[Video] "Syaitan Ramadi" Penembak Hendap Paling Hebat dalam Sejarah AS (Paling Dikehendaki oleh Orang Islam di Timur Tengah)
Bekas anggota Navy SEAL dinobatkan sebagai "sniper" atau penembak hendap paling banyak membunuh mangsa dalam sejarah Amerika dengan rekod 255 orang mangsa, 160 daripadanya diakui sendiri oleh Pentagon. Chris Kyle (37) memadamkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Adelbert F Waldron, anggota tentera darat AS semasa Perang Vietnam. Rekod Waldron adalah 109 orang mangsa.
Dalam autobiografi yang berjudul American Sniper, Kyle mengisahkan pengalamannya membunuh musuh AS dari jarak jauh. Antara pengalaman tersebut termasuklah tembakan jarak jauh pertamanya. Korban pertamanya ialah seorang perempuan yang didakwanya mendekati sekelompok anggota tentera laut AS sambil membawa bom tangan, seperti dilaporkan oleh DM Online (3/1/2012).
Empat kali menjalankan misi di Iraq, Kyle mendapat julukan "Al-Syaitan Ramad" atau Syaitan Ramadi daripada kumpulan penentang yang sentiasa berwaspada daripada bidikan senjatanya. Beberapa laporan menyebut bahawa pihak penentang di Iraq menyediakan ganjaran sehingga 20 000 dolar AS kepada sesiapa yang dapat membunuh atau menangkap Kyle.
Sebelum menyertai angkatan laut AS, Kyle yang berasal dari Odessa, Texas, bekerja sebagai pemain rodeo profesional. Selain itu, dia sering berburu rusa dan burung pegar dengan senapang pemberian ayahnya. Kyle mengakui tidak menyedari kemampuan menembaknya sehinggalah dia menyertai AL dan unit operasi khusus SEAL.
Menurut media, tembakan Kyle yang dianggap legenda dilakukannya di Sadr City pada tahun 2008. Ketika itu, dia menembak mati seorang anggota penentang yang didakwa membawa alat peluncur roket berhampiran dengan sebuah konvoi tentera AS. Kyle menembak mangsa dari jarak tidak kurang dari 2 000 meter menggunakan senjatanya, selaras 338 Manual Magnum. Dengan prestasinya, Kyle menerima tiga Silver Stars dan lima Bronze Stars serta digelar sebagai "The Legend" oleh anggota SEAL.
"Pembunuh" ini mengaku agak ragu-ragu saat menembak mangsa pertamanya, namun menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal ketika membunuh mangsa.
"Sudah menjadi tugas saya untuk menembak musuh dan saya tidak menyesalinya. Yang saya sesali apabila saya tidak dapat melindungi anggota tentera AS dan teman-teman yang lain. Saya akan bertanggungjawab di hadapan Tuhan. Saya melakukan tugas itu dengan hati nurani," katanya dalam wawancara dengan majalah Texas Monthly. Kyle menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera AS pada tahun 2009 setelah 10 tahun berkhidmat.
Berdasarkan rekod dunia, Chris Kyle bukanlah penembak hendap terhebat. Rekodnya masih jauh ketinggalan berbanding dengan rekod Simo Hayha, penembak hendap Finland yang membunuh 542 tentera Soviet ketika negara komunis itu menjajah Finland dalam Perang Dunia II. Bagi tembakan terjauh, rekod itu dipegang oleh Craig Harrison, anggota tentera Inggeris yang membunuh dua anggota Taliban dari jarak 2 700 meter. - DCM
P/s: Harap-harap mangsa pembunuh ini mati syahid!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.