Selepas Tauke Lembu, Rafizi Kejar Pihak yang Menipu dalam PRU13
[HD] KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli yang terkenal sebagai pembongkar kepada skandal 'cow gate' membabitkan pemimpin negara, kini bakal memburu pula pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Ahli Parlimen Pandan itu, yang juga dilantik sebagai ketua kumpulan siasatan penipuan PRU13, berkata beliau akan memastikan segala penipuan dalam PRU13 lalu dibongkarkan kepada seluruh rakyat negara ini.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia," katanya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya kelmarin.
Menurut Rafizi, pembongkaran penipuan itu sangat penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” katanya lagi.
Pengarah Strategi PKR itu juga berkata segala bukti penipuan PRU13 itu akan dikumpul untuk bantahan melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
Berkaitan:
Pakatan bawa penipuan PRU 13 ke mahkamah – Rafizi
[KD] KELANA JAYA 9 MEI: Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.
Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina.
“Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.
“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi.

.jpg)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.