[PANAS] Dewan Ulama PAS Minta Pemimpin PR Terima Keputusan PRU13, Terima Penipuan PRU13?
![]() |
| Tajuk berita BH ini amat mengelirukan. Bukan PAS yang membantah perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 tetapi hanya Harun Taib dan mungkin DUP. Jangan lupa Haji Hadi turut berucap dalam perhimpunan di Rusila pada malam Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain berada di Stadium Kelana Jaya, malah Abang Mat Sabu dan pimpinan PAS yang lain akan terlibat dalam perhimpunan yang akan datang. |
TM tidak mahu komen lebih-lebih kerana tokoh PAS ini juga tidak mesra Anwar Ibrahim, malah pernah dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduaang. Namun, Harun Taib dan DUP tidak boleh menghalang rakyat menuntut penjelasan pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku dan penipuan yang berlaku dalam PRU13.
Islam sendiri menuntut umatnya mencari kebenaran selagi usaha yang dibuat tidak menyalahi undang-undang. Perhimpunan rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha pemimpin PR mencari kebenaran dan menolak penipuan diadakan dalam suasana yang aman dan harmoni. Malah perhimpunan ini berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa dan agama.
Hakikatnya, rakyat Malaysia yang menyokong PR boleh menerima kekalahan, tetapi ratusan ribu, malah jutaan penyokong PR tidak dapat menerima penipuan yang didakwa dilakukan secara berleluasa semasa PRU13. Penipuan ini merampas hak mereka untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan amanah. Antara laporan tentang dakwaan penipuan itu boleh dibaca di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini.
Dalam hal ini, TM bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin yang dinyatakan pada status FBnya.
Kalau ada pemimpin PR yang mahu menerima keputusan PRU13 dengan berlapang dada, silakan, tetapi janganlah memaksa rakyat yang kini terdedah dengan pelbagai maklumat mengikut jejak mereka. Rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan menuntut kebenaran jika PRU13 ini benar-benar dicemari pelbagai penipuan. -DCM
P/s: Selain perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 (Black505), pimpinan PR telah melantik Rafizi untuk mengetuai kumpulan yang akan membongkarkan segala macam penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13. Klik sini.



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.