Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label perang. Papar semua catatan

, , , ,

Rabu, 18 Disember 2013

Wanita, Kanak-kanak Dirogol, Dipenggal, Dicincang




[HM] Kinshaha: Mayat sekurang-kurangnya 21 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang diperkosa, dicincang dan dipenggal, ditemui selepas satu serangan di timur Republik Demokratik Congo.

Misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) MONUSCO berkata, mangsa termasuk seorang bayi yang dibunuh dalam serangan ganas melampau di Kivu Utara minggu lalu.

Sebuah pertubuhan masyarakat setempat menuduh kumpulan pemberontak ADF-Nalu, bertanggung jawab terhadap kekejaman itu.

Kumpulan berkenaan adalah yang tertua dan paling kurang dikenali yang dikatakan berasal dari Uganda tetapi berpangkalan di Republik Demokratik Congo. “Mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak dengan yang paling muda berusia hanya beberapa bulan, dibunuh dengan kejam antara 13 dan 14 Disember,” menurut kenyataan MONUSCO.

“Tiga gadis bawah usia 18 tahun dilapor dirogol oleh penyerang dan kemudian dipenggal. Mayat seorang kanak-kanak yang dicincang ditemui di atas pokok di kampung Musuku,” kata kenyataan itu lagi.

Serangan berlaku di beberapa kampung berhampiran Beni, bandar yang terletak kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Goma.

Ketua MONUSCO Martin Kobler berikrar pihaknya akan menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab. - 18/12/13


, ,

Rabu, 15 Ogos 2012

Apa Sebenarnya yang Berlaku terhadap Masyarakat Rohingya di Myanmar? Baca!

 
TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAR
(Nota: Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang. Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya)

1. LATARBELAKANG
1.1 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya (terdapat 137 etnik kesemuanya).

1.2 Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.

1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.

1.4 Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali sebagai Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.

1.5 Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.

1.6 Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!

(Catatan: The United Nations describes Rohingyas as people who have descended from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and geographical connection along the new maps of the world is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better livelihood and have since settled there…...”

1.7 Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.

1.8 Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.

1.9 Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.

1.10 Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-

- Pergerakan dari bandar ke bandar disekat

- Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada pihak tentera
dan dikenakan bayaran

- Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah,
menyembelih binatang qurban dsbnya)

- Cukai dikenakan secara arbitrari

- Tangkapan dibuat ikut suka hati

- Peras ugut

- Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)

- Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)

- Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan

- Rohingya tidak dibenar menjadi guru

- Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi

- Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban

- Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah

1.11 Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.

1.12 Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).

1.13 Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta - tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR –dianggarkan lebih 100,000 ribu pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan agensi antarabangsa.

1.14 Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.

1.15 Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif – bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.

2. RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)
2.1 Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.

2.2 Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama. Sebelum itu berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012. Sejak 1942 hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.

2.3 Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar adalah sebaliknya.

2.4 Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.

2.5 Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.

2.6 Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!

2.7 Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di tempat-tempat kejadian).

3. RUSUHAN BULAN JUN 2012
3.1 Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan.

3.2 Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!

3.3 Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu.

3.4 Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda. Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak bertamadun.

3.5 Mayat mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.

3.6 Pelbagai tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami.

3.7 Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian pendalaman.

3.8 Beribu-ribu warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine.

3.9 Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap penjuru termasuk kawalan anggota navy di persisir pantai.

3.10 Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine. Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan mangsa Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk belasan tahun) ke tempat yang tidak diketahui. Nasib mereka tidak diketahui!

3.11 Media antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)

3.12 Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw.

4. KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
4.1 Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan, khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa (seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.

4.2 Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi berkenaan tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat Rohingya. Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.

5. CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA

5.1 Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari saudara-mara dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan di Arakan memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan merayu agar kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan Muslimat di Malaysia untuk dihantar kepada mereka.

5.2 Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar Rangon. Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada mereka.


5.3 Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.

5.4 Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa Rohingya yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati disebabkan kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.

6. PENGHAPUSAN ETNIK


Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.

7. PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)

7.1 Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.

7.2 Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)

7.3 PBB, ASEAN, European_Union (EU) perlu campur tangan untuk menghentikan pembersihan etnik (Ethnic Cleansing) dan keganasan agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.

7.4 Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.

7.5 Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.

7.6 Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang kerajaan Myanmar yang zalim.

7.7 NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat serantau dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta mencari resolusi konflik.

7.8 NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist -dengan mengundang sama tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Buddhist dan Islam di Myanmar khususnya supaya menghormati satu sama lain serta menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama masing-masing.

7.9 NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan kempen serta melobi di peringkat ASEAN, European_Union (EU) dan PBB supaya menekan junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang sah.



, ,

Selasa, 31 Julai 2012

[Koleksi Video] Selamatkan Muslim Rohingya di Myanmar












P/s: Bantulah mereka walaupun hanya dengan sebaris doa.


Berita berkaitan di sini,


,

Jumaat, 6 Julai 2012

[Gambar] Yahudi yang "Diselamatkan" oleh Adolf Hitler

Ernst Hess (kanan), surat yang "menyelamatkan Hess, Hitler semasa berkhidmat di bawah Hess dalam Perang Dunia Pertama (kiri).

Sesetengah orang Yahudi Jerman terselamat daripada Holocaust (istilah yang dipertikaikan sehingga kini. Ada pihak yang menganggap Holocaust hanya propaganda/konspirasi Yahudi untuk menagih simpati dunia) dengan melarikan diri ke negara lain, bersembunyi, dan bertarung nyawa di  Death Camp Nazi.

Namun, Ernst Hess berhutang nyawa secara langsung dengan Adolf Hitler, pegawai bawahannya semasa Perang Dunia Pertama.

Fuhrer mengarahkan tentera Nazi tidak menganggu Hess semata-mata kerana lelaki itu pernah menjadi pegawai pemerintahnya semasa Perang Dunia Pertama.

Cerita luar biasa ini terbongkar apabila didedahkan oleh anak perempuan Hess, Ursula,  86, selepas sebuah akhbar menemukan surat yang dihantar atas arahan Hitler yang menegaskan bahawa Hess tidak 'dibunuh atau dihantar pulang'.

Fail Hess yang disimpan oleh Gestapo Dusseldorf termasuklah surat daripada Ketua Gestapo dan SS, Heinrich Himmler, bertarikh 27 Ogos 1940 yang memerihalkan arahan Hitler agar Hess 'tidak diganggu dan diberi perlindungan".

Himmler kemudiannya mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa, tentera Nazi agar Hess yang juga seorang hakim tidak diapa-apakan dalam apa-apa jua cara sekalipun .

Ironinya, Hess memberitahu anak perempuannya bahawa dia dan rakan seperjuangan yang lain sukar mengingati  Hitler.

Beliau memberitahu bahawa Hitler jarang-jarang bercakap dan hanya mempunyai beberapa orang kawan dalam pasukan tersebut. - DCM/DM
Hess, standing far right, with his unit during the Great War
Hess (berdiri, kanan sekali)

Hitler (pictured far right) and Hess were both deployed to the Flanders front in the fall of 1914, serving in what was known as the 'List Regiment' until 1918
Hitler (kanan) dan Hess dihantar ke Flanders pada musim luruh 1914, berkhidmat dalam pasukan yang digelar 'List Regiment' sehingga 1918.

The letter which was sent by Heinrich Himmler, reichsführer of the SS and overlord of the death camps, dated 27 August 1940, granting Hess 'relief and protection as per the Führer¿s wishes'
Surat yang dihantar oleh Heinrich Himmler bertarikh  27 Ogos 1940, memberikan perlindungan kepada Hess atas permintaan  Führer.

Hess with his wife Margarethe and daughter Ursula in the early Thirties
Hess bersama dengan isteri  Margarethe dan anak perempuan mereka Ursula

Hitler pictured in 1934. He remembered his time in the army fondly and was proud of his service in the war

, , ,

Jumaat, 13 April 2012

[Video] Solat Terakhir Pejuang Islam Sebelum AJAL



Keterangan Video:
Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi solat sebagai jambatan ke syurga tetap ditunaikan. Tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, pejuang ini berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW. Tanah Kuburan telah digali, namun pejuang ini tetap gagah dan bertenaga menunaikan solat, semoga dapat menambah rahmat dan ihsan padanya... kematian yang diredai Allah SWT. 


P/s: Berdasarkan komen, situasi yang mengharukan ini dikatakan berlaku di Chechnya. Paparan video ini sangat menginsafkan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan syahid.


, , ,

Sabtu, 17 Mac 2012

[KEJAM -Video/Gambar] Mereka DITEMBAK Sejurus Gambar Ini Dirakam....


Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.

Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.

 Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS.

Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.

 
 Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM



Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya. 




Gambar: Ronald L. Haeberle

Hari ini AS masih membunuh orang yang tidak berdosa di Afghanistan, di Iraq...di....

Celaka Amerika Syarikat!




, ,

Sabtu, 7 Januari 2012

[Video] "Syaitan Ramadi" Penembak Hendap Paling Hebat dalam Sejarah AS (Paling Dikehendaki oleh Orang Islam di Timur Tengah)



Bekas anggota Navy SEAL dinobatkan sebagai "sniper" atau penembak hendap paling banyak membunuh mangsa dalam sejarah Amerika dengan rekod 255 orang mangsa, 160 daripadanya diakui sendiri oleh Pentagon. Chris Kyle (37) memadamkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Adelbert F Waldron, anggota tentera darat AS semasa Perang Vietnam. Rekod Waldron adalah 109 orang mangsa.

Dalam autobiografi yang berjudul American Sniper, Kyle mengisahkan pengalamannya membunuh musuh AS dari jarak jauh. Antara pengalaman tersebut termasuklah tembakan jarak jauh pertamanya. Korban pertamanya ialah seorang perempuan yang didakwanya mendekati sekelompok anggota tentera laut AS sambil membawa bom tangan, seperti dilaporkan oleh DM Online (3/1/2012).

Empat kali menjalankan misi di Iraq, Kyle mendapat julukan "Al-Syaitan Ramad" atau Syaitan Ramadi daripada kumpulan penentang yang sentiasa berwaspada daripada bidikan senjatanya. Beberapa laporan menyebut bahawa pihak penentang di Iraq menyediakan ganjaran sehingga 20 000 dolar AS kepada sesiapa yang dapat membunuh atau menangkap Kyle.

Sebelum menyertai angkatan laut AS, Kyle yang berasal dari Odessa, Texas, bekerja sebagai pemain rodeo profesional. Selain itu, dia sering berburu rusa dan burung pegar dengan senapang pemberian ayahnya. Kyle mengakui tidak menyedari kemampuan menembaknya sehinggalah dia menyertai AL dan unit operasi khusus SEAL.

Menurut media, tembakan Kyle yang dianggap legenda dilakukannya di Sadr City pada tahun 2008. Ketika itu, dia menembak mati seorang anggota penentang yang didakwa membawa alat peluncur roket berhampiran dengan sebuah konvoi tentera AS. Kyle menembak mangsa dari jarak tidak kurang dari 2 000 meter menggunakan senjatanya, selaras 338 Manual Magnum. Dengan prestasinya, Kyle menerima tiga Silver Stars dan lima Bronze Stars serta digelar sebagai "The Legend" oleh anggota SEAL.

"Pembunuh" ini mengaku agak ragu-ragu saat menembak mangsa pertamanya, namun menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal ketika membunuh mangsa.

"Sudah menjadi tugas saya untuk menembak musuh dan saya tidak menyesalinya. Yang saya sesali apabila saya tidak dapat melindungi anggota tentera AS dan teman-teman yang lain. Saya akan bertanggungjawab di hadapan Tuhan. Saya melakukan tugas itu dengan hati nurani," katanya dalam wawancara dengan majalah Texas Monthly. Kyle menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera AS pada tahun 2009 setelah 10 tahun berkhidmat.

Berdasarkan rekod dunia, Chris Kyle bukanlah penembak hendap terhebat. Rekodnya masih jauh ketinggalan berbanding dengan rekod Simo Hayha, penembak hendap Finland yang membunuh 542 tentera Soviet ketika negara komunis itu menjajah Finland dalam Perang Dunia II. Bagi tembakan terjauh, rekod itu dipegang oleh Craig Harrison, anggota tentera Inggeris yang membunuh dua anggota Taliban dari jarak 2 700 meter.  - DCM

P/s: Harap-harap mangsa pembunuh ini mati syahid!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH