Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

,

Selasa, 19 Ogos 2014

2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik



Foto: NSTP
[Berita Harian] SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang maut ialah mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini. - 19/8/14


,

Jumaat, 4 Julai 2014

[Gambar] Kemalangan Kereta Perisai, 2 Anggota Tentera Maut


[Mstar] IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.

Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.

Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. -Chan Li Leen/3/7/14


P/s: TAKZIAH.










Foto: Internet.

,

Isnin, 25 Jun 2012

Kem Tentera Dicerobohi Penyamar


MACAM ASLI...sebahagian peluru, bom asap dan pistol yang ditemui dalam Mercedes Benz.


[HM] ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian.

Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000.

“Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera,” katanya di sini, kelmarin.
Berkaitan:
[BH] ALOR GAJAH: Cubaan dua lelaki berpakaian seragam pegawai kanan tentera dengan membawa pelbagai senjata tiruan memasuki Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, petang kelmarin, menimbulkan persoalan.

Kedua-dua lelaki berkenaan turut membawa bersama pelbagai senjata api tiruan seperti pistol, raifal, bom asap, mesingan, alat komunikasi tentera serta pelbagai jenis peralatan ketenteraan lain.
Mereka yang menaiki kereta mewah jenis Mercedes Benz S-200 turut memiliki pas keselamatan daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.
Seorang daripadanya menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kapten, manakala seorang lagi pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditahan jam 2.30 petang oleh sepasukan anggota Risik 10 Briged Para di kem itu selepas pengenalan mereka tidak dapat disahkan.

Pegawai Risik 10 Briged Para, Mejar Abd Razak Sipit, berkata kedua-dua lelaki terbabit menaiki kereta Mercedes Benz S-200 lengkap berpakaian seragam tentera memasuki kem itu melalui pintu utama.

Beliau berkata, sebelum memasuki kem itu, pengawal bertugas mengarahkan mereka melapor di balai pengawal bagi pengesahan identiti, selain melapor tujuan datang ke kem itu.
“Sejurus pemeriksaan tapisan keselamatan dilakukan, identiti sebenar mereka tidak dapat disahkan. Mereka kemudian beredar ke arah lapang sasar kira-kira 600 meter dari situ,” katanya, semalam.

“Dua anggota tentera diarah mengekori kedua-dua lelaki itu, sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri selepas menyedari diekori,” katanya, semalam.  


, ,

Rabu, 6 Julai 2011

Provokasi Melampau: "Bersurailah Kalau Tidak Kami Tembak" - GILA!


Malaysia Kini melaporkan pihak berkuasa memperhebatkan tekanan terhadap kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

NONEAntara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 antara Angkatan Tentera Malaysia dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur termasuklah sehelai kain rentang yang memberikan amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

NONELatihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Latihan itu kononnya bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

 
P/s: Gila! 


, , ,

Isnin, 7 Februari 2011

Cara PENYAMUN Tibai Duit Rakyat: 'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'?


Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama, lapor Malaysia Kini.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

P/s: Ingat berapa komisen beli 2 buah kapal kadang-kadang boleh selam, kadang-kadang tidak boleh selam? Siapa yang dapat komisen RM setengah bilion? Ingat cerita pembelian 12 buah Eurocopter EC-725 yang berjaya dibongkarkan oleh pemimpin PR? Harga yang mahu dibayar Kerajaan BN sekitar RM1.67 bilion. Ironinya, Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah, iaitu RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar helikopter itu dengan harga RM193 juta.

Kali ini lihatlah pula harga kapal peronda yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pertahanan. Harganya dikatakan 870 kali mahal daripada harga yang ditawarkan oleh negara lain. Bayangkan, New Zealand dapat membeli 30 buah kapal peronda itu dengan wang sebanyak RM6 bilion sedangkan Malaysia hanya dapat 6 buah. Jika benar dakwaan dan perkiraan Pua, siapa pula celaka lahanat yang bakal mendapat pembahagian hasil menyamun kali ini?

Kemas Kini (9/2):
* "Analisis Pua Salah.."
[MK] Ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah membuat perbandingan yang tidak masuk akal apabila beliau mendakwa Kementerian Pertahanan akan membayar hingga 8.7 kali ganda bagi kapal perang yang hendak dibelinya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Menurut Dzirhan Mahadzir, penulis majalah pertahanan terkemuka - Jane's Defence Weekly - ini kerana spesifikasi kapal yang disebutkan oleh Pua adalah berbeza.

"Beberapa kapal perang yang dibandingkannya adalah kurang di segi muatan dan saiz daripada (kapal yang dicadangkan dibeli)... jadi ianya umpama membandingkan harga Mini Cooper dengan kenderaan pacuan empat roda," katanya dalam sebuah ulasan panjang di halaman Facebooknya.

Ianya juga sangat sukar untuk membuat perbandingan dengan membahagi harga dengan muatan, kerana kapal yang berukuran sama pun, boleh datang dalam spesifikasi yang sangat berbeza, katanya (lihat carta di bawah).

"Bahkan jika (kapal) sama saiznya, jenis peralatan mereka, seperti senjata, elektronik, enjin... dan rekabentuk mereka, serta bahan binaan... akan memberi perbezaan besar pada harganya. "

Dzirhan, yang juga menerbitkan jurnal akademik dan pernah mengajar di Kolej Tentera Diraja, berkata masa kapal ditempah juga memainkan peranan penting dalam menentukan harganya.

Sebagai contoh, katanya, kontrak bagi Israel Saar V (atas, kanan) - kapal peronda luar pantai (OPV) - yang disebutkan oleh Pua dalam kenyataan semalam, dibuat pada awal tahun 1980-an.

Namun demikian, kapal tersebut, yang berharga AS$260 juta (RM791 juta), adalah kira-kira RM200 juta lebih murah daripada RM1bilion yang dibajetkan oleh Kementerian Pertahanan untuk setiap OPV, dan mempunyai spesifikasi yang serupa.

Kedua-duanya mempunyai peluru berpandu anti-udara dan anti-kapal, senjata anti-kapal selam dan tempat mendarat dan hangar helikopter.

"Akhirnya, kontrak untuk sesebuah kapal itu, bukan hanya untuk kapal sahaja tetapi juga untuk penyelenggaraan, sokongan, latihan dan penghantaran," katanya, sambil menambah bahawa perundingan boleh menurunkan kos bagi aspek-aspek berkenaan.

Menurut Dzirhan, perbandingan Pua tentang OPV yang dicadang dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, dengan AS Littoral Combat Ship (LCS) juga salah kerana fungsi LCS adalah berbeza sama sekali dengan fungsi OPV.

Sementara kapal tersebut dianggarkan akan dibina pada harga AS$300 juta (RM913 juta), kos sepenuhnya adalah AS$637 juta (RM1.93 bilion) dan AS$704 juta (RM2.14 bilion) untuk setiap satu daripada dua rekabentuk berlainan yang dibeli, tambahnya.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH