Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Amerika Syarikat. Papar semua catatan

, ,

Sabtu, 2 November 2013

Intipan AS: Anwar KUTUK, Najib?????



Anwar Kutuk Intipan AS terhadap Malaysia

[KD] KUALA LUMPUR 1 NOV: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk tindakan intipan oleh Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain ke atas Malaysia.

Katanya, tindakan secara rahsia memintas komunikasi ke atas sesebuah negara yang dianggap ‘hubungan-hubungan hangat dan mesra diplomatik’ adalah satu pecah amanah serius dan sama sekali tidak boleh diterima.

“Mengejutkan dan memeranjatkan. Satu pecah amanah serius dan tidak boleh diterima sama sekali ,” kata Anwar dalam kenyataannya hari ini.


Sepanyol memanggil duta AS, James Costos untuk memberi
tunjuk sebab (Gambar – The Guardian)


Katanya, secara etika negara yang melakukan intipan melalui kedutaan dan suruhanjaya-suruhanjaya tingginya seolah-olah mengabaikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

Semalam akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat keatas Malaysia oleh kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Edward Snowden mendedahkan risikan ini dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ yang turut melibatkan Britain dan Kanada.

Dalam pada itu, Anwar menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap tindakan tercela tersebut.

“Jerman, Brazil dan Sepanyol dalam keadaan sama menyuarakan bantahan mereka, sebaliknya, di bawah Datuk Seri Najib memilih untuk diam,” tegas Anwar.

28 Oktober lalu, kerajaan Sepanyol memanggil duta AS, James Costos untuk memberi tunjuk sebab berhubung intipan dibuat Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS.

Dalam perkembangan berkaitan Canselor Jerman, Angela Merkel turut menyatakan rasa kesal dan menuntut penjelasan White House berhubung pendedahan Edward Snowden bahawa telefonnya diintip.

KEADILAN semalam dalam kenyataan rasmi menyatakan rasa bimbang tentang kemungkinan maklumat risikan diguna sebagai kelebihan strategik berikutan Malaysia kini terlibat dalam perbincangan berkaitan Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA). - 1/11/13


,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kerajaan AS DIBUKA Semula


[Kosmo] WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mula beroperasi semalam selepas Kongres AS meluluskan rang undang-undang untuk membuka semula sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang ditutup sebelum ini.

Sebelum ini kerajaan AS ditutup selama 16 hari setelah anggota-anggota Dewan Perwakilan daripada parti Republikan berbalah dengan pentadbiran Presiden Barack Obama berhubung dasar penjagaan kesihatan yang diperkenalkan untuk penduduk yang masih tidak memiliki insurans kesihatan.

Obama merupakan anggota parti Demokrat.

Satu persetujuan dicapai oleh pemimpin Dewan Senat AS, Harry M. Reid daripada parti Demokrat dengan pemimpin parti Republikan di dewan yang sama, Mitch McConnell berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, wakil-wakil rakyat Parti Republikan yang merupakan anggota majoriti di Dewan Perwakilan tidak bersetuju dengan dasar kesihatan Obama itu kerana ia dibiayai kerajaan persekutuan.

Dewan Senat mengundi 81 menyokong manakala 18 lagi menentang rang undang-undang yang untuk membuka semula kerajaan AS.

Rang undang-undang untuk membiayai kerajaan dan meningkatkan had hutang AS itu diluluskan di Dewan Perwakilan kelmarin dengan undi 285 menyokong manakala 144 anggota menentang.

Obama kemudian menandatangani rang undang-undang itu.

"Selepas dua minggu, tiba masanya untuk menamatkan penutupan kerajaan ini," kata seorang anggota Dewan Perwakilan parti Republikan, Harold Rogers.

Kelulusan tersebut membolehkan kerajaan berbelanja sehingga 15 Januari depan manakala Perbendaharaan dibenar untuk meminjam seperti biasa menjelang 7 Februari 2014 atau sebulan kemudian.

Sebelum ini, had hutang AS ditetapkan sebanyak AS$16.7 trilion (RM52.5 trilion).

Ekoran persetujuan yang dicapai anggota-anggota Parti Republikan itu di Dewan Perwakilan, had hutang AS tersebut akan dinaikkan.

Krisis penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Oktober 2013 berikutan kegagalan Kongres meluluskan bajet negara menjelang tarikh akhir 29 September lalu.

Sebahagian agensi kerajaan persekutuan yang sebelum ini ditutup seperti taman-taman negara dan muzium.

Seramai 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan sebelum ini diarah tidak bertugas kerana mereka tidak diberikan gaji ekoran penutupan sebahagian agensi kerajaan itu. - Agensi - 18/10.13


, , ,

Sabtu, 24 Mac 2012

Selepas Hneti Eksport Minyak Sawit ke Iran, Malaysia Akan Henti Import Minyak dari Negara Itu


[Bernama] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.


Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.



P/s: Siang, malam, kononnya benci Israel dan AS, namun realitinya Malaysia di bawah BN mengikut telunjuk kuasa besar itu menghukum Iran melalui sekatan ekonomi.

Takut benar Najib pada AS dan Israel!!!!


, , ,

Sabtu, 17 Mac 2012

[KEJAM -Video/Gambar] Mereka DITEMBAK Sejurus Gambar Ini Dirakam....


Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.

Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.

 Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS.

Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.

 
 Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM



Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya. 




Gambar: Ronald L. Haeberle

Hari ini AS masih membunuh orang yang tidak berdosa di Afghanistan, di Iraq...di....

Celaka Amerika Syarikat!




, , ,

[Kemas Kini] AS Dedah Identiti Askar BUNUH dan BAKAR Rakyat Afghanistan


[SH] KABUL - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan identiti - gambar dan nama askar yang menembak mati 16 rakyat Afghanistan dan kemudian membakar sebahagian daripada mereka dalam satu kejadian awal minggu ini.

Askar itu dikenali sebagai Sarjan Robert Bales. Fotonya juga dimuatkan pada satu laman web pihak tentera sehingga namanya diumumkan.

Pegawai-pegawai AS mengeluarkan identitinya ketika dia sedang dibawa ke AS untuk menghadapi tuduhan membunuh.

Dia dijangka tiba di Fort Leavenworth, Kansas dari Kuwait.

Peguamnya, John Henry Browne berkata, suspek itu berusia 38 tahun dan pernah cedera dua kali ketika berkhidmat di Iraq.

Katanya, askar itu telah menyaksikan kaki rakannya berkecai sehari sebelum dia mengambil tindakan kejam menembak 16 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak.

Menurut laporan BBC, insiden itu belum disahkan oleh Tentera AS.


Kemas Kini:

[SH]  WASHINGTON - Seorang askar Amerika Syarikat (AS), yang ditahan kerana membunuh 16 orang awam di Afghanistan dengan membakar sebahagian mangsa dua minggu lalu, semalam dikenakan 17 tuduhan membunuh dengan merancang terlebih dahulu.

Pegawai-pegawai tentera AS berkata, Staf Sarjan Robert Bales, 38, dituduh membunuh sembilan kanak-kanak dan lapan orang dewasa di rumah mereka di Kandahar pada 11 Mac.

Selain itu, Bales juga berhadapan dengan enam lagi tuduhan cuba membunuh dengan menyerang seorang lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak.

Dia boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.
"Tuduhan-tuduhan mendakwa bahawa pada atau kira-kira pada 11 Mac 2012, Staf Sarjan Bales telah melakukan pembunuhan dengan merancang terlebih dahulu, membunuh 17 orang awam Afghanistan dan menyerang dan cuba membunuh enam yang lain," kata kenyataan pihak tentera AS.

Bales telah dibawa keluar dari Afghanistan beberapa hari selepas kejadian yang mengejutkan banyak pihak dan mengenakan tekanan ke atas pentadbiran Presiden Barack Obama.

Tertuduh kini ditahan di Kansas.

Laporan sebelum ini menyebut 16 orang terbunuh dalam kejadian itu.

Bagaimanapun kertas pertubuhan mengatakan seramai 17 orang terbunuh. Tiada butiran mengapa angka kematian meningkat.

Difahamkan pertuduhan ke atas Bales dibacakan secara formal di Fort Leavenworth, Kansas.

Semalam, Taliban menegaskan bahawa pihaknya tiada keyakinan dengan perbicaraan ke atas Bales, yang akan dikendalikan di AS. 
"Ini adalah aktiviti yang dirancang dan kami sudah pasti akan membalas dendam ke atas kesemua pasukan tentera Amerika di Afghanistan dan jangan percaya perbicaraan seperti itu," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid kepada agensi berita Reuters




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH