[Video -Kemas Kini] Isu MB Selangor: Apa Masalah dengan Zuraida PKR Ini? Angkuhnya...
Banyak juga orang yang tahu fasal proksi dan puak dalam PKR ini, namun umumnya tidak mengetahui hal itu. Namun, video ini menjelaskan segala-galanya. Tohmahan blog UMNO sebelum ini disahkan oleh Zuraida melalui sikap yang ditunjukkannya dalam perbualan telefon di atas. Siapa yang tidak tahu Zuraida ialah proksi Azmin yang sebelum ini dikatakan mahu menjawat jawatan MB di Selangor?
Zuraida harus sedar kehendak rakyat Selangor dan hakikat kerusi yang dimenangi PKR di Selangor. Selain itu, Tan Sri Khalid Ibrahim juga memperoleh sokongan daripada pemimpin utama PR di pelbagai peringkat. Malah, ketokohan dan kecemerlangannya mentadbirkan Selangor sudah terbukti sejak PR mengambil alih negeri terkaya di Malaysia itu tahun 2008.
Kalaulah penyokong PR melihat klip ini sebelum PRU, sudah pasti Zuraida Kamaruddin kecundang di Ampang!

Pendirian Pas di sini. DCM pun menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.
Orang yang membaca berita ini mula mempercayai kesahihannya. Orang yang membaca berita ini pula mula mempertikaikan kesahihannya.
P/s: Bersusah payah Anwar dan pimpinan PR meyakinkan rakyat, tiba-tiba ada puak yang mengikiskan keyakinan itu.
Pemimpin PKR perlu mengajar Zuraida cara berhemah untuk menjawab soalan wartawan atau media. Ajarlah juga dia cara politik berjemaah.
![]() |
Pemimpin PKR perlu mengajar Zuraida cara berhemah untuk menjawab soalan wartawan atau media. Ajarlah juga dia cara politik berjemaah.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.