lebih rendah berbanding anggaran lima hingga enam peratus diramalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 dengan dana RM232 bilion Jumaat lalu.
Unit itu juga berkata bahawa risiko kemelesetan global berganda yang mendalam sangat tinggi dan semakin meningkat memandangkan kedua-dua Amerika Syarikat dan Eropah tidak boleh menerima satu lagi kejutan meskipun boleh mengelakkannya jika pemimpin-pemimpin mereka bertindak dengan segera untuk menangani krisis hutang dan menghindari penularan yang boleh menjejaskan terus keyakinan.
Malah penyelidikan itu juga menjangkakan sektor bisnes akan memotong perbelanjaan ekoran persekitaran tidak menentu, meskipun sebahagian pertumbuhan akan datang hasil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun lagi sehingga 4.6 peratus pada 2012 selepas perlahan ke paras anggaran 5.7 peratus tahun ini, kata laporan itu lagi.
Dalam pada itu, eksport dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 1.1 peratus berbanding 3.4 peratus tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik.
Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1 peratus pada tahun depan berbanding anggaran 5.8 peratus pada 2011.
Bagaimanapun RHB berkata bahawa perbelanjaan pengguna dijangka kekal pada kadar mudah pulih yang munasabah dan bertumbuh sekitar 5.3 peratus pada 2012 berbanding enam peratus tahun ini ekoran simpanan yang tinggi, peningkatan penggunaan dan kenaikan gaji. Kebanyakan unit penyelidikan telah menurunkan anggaran pertumbuhan tahun depan masing-masing bagi Malaysia meskipun Najib yakin menerusi cadangan bajetnya, yang pengkritik berkata ia disediakan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.