Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 11 Disember 2011

[Wajib Baca] Negara Berkebajikan: PAS Tawar 10 Agenda, Janji Tunai Penggal Pertama


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Dis ― PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.

Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan untuk memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih sebagaimana dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam untuk bertindak terhada aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengdakan pungutan suara yang diletakkan di bawah Parlimen.

Di bawah agenda kedua yang menyentuh aspek masyarakat penyayang, aman dan bersatu, dokumen Negara Berkebajikan ini, yang diperoleh The Malaysian Insider menekankan, parti Islam itu akan memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai debgan matlamat meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin, dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.

Berkaitan agenda ekonomi mampan, seimbang dan saksama, PAS berkata dokumen Negara Berkebajikan akan menyusun kembali keutamaan pembangunan supaya ‘pertumbuhan’ tidak diukur daripada kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mahu ia selaras dengan matlamat dan strategi pembangunan mampan.

Ia termasuklah penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatn isu rumah RM1,500 ke bawah daripada belenggu tersebut.

Di bawah agenda itu, dokumen tersebut mahu membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham sebagai alat tukaran alternatif dalam transaksi perdagangan dan perniagaan.

“(Juga) akan menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import bagi barangan makanan utama.

“(Dan) mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan dari negara-negara membangun dan memperluas jaringan rantaian perbekalan,” kata dokumen 60 halaman, bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS, yang akan dilancarkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, petang ini.

Dokumen itu, PAS berkata, dasar Negara Berkebajikan pihaknya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.

Agenda keempat dokumen Negara Berkebajikan menggariskan lima inisiatif, antaranya “memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

PAS juga menyenaraikan inisiatif mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan masing-masing, dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah.

Agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan enam inisiatif.

Inisiatif-inisiatif itu termasuklah memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat, meminimumkan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada penerima dan meningkatkan harga hartanah rakyat dengan menukarkan status hartanah kediaman daripada status pegangan pajakan kepada status pegangan bebas bagi memberikan pengiktirafan hak milik yang kekal dan boleh diwarisi.

Tiga inisiatif di bawah agenda itu ialah menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang memerlukan dengan mengagihkan tanah melalui Felda Plantation, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, dan mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minimum untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum memiliki kediaman sendiri.

Agenda ketujuh juga menawarkan lima inisiatif, antaranya memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas daripada sebarang aktiviti ‘selepas tengah malam’, dan mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami mereka bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.

Dokumen Negara Berkebajikan PAS meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela sebagai agenda kelapan.

Antara inisiatif itu ialah mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.

Dua inisiatif lain ialah mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta selaras dengan haja tuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.

Agenda itu juga mahu meminda akta berkaitan dengan gaji minimum berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja dan meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

Dua agenda lain ialah kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia, dan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.


P/s: Terbaik!

  1. rasanyer dah lama gomen buat ni.... antaranya...

    terkenang maa kat sekolah;
    gomen dah beri aku kemudahan untuk belajar, menjadi seorang manusia... menyediakan guru-guru bertauliah, tempat belajar yang mencukupi dan selesa

    sekarang ini;
    sekarang ni aku dah kerja, gaji pun okeylah (thanks cikgu2 ...), kalau tak sekolah mana nak dapat kerja ok skit kan... dah tu skarang dah drive kreta, ada jgak jalan raya, dah ada rumah sendiri... pastu demi untuk jaminan masa depan dah simpan duit kat ASB, ASW dan sebagainya, untuk anak2 aku dah simpan kat SSPN...

    Kedamaian dan kemakmuran;
    setakat ni kehidupan aman damai dan makmur, tolak masa perhimpunan bersih yang menyusahkan aku dan keluarga aku jer... pasal masa tu kitorang plan nak gi jalan kat KL, tiket kapa terbang dah beli setahun sebelum (sampai hari ni aku masih maki hamun bersih yang tak bersih dan para penyokongnya, korang berhutang hak aku sampai mati... tak halal! hak apa? hak untuk menikmati kehidupan sebagai rakyat Malaysia dengan aman... duit RM seribu lebih buat beli tiket pun korang hutang, kerana korang aku tak jadi turun KL, buka bleh percaya aman korang selagi anuar tu masih kat luar, renung sahaja kembali petualangan anuar sejak dari ABIM tu lagi...)

    pendek cerita, kalau nak pertahankan NEGARA ISLAM, buatlah... yang itu aku sokong tapi kalau dah tukar haluan nak pi buat negara kebajikan pulak, tak payahlah, BN dah lama buat... dan selagi PKR dan DAP masih bersama PAS maka selamanya PAS hanya akan jadi keldai!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Disember 13, 2011 1:39:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH